Sunday, January 30, 2011

Selamat Pengantin Baru En Amir Hafiz


30 Januari 2011 - Seluruh warga IHYPJ dan KPYPJ mengucapkan selamat pengantin baru kepada En Amir Hafiz B Ismail. Beliau telah selamat diijabkabulkan dengan Saudari Suhaira Nadia Binti Md Solih. Majlis dilangsungkan meriah walaupun cuaca diluar hujan lebat sepanjang hari. Kami mendoakan semoga beliau mendapat kebahagiaan hidup berkeluarga hingga ke akhir hayat.

The entire staff and KPYPJ IHYPJ congratulate the newlyweds of Mr. Amir Hafiz B Ismail. He was safely married to Miss Suhaira Nadia Binti Md Solih. The wedding reception held lively despite the unfreindly weather outside of heavy rain throughout the day. We pray they get happiness of family life until the end of time

Monday, January 24, 2011

Budaya Makanan di Miri dan Bandar Seri Begawan







18-20 Januari 2011, satu lawatan kerja telah dibuat untuk membincangkan kerjasama di antara KPYPJ dengan Pelita Maslaut Sdn Bhd, sebuah agensi latihan maritim terkenal di Malaysia Timur. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ iaitu En Abdul 'Alim B Shukor. Di samping perbincangan, rombongan berkesempatan meninjau makanan popular masyarakat setempat. Di antara menu yang popular adalah Nasi Lalapan, Mee Kolo, Sayur Midin, Tumpik, Nasi Katok, Nasi Goreng Kari dan Pecel Lele. Mungkin menu berkenaan sesuai dihidangkan di dalam kelas Eastern Cuisine di IHYPJ.

18 to 20 January 2011, a working visit was made to discuss cooperation between the Pelita Maslaut Sdn Bhd, a renowned maritime training agency in East Malaysia and KPYPJ. The visit is led by Chief Executive Officer of KPYPJ Mr. Abdul 'Alim B Shukor. In addition to the discussions, the delegation had the opportunity to enjoy some popular local food. Among the most popular menu are lalapan rice, Kolo Mee, Midin, Tumpik, Nasi Katok, Nasi Kari and Pecel Lele. Perhaps those menus are served in the future Eastern Cuisine Class in IHYPJ.

Thursday, January 13, 2011

Tawaran Pekerjaan di Sektor Kerajaan Bagi Lulusan KPYPJ

Individu berkelayakan dan berminat untuk menjadi Tukang Masak di hospital kerajaan di seluruh Malaysia dipelawa untuk memohon. Terdapat kekosongan segera yang perlu dipenuhi oleh mereka yang layak. Diberitakan bahawa kekosongan ini juga melibatkan hospital di negeri Johor. Kepada yang berminat, sila rujuk laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk prosedur memohon di http://www.spa.gov.my Kekosongan ini adalah untuk jawatan Tukang Masak Gred N17. Selamat memohon... laman sesawang alternatif(http://imej.spa.gov.my/pdf/iklan web 1.pdf)

Qualified and interested individuals to become Chef at government hospitals throughout Malaysia are invited to apply. There are immediate vacancies to be filled by those who qualify. We were informed that the vacancy will also involve hospitals in the state of Johor. Those who are interested, please refer to the Civil Service Commission website for the application procedure at http://www.spa.gov.my to the post of Tukang Masak Gred N17. Happy applying.. alternative site (http://imej.spa.gov.my/pdf/iklan web 1.pdf)

Keratan Akhbar Mengenai Majlis Anugerah Cemerlang


Staf IHYPJ yang menerima Anugerah




Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah berkesempatan memberikan anugerah kepada staf IHYPJ yang cemerlang berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Mereka adalah:-

1. Pn Suraya Saim - Anugerah Pekerja Berdisplin
2. En Amir Hafiz - Angerah Pekerja Berinovatif
3. Pn Norhaida Ahmad - Anugerah Pekerja Mithali

Kepada pekerja yang setia berkhidmat dengan KPYPJ juga diberi penghargaan di dalam majlis tersebut. Ada di antara mereka yang berkhidmat semenjak tahun 1996 lagi. Mereka yang dimaksudkan adalah :-

1. Pn Suraya Saim
2. Hj Supaat Sulaiman
3. Pn Saria Ahmad

IHYPJ dinobatkan Unit Terbaik KPYPJ 2010





13 Januari 2011 - IHYPJ telah dinobatkan sebagai unit terbaik keseluruhan KPYPJ bagi tahun 2010. Pengisytiharan ini dilakukan bersempena dengan Majlis Amanat Tahun Baru dan Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang KPYPJ yang dijayakan di Sangkar Kristal, berhampiran dengan Pasir Pelangi, Johor Bahru. IHYPJ menerima plak kenangan dan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, En Abd Alim bin Shukor. Selain daripada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ berkenan menyampaikan ucapan amanat tahun baru dimana beliau menyentuh mengenai pelbagai aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh semua staff. Beliau mengingatkan agar semua staff dapat meningkatkan mutu kerja selari dengan matlamat kerajaan yang mahukan semua rakyat fokus kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Beliau juga menyentuh mengenai peluang kenaikan pangkat bagi pensyarah untuk menjadi pensyarah kanan dan seterusnya memegang tanggungjawab akademik sepenuhnya di kolej sebagai persiapan KPYPJ berpindah ke kampus induk pada tahun 2012 nanti. Di dalam majlis itu juga, anugerah kepada pekerja setia, berdisiplin, berinovasi dan mithali juga disampaikan kepada yang terpilih. Tahniah diucapkan kepada IHYPJ dan diharap agar kejayaan ini dapat meningkatkan lagi semangat staff untuk bekerja bersungguh-sungguh dan memberikan yang terbaik kepada pelajar-pelajarnya.

IHYPJ was named as the best overall unit in 2010 KPYPJ. This declaration was made in conjunction with the "Amanat Tahun Baru & Anugerah Khidmat Cemerlang" ceremony held in the Sangkar Kristal, near the Pasir Pelangi, Johor Bahru. IHYPJ received a plaque and a cash prize of RM5,000 which is delivered by the Chief Executive Officer KPYPJ, Mr Abd Alim bin Shukor. Before handing over prizes, Chief Executive Officer KPYPJ was pleased to extend his New Year message in which he touched on many important aspects which need to be addressed by all staff. He reminded all staff to improve the quality of work in line with government's aim who wants all people to focus on high-income economy. He also touched on promotion opportunities for lecturers to senior lecturer and later held responsibility as a full academic college as preparation before KPYPJ moved to the new campus in 2012. In the event, other awards are also declared to employees who are loyal, disciplined, innovative and exemplary. Congratulations to IHYPJ and hope that this success to increase the staff motivation to work hard and give the best to students.

Wednesday, January 5, 2011

Aktiviti Semarak Kasih






30-31 Disember 2011 - Semua staff IHYPJ telah bersama-sama menyertai aktiviti semarak kasih pada dua hari ini di Johor Bahru. Selain daripada sesi ceramah dan penerangan, program ini telah dimeriahkan lagi dengan aktiviti pembentukan pasukan. Di antara aktiviti yang dipertandingkan adalah pertandingan memanah, bowling, paint-ball, makan aiskrim dan memancing. Aktiviti-aktiviti dilaksanakan secara berpasukan mengikut jabatan. Tiada markah keseluruhan dikira bagi aktiviti kali ini, oleh yang demikian, semua peserta adalah pemenang. Menurut En Mohd Asmadi Hj Alias, Pengarah IHYPJ "Kemenangan dan kekalahan bukanlah keutamaan di dalam edisi kali ini. Kita mahukan kebersamaan semua staff IHYPJ sama-sama menjalankan aktiviti. Ini adalah kerana mereka terlalu sibuk sepanjang tahun 2010 dengan tugasan masing-masing. Terima kasih di atas jasa semua staff IHYPJ menjalankan tugas dengan baik sepanjang tahun 2010. Terima kasih juga diucapkan kepada KPYPJ yang menyokong perlaksanaan program ini"


30 to 31 December 2011 - All IHYPJ staffs jointly participate in a two-day motivational and tembuilding program in Johor Bahru. Apart from briefings and speech, this program has been highlighted by team activities. Among the activities that are contested are the competition archery, bowling, paint-ball, ice cream eating and fishing. No overall score is calculated for these activities, therefore, all participants are winners. According to Mr. Asmadi Hj Mohd Alias, Director of IHYPJ "Winning or losing is not a priority in this year's edition. We want the unity of all staff equally involved in IHYPJ activities. This is because they are too busy during the year 2010 with their own work assignments. Thousand of appreciation for their hard work to ensure the smooth running of the college. Thank you also to KPYPJ for the support of the implementation of this program"