Thursday, June 23, 2011

Lawatan Audit MyQuest Kementerian Pengajian Tinggi




23 Jun 2011 - lawatan audit MyQuest terhadap IHYPJ telah dilaksanakan pada hari ini. Dua orang Professor dari Universiti Teknologi Malaysia telah berkenan menjalankan proses ini. Di samping semakan ke atas dokumen, mereka juga melawat kemudahan di IHYPJ. lawatan ini berakhir pada jam 5:00 petang

Monday, June 20, 2011

Corporate Outing





18 Jun 2011 - Seramai 31 orang staff IHYPJ telah meluangkan masa melawat tempat-tempat pelancongan menarik di Melaka hari ini. Program ini diadakan sempena dengan kejayaan IHYPJ menjadi unit terbaik KPYPJ bagi tahun 2010. Di samping membuat lawatan, peserta juga dapat mempelajari usaha menggalakkan pelancongan yang dijalankan oleh kerajaan negeri Melaka. Antara tarikan utama yang diusahakan oleh kerajaan negeri adalah pengindahan tebing sungai Melaka dan segala bangunan yang berada di kiri dan kanan sungai. Lawatan ini pastinya memberikan faedah positif kepada peserta yang menyertainya.

Majlis Perpisahan Mantan Pengarah IHYPJ

Pada 17 Jun 2011 yang lalu, Kelab Kebajikan Staff IHYPJ (Kasih) dengan kerjasama IHYPJ telah menganjurkan majlis perpisahan kepada mantan Pengarah IHYPJ, En Mohd Asmadi Hj Alias di Hotel Naza Tallya, Johor Bahru. Semasa diberi peluang memberi ucapan, En Asmadi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua staff IHYPJ selama ini. Beliau juga memohon maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan selama berkhidmat di IHYPJ semenjak tahun 2000. Kemudian, beliau mendoakan agar IHYPJ terus berjaya di masa akan datang.

Selamat Bertugas Pengarah Baru IHYPJ

1 Jun 2011 - Selamat bertugas diucapkan kepada En Shaiful Huzaini B Damanhuri, Ketua Eksekutif baru Institut Hospitaliti YPJ. En Shaiful merupakan seorang yang tidak asing dengan kolej ini dan beliau juga pernah menjadi Ketua Eksekutif IHYPJ pada tahun 2000. Semoga dengan perpindahan ini dapat meningkatkan pretasi IHYPJ kepada yang lebih cemerlang dan terbilang.