Wednesday, September 29, 2010

Berdebar-debar menunggu majlis konvokesyen

Mungkin itu adalah perasaan 133 orang graduan IHYPJ yang bakal dianugerahkan diploma masing-masing di dalam Majlis Konvokesyen KPYPJ kali ke 13 yang bakal diadakan pada 2 Oktober nanti. Institut Hospitaliti YPJ mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua graduan yang menerima skroll masing-masing.

Sijil Profesional Pengurusan Perhotelan

27 September 2010 - Senai, Johor. Seramai 50 orang pemuda dan pemudi yang terpilih telah mendaftarkan diri di dalam kursus ini. Pendaftaran yang dimulakan pada jam 8 pagi dan kesemua pelajar menyelesaikan urusan pendaftaran pada jam 11 pagi. Kesemua peserta kemudiannya mendengar kata-kata aluan yang disampaikan oleh En Mohd Asmadi Hj Alias. Antara kandungan ucapan En Asmadi adalah agar peserta kursus ini mengambil peluang latihan ini sepenuhnya demi mencapai kecemerlangan peribadi di dalam lapangan kerjaya di masa akan datang. Beliau juga menyatakan bahawa peserta-peserta ini adalah yang dipilih untuk mencapai rakyat berpendapatan tinggi. Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Iskandar Malaysia atas kepercayaan yang diberikan kepada IHYPJ di dalam menganjurkan kursus ini.

Sunday, September 19, 2010

Hari Temuduga Sijil Profesional Hospitaliti





20 September 2010 - seramai 70 orang calon telah memohon untuk menjadi peserta Sijil Kemahiran Hospitaliti yang akan dilaksanakan oleh IHYPJ. Pada hari ini, calon akan ditemuduga dan akan dibawa ke pusat latihan Seeds di Kawasan Perindustrian Senai di mana program ini akan dilaksanakan.

Thursday, September 2, 2010

Tawaran Mengikuti Sijil Pengurusan Hospitaliti

IHYPJ menawarkan kepada mana-mana individu yang berpotensi untuk mengisi jawatan di dalam industri hospitaliti di dalam organisasi di dalam Wilayah Iskandar Malaysia. Program ini adalah seperti berikut

Nama : Hospitaliti Professional Certificate
Tempoh : 3 Bulan (27 September 2010 - 24 Disember 2010)
Kemudahan : Tempat tinggal, makan dan minuman serta elaun latihan disediakan.
Lokasi : Pusat Latihan Seeds, Kawasan Perindustrian Senai, Johor Bahru
Umur : 18 tahun - 30 tahun
Pegawai
utk dihubungi : Hod Amin 013 7020327 atau Firdaus Zainal Abidin 0177512980

Sila ambil tindakan segera dengan menghubungi pegawai seperti di atas kerana tempat adalah terhad.


IHYPJ offers to any individual who has the potential to fill positions in the hospitality industry within the organization in Iskandar Malaysia. This program is as follows

Name : Hospitality Professional Certificate
Duration : 3 month (27 September 2010 - December 24, 2010)
Facilities : Place to stay, eat and drink as well as training allowance provided.
Location : The Seeds Training Centre, Senai Industrial Estate, Johor Bahru
Age : 18 years - 30 years
Officer in
Charge : Hod Amin 013 7020327 or Firdaus Zainal Abidin 0177512980

Please take action immediately by contacting the above officers as space is limited.

Program Memasak Bubur Lambuk dan Demontrasi Ukiran Buah....






Kelab Seni Kulinari telah menganjurkan sebuah program bersama guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Teknik Ibu Azizah di Jalan Datin Halimah Johor Bahru hari ini. Program ini bukan sahaja mendekati pelajar dengan memasak bubur lambuk, mengadakan demonstrasi ukiran buah dan lain-lain. Di akhir program ini, semua tetamu telah bersama-sama berbuka puasa di Dewan Makan sekolah berkenaan. Turut hadir adalah Pengarah Kolej, En Mohd Asmadi Hj Alias dan En Hod Amin, Timbalan Ketua Eksekutif IHYPJ.

Culinary Arts Club has organized a joint program with teachers and students of SMT ERT Ibu Azizah in Jalan Datin Halimah Johor Bahru today. This program reach the students with the cooking 'bubur lambuk', holding the fruit carving demonstrations and more. At the end of the day, all club members and school students break their fast at the school dining hall. IHYPJ Director, Mr Mohd Asmadi Hj Alias accompanied by Mr Hod Amin were also present in this program.

Majlis Sumbangan Kepada Pelajar Miskin KPYPJ di Cafe Segar Amat






1 September 2010 - The KPYPJ Student Affairs Department hosted a presentation of holiday contribution and breaking fast at Cafe Segar Amat here today. A total of 50 students selected from all KPYPJ colleges such as Hospitality Institute, Institute of Industrial Technology, Johor Islamic College and all YPJ community colleges. Contributions were presented by Mr. A'lim B Abd Shukor, Chief Executive KPYPJ. This contribution is expected to help ease the burden faced by these students celebrating this year's Aidilfitri.

Wednesday, September 1, 2010

Program Mendekati Masyarakat KPYPJ



1 September 2010 - KPYPJ telah melaksanakan program penyampaian sumbangan kepada keluarga miskin di sekitar Johor Bahru. Ketua Eksekutif KPYPJ, En Abdul Alim B Shukor telah berkenan menyampaikan sumbangan berupa bahan-bahan makanan dan wang tunai kepada keluarga miskin di beberapa kampung di Daerah Johor Bahru.