Sunday, June 28, 2009

Selamat Pengantin Baru Cik Noliza


28 Jun 2009 - Selamat pengantin baru diucapkan kepada Pn Noliza Bt. Hj Hashim. Rakan-rakan sekerja turut memeriahkan majlis perkahwinan beliau yang dijalankan di Kampung Sri Serdang Baru baru-baru ini. Semoga institusi keluarga yang dibina bersama En Mohd Haidir B. Haron berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Monday, June 22, 2009

Lawatan Sambil Belajar Ke Singapura









Kota Singapura 20 Jun 2009 - Seramai 40 orang pensyarah, pengurusan IHYPJ dan KPYPJ telah menyertai program lawatan sambil belajar ke Singapura. Di antara objektif utama lawatan tersebut adalah untuk mempelajari kaedah yang diamalkan oleh negara maju seperti Singapura bagi mempromosikan produk-produk pelancongan. Di samping itu, program lawatan ini juga dilaksanakan sebagai memberi insentif kepada staff IHYPJ dengan bertungkus-lumus menjalankan tugas sepanjang tahun 2008 dan sehingga Jun 2009. Di antara lokasi yang dilawati adalah Singapore Science Centre, Snow City, Istana Kg Gelam, Masjid Sultan, Pulau Sentosa dan Night Safari.







Ahli-ahli rombongan merasa teruja dengan aktiviti yang disusun sehingga ada di antara mereka yang masih belum puas dengan program lawatan ini. Pelbagai adat resam dan budaya yang baru dipelajari kerana ahli rombongan mendapat informasi yang disampaikan oleh pemandu pelancong yang disediakan oleh East Coast Travel Sdn. Bhd. Selepas ini, lebih banyak program pembelajaran di luar kelas akan diteruskan dengan melibatkan lebih ramai lagi staf dan juga pelajar IHYPJ. IHYPJ Boleh!

Perbincangan Dengan Universiti Malaysia Sabah Diteruskan


15 Jun 2009 - Kota Kinabalu. Perbincangan untuk meneruskan kerjasama antara KPYPJ dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dilaksanakan dengan jayanya. Mesyuarat ini dilaksanakan dengan membincangkan agenda yang seperti berikut

1. Kerjasama Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel secara francais di Institut Hospitaliti YPJ - Sekolah Pengurusan Ekonomi dan Perniagaan telah memberikan sokongan untuk IHYPJ menjalankan program tersebut secara francais.
2. Kerjasama untuk kemasukan terus pelajar Diploma IHYPJ dan KIJ ke program Ijazah Sarjana Muda di UMS.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Prof Dr Roselina Ahmad Saufi, Dekan UMS Link Holdings Sdn Bhd. ini telah memberikan harapan baru kepada ratusan graduan IHYPJ. Turut hadir di dalam mesyuarat ini adalah Dr Rosita Chong Abdullah, Dekan SPI Kewangan Antarabangsa Labuan serta Prof Madya Dr Hj Kassim Md Mansur, Dekan Sekolah Pengurusan Ekonomi dan Perniagaan.