Wednesday, June 27, 2012

Program Motivasi Pelajar & Ibubapa


Kumpulan Pendidikan YPJ akan menganjurkan Seminar Motivasi yang akan dipimpin oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah. Program ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai daripada pelbagai peringkat umur samada muda/pelajar mahupun ibubapa. Marilah datang beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi KPYPJ ditalian 07 2416161

Monday, June 25, 2012

Success Story



Muhamad Shakib B Shahlan, lepasan Sijil Kemahiran Malaysia KKYPJ tahap 2 telah melawat kolej pada hari ini. Dalam lawatan tersebut pihak kolej sempat bertanya kepada beliau mengenai kerjaya terkini beliau. Beliau pada masa ini adalah seorang Chef De Partie di sebuah hotel bertaraf 4 bintang di Singapura. Oleh kerana hotel berkenaan mempunyai cawangan di luar negara, beliau telah juga ditawarkan untuk bekerja di Mekah untuk tempoh 2 tahun mulai Ogos 2012 ini. Seorang yang berasal dari Kampung bernama Kayu Ara Pasong di Daerah Pontian kini menjadi seorang  tukang masak bergaji lumayan di Kota Metropolitan Singapura. Kejayaan seperti ini boleh menjadi kenyataan kerana beliau memilih untuk mempelajari di dalam bidang Kulinari di YPJ. Semoga beliau semakin berjaya di dalam bidang ini.

Pertandingan Cabaran Daisy 2012 Sehebat Chef



Johor Bahru - Ramai peserta dari keluarga KPYPJ telah menyertai pertandingan memasak cabaran daisy sehebat chef yang dijalankan di Plaza Angsana Johor Bahru. Tahniah diucapkan kepada Pn Hasrimawati dari Kolej Komuniti Johor Bahru kerana telah berjaya mendapat tempat kedua dan layak menyertai pertandingan ini di peringkat kebangsaan yang akan dijalankan pada 1 Julai 2012 di Kuala Lumpur. 

Monday, June 18, 2012

Alumni IHYPJ Menjadi Usahawan Kek dan Roti


17 Jun 2012 - Glorious Cafe yang diusahakan oleh saudari Shafriza Shafie telah dibuka dengan rasminya kepada pelanggan pada hari ini. Cafe ini menyajikan makanan yang dijamin halal dan pelbagai produk pastri dan bakeri menjadi kekuatan utama perniagaan tersebut. Perniagaan ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Abdul Razak Mohd Saad, Pengurus Besar KPYPJ yang turut sudi menjemput Cafe ini membantu pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian tersebut di kolej-kolej KPYPJ. Tahniah dan semoga berjaya diucapkan kepada saudari Shafriza.

Sunday, June 17, 2012




Bandar Penawar, Johor - Salah seorang lulusan Institut Hospitaliti YPJ, Nurul Hazwani Ahmad Fauzi telah berjaya menjadi tenaga pengajar di Institut Kemahiran Belia Negara, Bandar Penawar. Beliau yang ditemui pada 13 Jun yang lalu, sekarang ini adalah seorang pengajar di dalam bidang bakeri dan pastri. Beliau merasa teruja untuk menjalankan tugas terutamanya apabila diberikan tanggungjawab untuk mengajar dan mendidik generasi muda menjadi pelapis kepada chef-chef yang ada di pasaran pekerjaan di masa ini. Semoga beliau dapat mencapai kejayaan yang gemilang di organisasi tersebut.