Thursday, October 28, 2010

Minggu Penghayatan Islam Zon Selatan




gambar daripada koleksi En Faizal Salleh

26-28 Oktober 2010 Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPYPJ telah sekali lagi menganjurkan siri pertandingan bersempena dengan sambutan Minggu Penghayatan Islam. Antara pertandingan yang dianjurkan adalah tilawah Al Quran, Nasyid, lakonan dan sebagainya. Pertandingan ini dirasmikan oleh Hj Abd Razak B Mohd Saad, Timbalan Pengurus Besar KPYPJ pada 26 Oktober yang lalu. Berikut adalah senarai nama pelajar IHYPJ yang terlibat dengan pertandingan yang dianjurkan

1. Khairuladhwa Abdul Rashid - Nasyid
2. Khairul Azmi Khairuddin - Nasyid, Tilawah dan Pidato
3. Mohd Shahruknizam Samiran - Nasyid
4. Muhammad Nazrin Azmi - Nasyid
5. Luqmanulhakim Mohammaddiah - Nasyid
6. Danial Razali - Nasyid
7. Mohd Akmal Abu Bakar - Nasyid
8. Mohamad Noh Selamat - Nasyid
9. Bukhari Taqi Zulkarnain - Nasyid dan Sketsa
10.Mohd Firdaus Mohd Yusof - Nasyid
11.Mohd Nor Fadzli Tumin - Nasyid
12.Muhammad Latif Osman - Sketsa
13.Hazwani Ahmad - Sketsa
14.Nurul Afidatulikma Muhammed Hafizi - Sketsa dan Pidato
15.Nurul Ain Mohd Yusoff - Sketsa
16.NurulHuda Omar - Sketsa
17.Riduan Talib - Pidato
18.Suriana Ramlee - Pidato
19.Muhamad Adi Fiqri Abdul Aziz - Tilawah
20.Roszita Hussin - Tilawah

Pencapaian yang amat membanggakan kepada wakil daripada IHYPJ di dalam pertandingan yang dianjurkan. IHYPJ telah menjadi johan bagi acara Nasyid dan Sketsa manakala pidato mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.

26-28 October 2010 KPYPJ Division of Student Affairs has once again organized a series of competitions in conjunction with the Islamic Appreciation Week. Among the competition was organized by reciting the Qur'an, Nasyid, acting and so forth. This contest is officiated by B Hj Abd Razak Mohd Saad, Deputy General Manager KPYPJ ago on October 26. Remarkable achievement to representatives of IHYPJ in organized competitions. IHYPJ was a champion of the event Nasyid and Sketsa, while pidato was third. Congratulations to the winners.

Sunday, October 17, 2010

Tarik Tali dan Futsal anjuran Kelab Kulinari IHYPJ







Sabtu, 16 Oktober 2010 - Seramai 200 orang pelajar Kulinari IHYPJ telah menyertai pesta tarik tali dan futsal yang dianjurkan oleh Kelab Kulinari IHYPJ. Pesta ini berjaya mengumpulkan ramai pelajar untuk sama-sama turut menyertai acara yang dipertandingjan. Di samping itu jualan makanan dan minuman juga diadakan oleh Kelab Kulinari dan Kelab Bakerz. Kalah dan menang adalah adat perlawanan namun demikian, pensyarah turut merasakan tahap komitmen yang tinggi serta kerjasama di kalangan pelajar semasa menyertai pertandingan ini. Hadiah disampaikan oleh En Faizal Jaafar, Ketua Kursus Kulinari sambil disaksikan oleh semua pensyarah Kulinari. Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Saturday, October 16, 2010 - Some 200 students have joined the Culinary IHYPJ tug-of-war and futsal festival organized by the Culinary Club IHYPJ. The festival has brought together many students to jointly participate in the event. In addition, sales of food and beverages are provided by the Culinary Club and Bakerz Club. Losing and winning is a tradition in game, however, the lecturers felt that the high levels of commitment and cooperation among students in participating in this contest. Prize presented by Mr Faizal Jaafar, Head of Culinary Department, witnessed by all the lecturers Culinary. Congratulations to the winners.

Wednesday, October 13, 2010

Latihan Fizikal Sebelum Mendaki Gunung Kinabalu







Seramai 25 di kalangan staf dan pelajar KPYPJ telah terpilih untuk menyertai Ekpedisi Mendaki Gunung Kinabalu anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kumpulan Pendidikan YPJ. Pelajar dari wakil kolej KPYPJ telah bercadang melaksanakan beberapa cabaran semasa Ekspedisi ini. Antaranya ada untuk membuat butter sculpture, model bangunan, litar elektrik menggunakan tenaga solar di puncak Gunung Kinabalu. Pasukan ini akan bertolak ke Kota Kinabalu pada 3 November 2010 nanti. Semoga pemergian pasukan ini akan mengharumkan nama KPT dan KPYPJ.

Selamat Pengantin Baru - Tengku Nor Azura Bt Tuan Pa





10 Oktober 2010 - Selamat pengantin baru diucapkan kepada staf IHYPJ Tengku Nor Azura Bt Tuan Pa, pensyarah IHYPJ. Majlis telah diadakan di Padang Piol, Jerantut, Pahang. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Konvokesyen KPYPJ ke 13






2 Oktober 2010 - Tahniah diucapkan kepada 520 graduan KPYPJ yang menerima skroll masing-masing pada majlis konvokesyen ke-13 yang diadakan di Kompleks Islam Iskandar. YAB Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abd Ghani Othman telah berkenan menyampaikan sijil dan diploma kepada pelajar yang layak. Tahniah diucapkan kepada pelajar cemerlang IHYPJ pada tahun ini.