Saturday, June 22, 2013

CEO IKIP Intenational College Melawat Kolej Komuniti YPJ Muar




22 Jun 2013 - Kolej Komuniti YPJ telah bekerjasama dengan IKIP International College yang beribu pejabat di Kuantan, Pahang. Sebagai satu tanda hubungan ini, pengurusan tertinggi kolej berkenaan telah melawat Kolej Komuniti YPJ Muar pada hari ini.

Wednesday, June 19, 2013

Tahniah kepada Penerima Anugerah Dekan Sekolah Hospitaliti



Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat Anugerah Dekan yang diadakan di Dewan Sekolah Pengurusan Sains Sosial. Program ini diadakan bersempena dengan Majlis Perasmian Penutup Minggu Wawasan Siswa Kolej Yayasan Pelajaran Johor. Ketua Eksekutif KPYPJ, En Abdul 'Alim B Shukor telah berkenan merasmikan program ini. Beliau juga turut menyampaikan sijil anugerah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam semester yang lalu. 

Thursday, June 13, 2013

Pencapaian Pelajar Kemahiran Kolej Komuniti YPJ Membanggakan

13 Jun 2013 - Pelajar-pelajar Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru yang telah menyertai pertandingan kemahiran di pelbagai pertandingan telah diraikan oleh Pengurusan dan Staff KPYPJ. Tn Hj Razak Mohd Saad selaku Pengurus Besar KPYPJ telah berkenan menyampaikan sijil dan hadiah iringan kepada semua pelajar yang terlibat. Pelajar yang paling mendapat tumpuan adalah Muhammad Shafiq Abdul Wahid dan Aqil Haziq Fakhrullah Hanan yang berjaya membawa pulang pingan gangsa di Cabaran Kulinari Asean yang dijalankan oleh Kolej IKIP Pahang. Kedua-dua pelajar ini telah membuktikan bahawa mereka juga setanding dengan rakan-rakan dari kolej lain dari seluruh negara dan dari negara-negara ASEAN. Tahniah diucapkan kepada mereka. Sementara itu, Pengarah Bahagian Kemahiran, Mohd Asmadi Hj Alias menyatakan "Bahagian Pembangunan Kemahiran akan menghantar lebih ramai lagi pelajar untuk mendapat pendedahan di dalam pertandingan kemahiran bagi melengkapkan dan mempertingkatkan kemahiran masing-masing. Pelajar yang  berminat perlu melapor diri kepada pengajar masing-masing untuk tindakan lanjut kolej"

Akhbar Sinar Harian 14 Jun 2013

Akhbar Utusan Malaysia 14 Jun 2013