Friday, February 22, 2013

Majlis Tamat Latihan Pelajar Sijil Kemahiran Malaysia Tajaan UPEN

22 Februari 2013 - Seramai 25 orang pelajar tajaan UPEN telah diraikan di dalam sebuah majlis di Hotel Good Hope Skudai pada hari ini. Program ini dilaksanakan sebagai meraikan kejayaan pelajar-pelajar ini mengharungi latihan kemahiran selama 12 bulan bagi tahap 1 dan tahap 2. Bidang-bidang yang berkaitan dengan mereka adalah Penyediaan Makanan, Teknologi Automotif dan Juruteknik Elektrik rendah. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Majlis dirasmikan oleh Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran KPYPJ, En Mohd Asmadi Hj Alias.







Potensi Kerjasama dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu

21 Februari 2013 - Bahagian Kemahiran Kumpulan Pendidikan YPJ telah berpeluang untuk membincangkan  peluang kerjasama yang akan memberikan kelebihan kepada kedua-dua pihak. ILP Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1980an lagi dan sangat berpengalaman luas di dalam bidang berkaitan industri. Dari sesi lawatan tersebut, delegasi dari KPYPJ yang diketuai oleh En Mohd Asmadi Hj Alias telah berpeluang meninjau perlaksanaan sistem kualiti dan juga pengurusan sumber dan peralatan yang berkesan.