Friday, December 14, 2012

Program Istimewa Kepada Lepasan SPM


      Anda sudah tamat SPM? Anda tidak tahu nak buat apa? Belum terfikir nak bekerja? Mahu meningkatkan kemahiran diri? Jika Ya adalah bagi semua soalan di atas, anda dipelawa untuk menyertai program Sijil Kemahiran Malaysia dalam 13 bidang di Kolej-kolej Komuniti YPJ. Syarat minimum adalah warganegara berumur 16 tahun dan boleh membaca dan mengira. Pinjaman kewangan disediakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Tempoh pembelajaran dan 5-6 bulan untuk 1 tahap. Penginapan juga disediakan kepada yang memerlukan. Sekiranya SPM anda cemerlang, anda boleh terus menyambung pelajaran di IPT pilihan anda. Sekurang-kurangnya anda sudah mempunyai satu kemahiran di dalam resume anda. 

Kebaikan menyambung SKM
1. Program diiktiraf kerajaan
2. Boleh menyambung pelajaran kepada yang lebih tinggi
3. Bidang kemahiran yang mendapat permintaan tinggi industri
4. Meningkatkan ketrampilan dan keyakinan diri.

     Untuk memohon sila email kan nama, alamat, no kad pengenalan dan no telefon serta program sijil yang dipohon ke mahalias@yahoo.com atau menelefon ke 07 2416161 Bahagian Pembangunan Kemahiran YPJ.

     Ambillah peluang meningkatkan diri sementara menunggu keputusan SPM anda.

Monday, December 10, 2012

Chef Fazi Pakar Masakan Johor


Chef Fazi dari IHYPJ sekali lagi mengharumkan nama IHYPJ dengan menjadi chef jemputan di salah sebuah hotel terkemuka di Kulala Lumpur.

Program Khidmat Masyarakat Di Kampung Pasr, Pasir Gudang



Thursday, November 8, 2012

Renaissance Hotel Interview Session

8 November 2012 - Renaissance Hotel Permas Jaya telah melaksanakan sesi penerangan dan temuduga kepada pelajar SHYPJ dan juga Kolej Komuniti YPJ. Di dalam sesi tersebut, pelajar telah didedahkan dengan maklumat mengenai hotel dan juga peluang kerjaya di rangkaian Renaissance Hotel dan Marriot. Selain daripada sesi temuduga, Renaissance Hotel juga sangat berminat untuk bekerjasama di dalam program internship dan juga latihan praktikal. Semoga dapat memberi manafaat kepada semua pelajar YPJ.
 




 

Sunday, October 14, 2012

Tahniah Mohamad Ezzani Bin Mansor

13 Oktober 2012 - Konvokesyen ke 15 telah menjadi kebanggaan keseluruhan warga IHYPJ atau Sekolah Hospitaliti di mana Saudara Mohamad Ezzani Bin Mansor telah terpilih menjadi pemenang anugerah tertinggi majlis konvokesyen kali ini. Sebagai pemenang Anugerah Pingat Emas Menteri Besar Johor, beliau membawa pulang pelbagai hadiah termasuk sebutir pingat emas, wang tunai, piala pusingan sumbangan Persatuan Hotel Malaysia cawangan Johor, piala iringan, plak, beberapa utas jam tangan dan sijil-sijil pencapaian. Beliau yang berjaya menamatkan pembelajaran di dalam Diploma Pengurusan Hotel telah mencatat sejarah kerana berjaya mendapat GPA 4.0 di semua semester yang beliau lalui. Semasa memberi ucapan, beliau telah memberi penghargaan kepada ibu bapa yang telah bersusah-payah membantu beliau mencapai kejayaan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Institut Hospitaliti terutamanya pensyarah-pensyarah dan Kumpulan Pendidikan YPJ kerana memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga sepanjang tempoh pembelajaran beliau. Beliau akan menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara demi mengejar cita-cita untuk menjadi pensyarah suatu hari kelak. Kami bangga dengan kejayaan anda dan tahniah diucapkan.
 

Gambar : Saudara Mohamad Ezzani dan Ibubapa bergambar
kenangan sebelum Majlis Konvokesyen ke 15 di Persada Johor

Malam Pra Graduan KPYPJ




 


Raptai Konvokesyen KPYPJ






Thursday, October 11, 2012

Majlis Konvokesyen KPYPJ ke 15

13 Oktober 2012 - Majlis Konvokesyen KPYJ ke 15 akan berlangsung di Persada Johor, Johor Bahru. majlis ini dianjurkan untuk meraikan pelajar-pelajar KPYPJ yang telah berjaya menamatkan pelajaran masing-masing. Bagi upacara kali ini, seramai 650 orang pelajar terlibat menerima penganugerahan masing-masing. Majlis ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor. Anugerah tertinggi di dalam majlis ini adalah Pemenang Anugerah pingat emas YAB Menteri Besar Johor. Nama penerima anugerah akan diketahui kelak. Tahniah para graduan KPYPJ.

Pengumuman

Kepada semua pelajar sekolah Hospitaliti. Sesi pemilihan pemain bolasepak sekolah hospitaliti akan dijalankan di padang RTM pukul 5 petang pada 13 Oktober 2012 (Sabtu). Kepada yang berjaya, akan dipilih mewakili kolej ke Pertandingan Bolasepak Piala Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ. Jumpa anda di sana

Kursus Act Tourism





11 Oktober 2012 - Pelajar Diploma Pengurusan Hotel telah menghadiri kursus Act Tourism di Hotel New York, Johor Bahru. Kursus Act Tourism dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Para peserta kursus ini adalah seramai 160 orang terdiri dari pelajar Sekolah Hospitaliti YPJ, Instedt dan Kolej Komuniti YPJ. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah berpengalaman dalam bidang pelancongan yang menitikberatkan teknik kita melayan pelancong luar negara. Salah satu pendekatan yang berkesan adalah dengan memperkenalkan produk dan kelebihan yang terdapat di negara Malaysia. Di akhir kursus ini, semua peserta pastinya mendapat ilmu pengetahuan yang baru daripada pakar industri.


laporan dan gambar ihsan En Hod Amin

Thursday, October 4, 2012

Mari lah mari... kita mengundi

 
Sekolah Hospitaliti akan melaksanakan Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar bagi sessi 2012-2013 pada 10 Oktober 2012. Pilihanraya ini dilaksanakan untuk memilih pemimpin yang mendapat sokongan majoriti pelajar. Bagi memastikan pemilihan dapat dibuat dengan adil dan telus, semua pelajar diwajibkan untuk mengundi. Jalankan tanggungjawab anda...

Saturday, August 4, 2012

Ada Yang Bergembira


3 Ogos 2012 - KPYPJ telah menambahkan dua acara selepas majlis membudayakan Al Quran. Acara yang pertama ada majlis penyerahan surat penghargaan kepada Pengurus Kolej-kolej Komuniti YPJ yang berjaya mendapat penarafan bintang Jabatan Pembangunan Kemahiran manakala acara yang kedua adalah majlis penyerahan insentif membawa pelajar kepada staf. Ketua Eksekutif KPYPJ, En Abdul 'Alim B. Shukor telah berkenan menyampaikan surat penghargaan manakala insentif kepada staf disempurnakan oleh Hj Abdul Razak Mohd Saad, Pengurus Besar KPYPJ. Kebanyakan staf yang menerima insentif melahirkan rasa kesyukuran kerana menerima insentif tersebut terutamanya menjelang hari lebaran yang akan disambut tidak lama lagi.

KKJB Memasak Bubur Lambuk





2 Ogos 2012 - KK Johor Bahru telah menganjurkan program memasak bubur lambuk dengan kerjasama Nestle Johor. Program ini berjaya mengumpulkan penyertaan 50 orang pelajar dan staff dalam menyediakan bubuk lambuk kepada 450 orang. Di akhir sessi tersebut, bubur lambuk diagihkan kepada semua pelajar, staff dan masyarakat sekeliling kolej.

Saturday, July 21, 2012

Temasya Sukan Antara Kolej (SUKOM) Meriah

13-15 Julai 2012 - Temasya Sukan Antara Kolej-kolej yang bernaung di bawah Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (SUKOM) telah berlangsung di pelbagai lokasi di Johor Bahru. Sukan yang dijalankan ini telah berjaya mengumpulkan hampir 500 orang peserta yang bertanding di dalam 10 acara sukan. Acara-acara seperti Sepaktakraw, Bola Jaring, Ping Pong, Futsal, Badminton, Bola Tampar, Karom, Catur dan Boling adalah antara yang dipertandingkan. Persaingan yang sengit telah berlangsung di antara Sekolah Kejuruteraan Dan Sains Kreatif dengan Sekolah Pengurusan Dan Sains Sosial. Kejohanan temasya ini hanya dipisahkan oleh satu mata sahaja. Johan bagi temasya ini adalah Sekolah Kejuruteraan dan Sains Kreatif, manakala Naib Johan adalah Sekolah Pengurusan dan Sains Sosial. Di samping itu, Sekolah Hospitaliti mendapat tempat ketiga dan Kolej Komuniti YPJ menjadi tempat keempat. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya manakala yang kurang berjaya boleh mencuba lagi di peluang lain di masa akan datang.


13 to 15 July 2012 - The Education Group Johor Education Foundation Sports Meet (SUKOM) was held at various locations in Johor Bahru. This event had successfully gathered nearly 500 participants competing in  'sepaktakraw', Netball, Table Tennis, Futsal, Badminton, Volleyball, Carrom, Chess and Bowling competition. Intense competition had occured between the School of Engineering and Creative Science and School of Management and Social Sciences because the overall champion was only separated by one point only. The Champion of this tournament is School of Engineering and Creative Sciences, while the runner up is a School of Management and Social Science. While the School of Hospitality in third place and YPJ Community College is fourth. Congratulations to the winning team, while the losing teams will have their chances in the next sport meet.

Sunday, July 15, 2012

Seminar Dato Hj Dr Fadzillah Mohd Kamsah





15 Julai 2012 - KPYPJ Management Service telah berjaya menganjurkan Seminar Kecemerlangan Diri dan Keluarga yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato Dr Hj Mohd Fadzillah Hj Kamsah(DFMK). Tema program ini iaitu "Menunjangi Transformasi Keibubapaan, Melakari Kecemerlangan Pelajar" telah berjaya menarik minat 500 orang peserta di kalangan belia dan pelajar sekolah dan 350 orang dewasa di kalangan ibubapa. Sebagai seorang pakar motivasi, DFMK telah berjaya menarik minat pendengar dengan nasihat dan petua yang sangat berguna untuk kegunaan semua orang. Semoga semua yang hadir dapat melaksanakan transformasi tersebut untuk kemajuan diri, keluarga dan negara.



Wednesday, June 27, 2012

Program Motivasi Pelajar & Ibubapa


Kumpulan Pendidikan YPJ akan menganjurkan Seminar Motivasi yang akan dipimpin oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah. Program ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai daripada pelbagai peringkat umur samada muda/pelajar mahupun ibubapa. Marilah datang beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi KPYPJ ditalian 07 2416161

Monday, June 25, 2012

Success Story



Muhamad Shakib B Shahlan, lepasan Sijil Kemahiran Malaysia KKYPJ tahap 2 telah melawat kolej pada hari ini. Dalam lawatan tersebut pihak kolej sempat bertanya kepada beliau mengenai kerjaya terkini beliau. Beliau pada masa ini adalah seorang Chef De Partie di sebuah hotel bertaraf 4 bintang di Singapura. Oleh kerana hotel berkenaan mempunyai cawangan di luar negara, beliau telah juga ditawarkan untuk bekerja di Mekah untuk tempoh 2 tahun mulai Ogos 2012 ini. Seorang yang berasal dari Kampung bernama Kayu Ara Pasong di Daerah Pontian kini menjadi seorang  tukang masak bergaji lumayan di Kota Metropolitan Singapura. Kejayaan seperti ini boleh menjadi kenyataan kerana beliau memilih untuk mempelajari di dalam bidang Kulinari di YPJ. Semoga beliau semakin berjaya di dalam bidang ini.

Pertandingan Cabaran Daisy 2012 Sehebat Chef



Johor Bahru - Ramai peserta dari keluarga KPYPJ telah menyertai pertandingan memasak cabaran daisy sehebat chef yang dijalankan di Plaza Angsana Johor Bahru. Tahniah diucapkan kepada Pn Hasrimawati dari Kolej Komuniti Johor Bahru kerana telah berjaya mendapat tempat kedua dan layak menyertai pertandingan ini di peringkat kebangsaan yang akan dijalankan pada 1 Julai 2012 di Kuala Lumpur. 

Monday, June 18, 2012

Alumni IHYPJ Menjadi Usahawan Kek dan Roti


17 Jun 2012 - Glorious Cafe yang diusahakan oleh saudari Shafriza Shafie telah dibuka dengan rasminya kepada pelanggan pada hari ini. Cafe ini menyajikan makanan yang dijamin halal dan pelbagai produk pastri dan bakeri menjadi kekuatan utama perniagaan tersebut. Perniagaan ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Abdul Razak Mohd Saad, Pengurus Besar KPYPJ yang turut sudi menjemput Cafe ini membantu pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian tersebut di kolej-kolej KPYPJ. Tahniah dan semoga berjaya diucapkan kepada saudari Shafriza.

Sunday, June 17, 2012




Bandar Penawar, Johor - Salah seorang lulusan Institut Hospitaliti YPJ, Nurul Hazwani Ahmad Fauzi telah berjaya menjadi tenaga pengajar di Institut Kemahiran Belia Negara, Bandar Penawar. Beliau yang ditemui pada 13 Jun yang lalu, sekarang ini adalah seorang pengajar di dalam bidang bakeri dan pastri. Beliau merasa teruja untuk menjalankan tugas terutamanya apabila diberikan tanggungjawab untuk mengajar dan mendidik generasi muda menjadi pelapis kepada chef-chef yang ada di pasaran pekerjaan di masa ini. Semoga beliau dapat mencapai kejayaan yang gemilang di organisasi tersebut.