Tuesday, May 31, 2011

Semoga berjaya En Mohd Asmadi



31 Mei 2011 - Selamat maju jaya diucapkan kepada En Mohd Asmadi B Hj Alias yang telah mengetik kad perakam waktu kali terakhir pada hari ini. Beliau telah berkhidmat selama 11 tahun di IHYPJ akan berpindah ke Bahagian Kemahiran KPYPJ mulai 1 Jun 2011. Beliau bermula sebagai pensyarah dari tahun 2000 sehingga tahun 2003. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Pengarah mulai tahun 2003. Kemudian pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Pengarah (M) sehingga sekarang. Semoga beliau mendapat meneruskan tugas dengan cemerlang di bahagian yang baru.

Tuesday, May 24, 2011

Kempen "1Malaysia Green 1Malaysia Clean" di Desaru




25 Mei 2011 - seramai 80 orang pensyarah dan pelajar IHYPJ telah menghadiri program 1Malaysia Green 1Malaysia Clean yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di Desaru Fruit Farm. Program ini dianjurkan untuk memberi kesedaran tentang menjaga alam sekitar.

Sukan 3 penjuru KCIDB, IRDA dan KPYPJ



23 Mei 2011 - Seramai 90 orang atlit di kalangan pekerja KPYPJ telah menyertai pertandingan sukan tiga penjuru di antara Kelab CIDB, Pihak Berkuasa Iskandar Malaysia dan KPYPJ pada hari ini yang dilangsungkan di ABM, wilayah selatan. Beberapa acara antaranya Futsal, Sepak Takraw, Badminton berpasukan, Ping Pong, Dart dan Dam Haji. Setelah semua acara berlangsung, pasukan KPYPJ telah menjadi Johan Keseluruhan bagi pesta sukan kali ini. Tahniah diucapkan kepada pengurus pasukan dan juga atlit KPYPJ kerana mencapai kejayaan. Sukan ini akan dijadikan acara tahunan di antara KCIDB, Iskandar Malaysia dan juga KPYPJ.

Kemasukan Pertama Mei 2011

16 Mei 2011 - Pihak Pengurusan Kolej mengucapkan selamat datang kepada semua warga baru IHYPJ. Semua pelajar akan menjalani minggu wawasan siswa yang telah dirancang dan disusun oleh kolej. Selamat berjaya

Majlis Memorandum Persefahaman antara IRDA, PTPK, JPK dan Legoland

10 Mei 2011 - Satu majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara IRDA, PTPTK, JPK dan Legoland telah termeterai pada hari ini. Perjanjian kerjasama ini antara lain adalah untuk Legoland memilih latihan Jabatan Pembangunan Kemahiran sebagai platform melantik pekerja di taman tema yang pertama di Asia itu. Perjanjian ini adalah penting kepada IHYPJ juga kerana kolej ini terletak di dalam wilayah Iskandar Malaysia. Oleh yang demikian, semua pihak pelajar dan staff digalakkan mengambil peluang yang disediakan oleh organisasi di Iskandar Malaysia.

Tuesday, May 3, 2011

Penyertaan IHYPJ di dalam Pertandingan Pidato 1Malaysia


30 April 2011 - IHYPJ diwakili oleh Puraneswary di dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Johor. Menurut Pengarah Penerangan Negeri, En Hamdan Hasnan, pertandingan ini dianjurkan untuk mencapai matlamat Gagasan 1Malaysia melalui pembudayaan bahasa kebangsaan serta pembabitan semua kaum di dalam pertandingan itu. Walaupun tidak mendapat tempat pertama, Puraneswary tetap bersemangat untuk terus menyertai pertandingan ini di masa hadapan.

IHYPJ, represented by Puraneswary in the competition organized by the Jabatan Penerangan Johor. According to Director of the Jabatan Penerangan Johor, Mr. Hamdan Hasnan this competition is organized towards achieving 1Malaysia objectives through language and culture sharing by multiracial involvement. Although only manage consolation prize, Puraneswary still eager to continue participating in this kind of competition in the future.

Monday, May 2, 2011

Peperiksaan Akhir Teori

3 Mei 2011 - Bermulalah minggu peperiksaan akhir teori kepada semua pelajar Diploma di IHYPJ. Adalah disarankan agar pelajar semua bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi peperiksaan teori ini. Selamat berjaya