Sunday, October 14, 2012

Tahniah Mohamad Ezzani Bin Mansor

13 Oktober 2012 - Konvokesyen ke 15 telah menjadi kebanggaan keseluruhan warga IHYPJ atau Sekolah Hospitaliti di mana Saudara Mohamad Ezzani Bin Mansor telah terpilih menjadi pemenang anugerah tertinggi majlis konvokesyen kali ini. Sebagai pemenang Anugerah Pingat Emas Menteri Besar Johor, beliau membawa pulang pelbagai hadiah termasuk sebutir pingat emas, wang tunai, piala pusingan sumbangan Persatuan Hotel Malaysia cawangan Johor, piala iringan, plak, beberapa utas jam tangan dan sijil-sijil pencapaian. Beliau yang berjaya menamatkan pembelajaran di dalam Diploma Pengurusan Hotel telah mencatat sejarah kerana berjaya mendapat GPA 4.0 di semua semester yang beliau lalui. Semasa memberi ucapan, beliau telah memberi penghargaan kepada ibu bapa yang telah bersusah-payah membantu beliau mencapai kejayaan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Institut Hospitaliti terutamanya pensyarah-pensyarah dan Kumpulan Pendidikan YPJ kerana memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga sepanjang tempoh pembelajaran beliau. Beliau akan menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara demi mengejar cita-cita untuk menjadi pensyarah suatu hari kelak. Kami bangga dengan kejayaan anda dan tahniah diucapkan.
 

Gambar : Saudara Mohamad Ezzani dan Ibubapa bergambar
kenangan sebelum Majlis Konvokesyen ke 15 di Persada Johor

Malam Pra Graduan KPYPJ




 


Raptai Konvokesyen KPYPJ






Thursday, October 11, 2012

Majlis Konvokesyen KPYPJ ke 15

13 Oktober 2012 - Majlis Konvokesyen KPYJ ke 15 akan berlangsung di Persada Johor, Johor Bahru. majlis ini dianjurkan untuk meraikan pelajar-pelajar KPYPJ yang telah berjaya menamatkan pelajaran masing-masing. Bagi upacara kali ini, seramai 650 orang pelajar terlibat menerima penganugerahan masing-masing. Majlis ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor. Anugerah tertinggi di dalam majlis ini adalah Pemenang Anugerah pingat emas YAB Menteri Besar Johor. Nama penerima anugerah akan diketahui kelak. Tahniah para graduan KPYPJ.

Pengumuman

Kepada semua pelajar sekolah Hospitaliti. Sesi pemilihan pemain bolasepak sekolah hospitaliti akan dijalankan di padang RTM pukul 5 petang pada 13 Oktober 2012 (Sabtu). Kepada yang berjaya, akan dipilih mewakili kolej ke Pertandingan Bolasepak Piala Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ. Jumpa anda di sana

Kursus Act Tourism





11 Oktober 2012 - Pelajar Diploma Pengurusan Hotel telah menghadiri kursus Act Tourism di Hotel New York, Johor Bahru. Kursus Act Tourism dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Para peserta kursus ini adalah seramai 160 orang terdiri dari pelajar Sekolah Hospitaliti YPJ, Instedt dan Kolej Komuniti YPJ. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah berpengalaman dalam bidang pelancongan yang menitikberatkan teknik kita melayan pelancong luar negara. Salah satu pendekatan yang berkesan adalah dengan memperkenalkan produk dan kelebihan yang terdapat di negara Malaysia. Di akhir kursus ini, semua peserta pastinya mendapat ilmu pengetahuan yang baru daripada pakar industri.


laporan dan gambar ihsan En Hod Amin

Thursday, October 4, 2012

Mari lah mari... kita mengundi

 
Sekolah Hospitaliti akan melaksanakan Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar bagi sessi 2012-2013 pada 10 Oktober 2012. Pilihanraya ini dilaksanakan untuk memilih pemimpin yang mendapat sokongan majoriti pelajar. Bagi memastikan pemilihan dapat dibuat dengan adil dan telus, semua pelajar diwajibkan untuk mengundi. Jalankan tanggungjawab anda...