Thursday, January 12, 2012

Anugerah Pekerja Terbaik Keseluruhan


Tahniah diucapkan kepada Hj Khairulfazi dari IHYPJ kerana menggondol anugerah pekerja terbaik keseluruhan KPYPJ tahun 2011.

Anugerah Pekerja Contoh dan Berdisiplin


Anugerah Tempoh Perkhidmatan



Majlis Amanat CeO KPYPJ




12 Januari 2012 - Semua staff IHYPJ telah menghadiri Majlis Amanat CeO KPYPJ di Horizon Hills Golf Club pada hari ini. Disamping menyampaikan pencapaian setahun 2011, CeO menyampaikan amanat yang sangat berharga kepada semua staff di Kumpulan Pendidikan YPJ. Sebaik sahaja CeO selesai menyampaikan amanat beliau, sebilangan staff telah diraikan kerana kesetiaan bersama KPYPJ, tahap disiplin yang tinggi dan terbaik di dalam jabatan masing-masing.

Monday, January 9, 2012

Pengambilan Pelajar Baru Sessi Januari 2012 Meriah




9 Januari 2012 - Institut Hospitaliti YPJ telah menerima seramai 81 orang pelajar baru bagi sessi ini. Pencapaian ini dikira membanggakan terutamanya bagi kemasukan Januari dimana biasanya majoriti lepasan SPM sudah berada di pusat-pusat pendidikan pilihan masing-masing. Namun, dengan kehadiran seramai 81 orang ini, dapat disimpulkan bahawa IHYPJ masih lagi diminati oleh golongan lepasan SPM dan belia untuk menyambung pelajaran mereka. Tahniah warga baru IHYPJ.