Tuesday, September 27, 2011

Konvokesyen ke 14 - 2011


Konvokesyen bagi pelajar KPYPJ akan diadakan pada 1 Oktober 2011. Lebih 100 orang bakal graduan IHYPJ pastinya berdebar-debar menantikan saat manis dianugerahkan diploma atau sijil masing-masing.

Kemeriahan majlis konvokesyen ini diserikan lagi dengan penganjuran Malam Pra Graduan yang bakal di adakan pada 30 September 2011. Majlis ini bermula dari jam 7:30 malam dan diadakan di Hotel New York, Johor Bahru. Persembahan menarik dari artis-artis jemputan pastinya akan menghiburkan semua tetamu. Pelajar-pelajar Kolej Komuniti Batu Pahat juga akan menjayakan pertunjukan fesyen pakaian yang pelbagai yang dihasilkan sendiri oleh mereka. Di samping itu, pelajar terbaik setiap kursus akan menerima penghargaan dan ganjaran masing-masing pada malam tersebut.

Pada 1 Oktober 2011, semua graduan dinasihatkan mendapatkan rehat yang cukup sebelum mendaftar di khemah pendaftaran seawal jam 7:00 pagi. Pastikan graduan memakai pakaian dan kasut yang sesuai di dalam majlis tersebut. Dan graduan juga diingatkan untuk senyum dan bertenang semasa menerima skroll supaya gambar yang diambil oleh jurugambar profesional cantik dan kemas. Ini merupakan kenangan seumur hidup. Jadi kepada graduan semua, selamat berkonvo.....

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir dan Batin Semua warga bercuti mulai 28 Ogos sehingga 4 September 2011. Selamat menyambut hari raya dan kembali ke kolej pada 5 September 2011.