Sunday, October 23, 2011

Kerjasama Legoland dengan Kumpulan Pendidikan YPJ



Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi En Basit atau Pn Zalina di talian 07 238-7144

Sunday, October 16, 2011

Program Bakti Siswa di Tanjung Piai






14-16 Oktober 2011 - Seramai 40 orang pelajar, MPP dan pegawai pengiring KPYPJ telah terlibat di dalam program Bakti Siswa di beberapa kampung di Mukim Serkat Pontian. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah program anak angkat, gotong-royong, sukan tradisional, lawatan ke industri setempat. Selain daripada itu, peserta juga menjalani latihan di Taman Negara Tanjung Piai. Modul latihan yang ditempuhi termasuk berkhemah, night-walk, gotong-royong membersihkan paya bakau dan menyemai benih pokok bakau. Ramai di kalangan peserta merasa bertuah meyertai program ini kerana mereka mempelajari banyak perkara melalui pengalaman tidur bersama ibu bapa angkat dan juga berkhemah di hutan paya bakau.

14 to 16 October 2011 - A total of 40 students, students representative council and KPYPJ staff participated in the 'Khidmat Masyarakat' in several villages in the Serkat Area in Pontian. Among the activities are student adoption program, talks, traditional sports, and visits to local industry. In addition, participants had also undergone training in the Tanjung Piai National Park. The training modules are interesting, some of the activities including camping, night-walk, clean the mangroves and planting the mangrove seed. Many of the participants felt lucky joining this program because they learn a lot through the experience of staying overnight in 'kampung' houses and also camping at the mangrove forest.

Saturday, October 1, 2011

Majlis Konvokesyen ke 14 KPYPJ

1 Oktober 2011 - KPYPJ telah menganjurkan Majlis Konvokesyen di Kompleks Islam Iskandar. Seramai 600 orang graduan peringkat sijil dan diploma telah diraikan di dalam majlis sangat meriah. Menteri Besar Johor, YAB Dato' Hj Abdul Ghani B Othman merangkan Pengerusi Yayasan Pelajaran Johor berkenan merasmikan majlis seterusnya menyampaikan diploma dan sijil kepada pelajar yang hadir. Pelajar terbaik IHYPJ adalah Saudari Edwina Abdul Baki dari Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari. Tahniah diucapkan kepada semua graduan dan semoga mendapat kerjaya yang diimpikan dan mencapai kejayaan diri dan keluarga.

Malam Pra Graduan KPYPJ








Malam ini dianjurkan untuk meraikan kejayaan semua Graduan KPYPJ sebelum majlis konvokesyen yang akan diadakan pada 1 Oktober nanti. Malam gilang gemilang ini dihadiri lebih daripada 600 orang.