Friday, March 25, 2011

Liputan Akhbar - Food Culture & Exhibition





Berikut adalah liputan akhbar Berita Harian, Sinar Harian dan juga Harian Metro mengenai program Food Culture and Exhibition

Sunday, March 20, 2011

Food Culture Exhibition




21 Mac 2010 - Seramai 75 orang pelajar Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Food Culture Exhibition pada hari ini di perkarangan Dewan Pelajar Institut Hospitaliti YPJ. Program ini dirasmikan oleh Pengarah IHYPJ, En Mohd Asmadi Hj Alias yang turut mengucapkan tahniah di atas penganjuran acara yang julung kali diadakan ini. Program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran 70 orang tetamu dari Sekolah Menengah (T) Azizah dan juga bakal guru-guru kemahiran hidup dari Universiti Teknologi Malaysia. Acara ini telah berjaya menghidangkan pelbagai juadah daripada 17 buah negara antaranya Itali, United Kingdom, Russia, Jepun, Korea, Arab Saudi, Indonesia, India dan sebagainya. Tetamu yang hadir bukan sahaja dapat mempelajari budaya makananan pemakanan, malah mereka turut diberi peluang menikmati makanan yang disajikan pada hari tersebut. Di akhir majlis, pihak Sekolah dan UTM telah amat berbesar hati untuk memberi sokongan kepada IHYPJ melalui penyertaan progran dan acara dan juga melalui perkongsian maklumat di dalam bidang hospitaliti dan kulinari.


March 21, 2010 - A total of 75 diploma students in Food Preparation and Culinary studies have contributed for the success of Food Culture Exhibition today in its campus in Taman Tampoi Utama. This program was officiated by the Director of IHYPJ, Mr. Mohd Asmadi B Hj Alias ​​who also congratulated all the people for organizing this inaugural event. This program was also graced by the presence of 70 other guests from Sekolah Menengah Teknik Ibu Azizah and prospective teachers of 'kemahiran hidup' from Universiti Teknologi Malaysia. This event has been successfully providing a variety of dishes from 17 countries including Italy, United Kingdom, Russia, Japan, Korea, Saudi Arabia, Indonesia, India and others. Guests who attend not only to learn the culture of the participating countries but they were also given the opportunity to enjoy the food served on that day. At the end of the ceremony, the high school and the UTM was very pleased to support this program of IHYPJ and events and also will enhance collaboration through the sharing of information in the field of hospitality and culinary.

Majlis Persaraan Pengurus Besar YPJ






18 Mac 2010 - Dato' Hj Zalil B Baron, Pengurus Besar telah diraikan dalam satu majlis yang sederhana di Danga Cruise pada hari ini. Majlis ini dimulai dengan ucapan aluan daripada Pemangku Timbalan Pengurus Besar, Pn Shahariah Haris Ong yang memberikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato' di atas jasa beliau selama mentadbir YPJ. Kemudian, YBhg Dato' Zalil telah memberikan ucapan persaraan beliau. Setelah berkhidmat dengan organisasi-organisasi di bawah kerajaan negeri Johor selama lebih daripada 30 tahun. Beliau berkesempatan memberi nasihat-nasihat yang sangat berguna kepada semua hadirin. Jasamu tetap dikenang

Monday, March 14, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IHYPJ




11 Mac 2011 - IHYPJ telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul pada hari ini di perkarangan Dewan Pelajar. Seramai 350 orang telah turut sama memeriahkan majlis berkenaan. Program ini dimulakan pada jam 9:00 pagi melalui perarakan pelajar dan staf kolej. Setelah bacaan ayat-ayat suci alquran dan persembahan nasyid, majlis ini dimeriahkan lagi dengan ceramah Maulidurrasul yang di sampaikan oleh YBhg Ustaz Hj Mohamed Nasir B. Hj Amir dari Majlis Agama Johor. Selepas ceramah agama, semua hadirin turut sama menjamu selera dengan makanan yang disediakan. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur program ini.