Monday, May 31, 2010

Lawatan SMK Paloh ke IHYPJ





Seramai 37 orang pelajar dan 4 orang guru iringan telah melawat IHYPJ pada 27 Mei 2010 yang lalu. Lawatan ini khusus untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah tersebut untuk mendapatkan gambaran tentang peluang pendidikan dan kerjaya di dalam bidang pengurusan hotel dan juga kulinari. Taklimat peluang dan kerjaya disampaikan oleh En Mohd Asmadi Hj Alias, Ketua Eksekutif IHYPJ. Beliau antaranya menyentuh tentang peluang yang tiada had bagi lepasan pelajar-pelajar IHYPJ bagi meneruskan kerjaya di dalam bidang pengurusan hotel dan juga pengurusan kulinari. Bidang perhotelan dan kulinari di masa akan datang adalah sangat berdaya maju terutamanya kerana kolej ini terletak di dalam Wilayah Iskandar Malaysia. Pembangunan yang pesat sedang berlaku di nusajaya pada masa ini dengan dijangkakan pada tahun 2011, taman tema Legoland akan siap. Taman itu sahaja memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 tenaga kerja.

Pensyarah IHYPJ Menyediakan Modul Pembelajaran

26-27 Mei 2010 - Seramai 25 orang pensyarah IHYPJ telah berkampung di Hotel Goodhope Skudai untuk menyiapkan modul pembelajaran yang akan digunakan di masa akan datang. Semasa ucaptama, En Mohd Asmadi mengharapkan agar penulisan ilmiah (termasuk membuat modul) dijadikan fokus utama kepada semua pensyarah IHYPJ. Bukan sahaja mereka dapat menggunakan modul ini sebagai alat bantuan P&P, malah ianya juga dapat meningkatkan kredibiliti dan profesionalisma pensyarah.

Tuesday, May 25, 2010



Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari institut Hospitaliti YPJ









Sijil Diploma Pengurusan Perhotelan Institut Hospitaliti YPJ







Sijil Perakuan Pendaftaran Sebagai IPTS dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Monday, May 24, 2010

Pertandingan Memasak Pencuci Mulut Anjuran FAMA



22 Mei 2010 - Pelajar-pelajar IHYPJ telah mencapai kelima-lima anugerah di dalam pertandingan memasak pencuci mulut anjuran FAMA yang diadakan di perkarangan pasar tani berhampiran IKM Johor Bahru. Pertandingan ini di menangi oleh Muhamad Nor Fadzli bin Tumin. Pihak kolej mengucapkan tahniah di atas pencapaian beliau.

Monday, May 17, 2010

Kisah Bekas Pelajar Seni Kulinari YPJ

Ikuti kisah alumni KPYPJ di dalam http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=1364&Page=3

Pesta Sukan YPJ 2010 Meriah...


Mei 2010 - Kelab sukan YPJ telah menganjurkan pesta sukan YPJ bermula 7 Mei yang lalu dan tamat pada 16 Mei 2010. Pesta sukan ini disertai oleh semua warga kerja Yayasan Pelajaran Johor, YPJ Holdings, anak syarikat YPJ Holdings, Kumpulan Pendidikan YPJ, Kolej Islam Johor, Institut Teknologi Perindustrian YPJ, Kolej-kolej Komuniti YPJ dan seluruh anak syarikat berdaftar di bawah Kumpulan KPYPJ. Dianggarkan seramai 280 atlit menyertai pesta sukan ini.

Bagi sukan yang melibatkan pasukan IHYPJ, berikut adalah kejayaan yang dicapai
Bowling berpasukan - Ketiga
Dart - Individu Lelaki ketiga, wanita Naib Johan dan Ketiga. Berpasukan Naib Johan.
Karom - Lelaki individu Naib Johan, wanita individu Naib Johan dan beregu ketiga.
Petanque - Wanita Johan dan Naib Johan.
Bola Jaring - Johan.
Bola Tampar Lelaki dan wanita dan Futsal lelaki Ketiga.

Sebagai ketua kontinjen, En Mohd Asmadi Hj Alias mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta kerana bertungkus-lumus menyertai setiap acara yang dipertandingkan dan berharap agar pasukan ini mencapai pencapaian yang lebih membanggakan pada masa akan datang.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Zalil B Baron, Pengurus Besar YPJ. Beliau telah menobatkan pasukan YPJ Hope sebagai Johan Keseluruhan bagi Pesta Sukan YPJ edisi 2010 ini. Majulah sukan untuk YPJ.

Friday, May 14, 2010

Laporan Harian Metro mengenai kemasukan pelajar baru IHYPJ


Kepada mereka yang masih belum mendaftar, jangan risau kerana kami masih lagi terbuka untuk pengambilan pelajar baru. Hubungi kami untuk tempahan kemasukan. Terima kasih.

Tuesday, May 11, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru







12 Mei 2010 - tercipta satu lagi lembaran sejarah di mana IHYPJ menerima kehadiran pelajar baru pagi ini. Seluruh warga IHYPJ mengalu-alukan kedatangan pelajar dan ibu bapa ke kolej ini. Selamat menempuh alam pengajian tinggi yang menyediakan cabaran yang berbeza daripada alam persekolahan. Pelajar kini digelar mahasiswa dan menerima pembelajaran dari sudut yang berbeza.

Kami berharap agar semua pelajar dapat menyesuaikan diri serta dapat mengalami sendiri keseronokan belajar di Institut Hospitaliti YPJ