Tuesday, November 22, 2011



22 November 2011 - IHYPJ sekali lagi telah bertungkus-lumus menyediakan juadah kepada pengunjung Majlis Minum Petang bersama DYMM Sultan Johor pada hari ini. Seramai tidak kurang daripada 15 orang staff dan juga pelajar IHYPJ telah bertugas di dalam program ini. Walau bagaimanapun seawal jam 4 petang, makanan yang disediakan tidak dapat memenuhi permintaan orang-ramai yang tidak putus-putus melawat gerai YPJ. Menurut pensyarah IHYPJ, kehadiran pengunjung kali ini adalah berlipat kali ganda berbanding pengajuran majlis yang sama tahun lalu kerana ianya diadakan pada hari cuti umum dan pihak pengajur telah mempertingkatkan promosi kepada orang ramai untuk turut hadir memeriahkan majlis.

Kek Istimewa dari IHYPJ




IHYPJ telah mempersembahkan sebiji kek bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 22 November 2011. Pasukan pensyarah dan pelajar telah bertungkus-lumus menyediakan kek tersebut dan berharap Baginda berkenan menerima persembahan tersebut.

Thursday, November 17, 2011

Peluang Pekerjaan di KSL Hotel



Johor Bahru - 18 November. Bekas pelajar atau alumni IHYPJ digalakkan untuk mengambil peluang pekerjaan di KSL hotel di sini. IHYPJ dimaklumkan bahawa hotel tersebut sedang mengadakan proses pengambilan pekerja secara besar-besaran sebelum ianya dibuka dengan rasmi pada tahun 2012 akan datang. Jawatan yang ditawarkan adalah daripada kategori pengurusan, penyeliaan dan operasi. Sebarang pertanyaan dan makluman sila hubungi no telefon 012-7863188.