Wednesday, December 30, 2009

Belajar buat kek di IHYPJ, Johor




31 Disember 2009 - Buat julung kalinya, IHYPJ membuka peluang kepada masyarakat untuk menyertai kursus jangka pendek. Kursus ini akan dijalankan pada hari Sabtu minggu pertama dan juga minggu ke empat setiap bulan. Hanya 25 orang peserta sahaja yang akan mempelajari setiap sessi kursus. Yuran yang amat berpatutan iaitu serendah RM55 bagi setiap perserta akan memberi peluang kepada lebih ramai ahli masyarakat menyertai kursus-kursus ini. Orang ramai dipelawa menyertai kursus-kursus ini dengan menghubungi :-

019 7810284 Zaidah
013 7032425 Ayu
013 7020327 Hod

December 31, 2009 - For the first time, IHYPJ is open to the community to participate in short-term courses. This course will be conducted on Saturday the first and the fourth week of each month. Each course session will only accomodate 25 participants. A very reasonable fee as low as RM55 per person will provide the opportunity for more community members participate in these courses. For more information, please contact numbers and name as above.

Tuesday, December 22, 2009

Pelajar IHYPJ Cemerlang di Pertandingan Pencarian Chef Kreatif Tani








21 Disember - Pelajar IHYPJ telah merangkul tempat pertama dan kedua bagi pertandingan akhir Pencarian Chef Kreatif Tani yang dianjurkan oleh FAMA yang diadakan di De Palma Inn Shah Alam. Majlis perasminan pertandingan ini telah disempurnakan sendiri oleh Pengerusi FAMA , Datuk Badruddin Amiruldin. Pertandingan ini telah menarik minat penyertaan sejumlah 500 penyertaan dan menariknya pelajar seramai 4 orang pelajar IHYPJ telah terpilih di peringkat akhir daripada seramai 10 orang peserta akhir. Hasilnya, tempat pertama dan kedua telah dimenangi oleh pelajar IHYPJ yang dimenangi oleh Saudara Noor Hamizi bin Salman dan saudari Naidazatul Hafia bt Omar. Saudara Noor Hamizi berjaya membawa pulang Trofi, Sijil Penyertaan, Hamper serta hadiah wang tunai bernilai RM1,000. Peserta akhir dari IHYPJ yang mendapat saguhati adalah Faezah bt Hamzah dan Mohd Norhamizan B Abu Hasan. Pensyarah yang mengiringi ialah En. Mohd Naim bin Mohamad, En Faizal Jaafar dan Cik Mahfuzah binti Jaafar. Pengarah IHYPJ semasa memberi ucapan tahniah kepada pelajar berkenaan menyatakan "Ini membuktikan bahawa peruntukan yang disediakan kolej digunakan dengan sebaiknya oleh chef-chef muda dari IHYPJ ini. Mereka telah berjaya dengan cemerlang. Tahniah juga kepada tenaga pengajar yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan manis ini"
December 21 - IHYPJ students has won first place and second for the final search Creative Chef Tani organized by FAMA, which was held at De Palma Inn Shah Alam. This competition has been officiated by the Chairman of FAMA, Datuk Badruddin Amiruldin. This competition has attracted the participation of a total of 500 entries and a total of 4 students from IHYPJ were selected at the end of the final 10 participants. As a result, the first and second place was won by Noor Hamizi bin Salman and Naidazatul Hafia bt Omar. Noor Hamizi successfully bring home trophy, certificate of participation, a hamper and a cash prize of RM1, 000. Finalists from the IHYPJ who get consolation is Faezah bt Hamzah and Mohd Norhamizan B Abu Hasan. Lecturer who are accompanying these students are Mr. Mohd Naim bin Mohamad, Mr. Faizal Jaffar and Ms. Mahfuzah Jaafar. Director IHYPJ while congratulating the students says "This proves that the allocation provided by the colleges was used effectively by young chefs from IHYPJ. Excellent work. Congratulations also to the trainers who became the backbone of this sweet success"

Pelajar IHYPJ menyambung pelajaran di UiTM Shah Alam



Seorang lagi pelajar IHYPJ telah menyertai alumni IHYPJ yang menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Beliau yang dimaksudkan adalah saudara Zainol Ariffin B Zainuddin. Beliau menyambung pelajaran di dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dengan Kepujian. Semasa ditemubual, Zainol menyatakan penghargaan beliau kepada semua warga IHYPJ kerana membantu beliau di dalam proses permohonan masuk ke UiTM seterusnya merealisasikan cita-cita beliau memegang segulung ijazah IPTA tempatan. Situasi ini juga membuktikan bahawa lepasan IHYPJ tiada masalah untuk diterima masuk di IPTA tempatan mahupun IPT luar negeri. Berikut adalah beberapa pelajar IHYPJ yang menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi
UiTM -Najihah Salwana Sanusi, Mohd Sufri Johari, Siti Balkis Bakri, Nurwani Sholahudin dan Nor Azhar Wahab.
UPM -
UUM -Norfarishanna Abu Hassan
UMS -
UNIMAS -
UNITAR -Umi Melati Malik, Noor Hayat Saiman
Universiti Terbuka Malaysia - Wazreduan, Husni Mohd Amin,Mohd Adi Idris, Nurhirza Shaharudin, Nur Faezah Jaafar.
MSU - Sathiah A/P Shanmugan

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah

Pada 18 Disember 2009 yang lalu, kita melangkah tahun ke 1431 bagi kalendar Islam. Kepada semua warga IHYPJ samada staff dan juga pelajar, marilah bersama-sama meningkatkan kepekaan kita terhadap mencari kejayaan yang lebih bermakna di dalam diri masing-masing. Di dalam arus permodenan negara masa ini, adakah kita memikirkan persediaan kita menghadapi dunia ini dengan pencapaian yang cemerlang. Pencapaian cemerlang samada kepada organisasi, kumpulan kecil, komuniti di sekeliling rumah kita dan tidak dilupakan pencapaian cemerlang kepada diri sendiri.

Tuesday, December 15, 2009

Friday, December 4, 2009

Admission Campaign To YPJ Hospitality Institute

Special Offer !!!!!

50% discount on registration fees

Free Insurance *

Date of Admission: -
December 28, 2009 and January 11, 2010

Also, special prizes available to first 50 students to register early.

Quick! Act Fast!, do not miss this opportunity.

Program Offered:
1. Diploma in Hotel Management
2. Diploma in Food Service and Culinary

Please contact:
019 7574533 Mohd Asmadi mahalias@yahoo.com
Hod Amin 013 7020327 hod_amin@yahoo.com

*terms and conditions apply

Thursday, December 3, 2009

Promosi Kemasukan Ke Institut Hospitaliti YPJ

Tawaran Hebat!!!!!

Diskaun 50% Yuran Pendaftaran

Insuran Percuma*

Tarikh Kemasukan :-

28 Disember 2009 dan 11 Januari 2010

Juga, hadiah istimewa disediakan kepada 50 pelajar mendaftar awal.
Cepat, Jangan Lepaskan Peluang ini.

Program di Tawarkan
1. Diploma Pengurusan Hotel
2. Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari

Sila hubungi Mohd Asmadi 019 7574533 mahalias@yahoo.com
Hod Amin 013 7020327 hod_amin@yahoo.com

*tertakluk kepada terma dan syarat