Tuesday, December 9, 2014

Program Pembentukan Pasukan dan Motivasi Kemahiran YPJ



4 Nov 2014 - Seramai 95 orang staf Kemahiran YPJ Sdn Bhd telah bersama menjayakan program di Savannah Hill, Ulu Tiram. Program 2 hari satu malam ini di penuhi dengan ceramah, perbincangan kumpulan, gerakerja berpasukan, sukan dan pembentangan strategi. 

Program ini diserikan lagi dengan ceramah istimewa yang di sampaikan oleh bekas Mufti Johor iaitu Dato Nooh B Gadot. Pada wantu pagi juga program Qiyamulail dijalankan dipimpin oleh Ust Muliyadi. Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Hj Abdul 'Alim Abd Shukor berkenan merasmikan kempen kesedaran perkhidmatan berkualiti. Kempen ini adalah sebagai memberi semangat kepada staff untuk mementingkan kualiti di dalam segala tindakan yang dibuat di dalam pekerjaan dan kehidupan seharian.

Program penutup dirasmikan oleh Tn Hj Abd Razak Mohd Saad, beliau mengingatkan kepada semua warga KKYPJ untuk melaksanakan tugasan yang baik demi memastikan survival bahagian kemahiran

Wednesday, December 3, 2014

Personaliti Seni Amerika Syarikat Terpegun dengan Kemampuan Pelajar KYPJ

30 Nov 2014 - Muhammad Isa Sadlon telah berpeluang membuat penilaian kepada hasil 40 orang pelajar Diploma Hiasan dalaman di KYPJ pada hari ini. Beliau telah ditunjukkan dengan konsep penggunaan ruang dalaman yang dibuat oleh pelajar semester akhir. Hasil yang dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan ini meliputi lukisan konsep, penjelasan konsep dan juga model 3D yang dibina bagi setiap konsep yang dicadangkan. "Saya berasa kagum dan mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan pengajar pelajar-pelajar ini. Mereka mampu memberikan pejelasan bagi setiap konsep yang diketengahkan di dalam ciptaan mereka. Syabas saya ucapkan" kata beliau.




Seminar Profesional Kumpulan Pendidikan YPJ

30 Nov 2014 Bahagian Pembangunan Kemahiran telah menganjurkan sebuah program mini seminar mengenai pengurusan profesional. Ceramah utama telah disampaikan oleh seorang personaliti yang hebat dari Amerika Syarikat. Beliau adalah Muhammad Isa Sadlon adalah seorang personaliti masyarakat Islam di Amerika dan juga bekas pengarah Muzium Seni Milwaukee.




Di dalam ceramahnya, beliau telah menyentuh mengenai perkara yang penting di dalam pembentukan pasukan yang efektif. Beliau juga menerangkan mengenai petua menjadi pemimpin efektif daripada sekadar menjadi seorang bos. Sebagai seorang pemimpin, menjadi sumber inspirasi dan memenuhi keperluan ahli-ahli pasukannya. Beliau juga berkongsi pengalaman pengubahsuaian dan peningkatan projek Muzium Seni Milwaukee yang menelan belanja sebanyak USD125 juta tanpa bantuan daripada dana kerajaan. Projek ini menghasilkan sebuah bangunan yang hebat dan menjadi ikon rasmi bagi kegiatan seni di Amerika Utara. Beliau juga menyentuh mengenai pelbagai perbezaan budaya yang menjadi intipati utama di dalam kehidupan masyarakat Amerika Syarikat.


Sunday, September 7, 2014

Majlis Konvokesyen KPYPJ Ke 17








Majlis Konvokesyen ke 17 telah dijalankan dengan penuh istiadat pada 6 September 2014 di Kompleks Islam Iskandar. Majlis ini meraikan seramai 620 orang graduan dari semua kolej-kolej di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ.


Wednesday, August 20, 2014




16 Julai 2014. Kolej-kolej Komuniti YPJ membuat perbincangan awal dengan MOCA Resources iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh pemuafakatan syarikat-syarikat Minyak dan Gas yang utama di Malaysia. MOCA Resources sangat positif untuk bekerjasama dengan YPJ di dalam melatih belia-belia yang berminat untuk menyertai industri Minyak dan Gas. Mana-mana pelajar yang berminat, mereka boleh menghubungi pengurus kolej masing-masing untuk mendapatkan gambaran kemudahan dan kelebihan yang disediakan oleh Industri minyak dan gas.
Seluruh warga kerja Bahagian Pembangunan Kemahiran mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Sunday, June 29, 2014

Majlis Tamat Kursus 2014


26 Jun 2014 Kolej-kolej Komuniti YPJ telah mengadakan satu majlis meraikan pelajar-pelajar tajaan UPEN Johor dan juga EPU-PEMBINA di Hotel Landmark Batu Pahat pada hari ini. Program ini bertujuan meraikan pelajar-pelajar yang telah tamat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Sejumlah 118 orang pelajar telah menerima sijil masing-masing. Majlis ini juga memberi peluang kepada Kolej-kolej Komuniti YPJ menerangkan kepada penerima sijil untuk membuat pilihan yang terbaik selepas tamat latihan di YPJ. Mereka samada boleh menyambung pelajaran atau memasuki peluang pekerjaan. Menurut Tn Hj Abdul Alim B Shukor, adalah penting bagi pelajar untuk membuat keputusan segera bagi mengelakkan ilmu yang diperolehi tidak memberi faedah secara langsung kepada mereka.

Tuesday, June 24, 2014

KPYPJ Menandatangani Memorandum Persefahaman Dengan 28 Rakan Industri






23 Jun 2014 - Pada hari ini, KPYPJ berjaya memeterai perjanjian dengan 28 syarikat di dalam pelbagai bidang termasuk kulinari, perhotelan, elektrikal, pertanian, landskap, sistem komputer dan sistem maklumat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Hj Md Jais B Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri Johor. Semasa ucapan perasmiannya, YB Hj Md Jais turut menyentuh mengenai peranan KPYPJ kepada masyarakat Johor terutamanya untuk menyediakan tenaga kerja yang mahir untuk keperluan industri semasa. Beliau juga menyentuh tentang penjenamaan semula KPYPJ sebagai salah satu agensi di bawah kelolaan negeri yang relevan dan berprestasi tinggi.

Menurut Pengarah Pembangunan Kemahiran, Mohd Asmadi Hj Alias "Hubungan kerjasama ini diharap dapat merapatkan jurang antara keperluan industri dengan kemampuan graduan yang dihasikan oleh Kolej-kolej Komuniti YPJ pada masa ini. Syarikat yang menandatangani perjanjian juga berpeluang untuk bersama-sama memberikan maklumbalas indusri seterusnya memilih pelajar yang berpotensi untuk diambil bekerja. Sebagai menghagai amanah yang diberikan kepada KPYPJ, Bahagian Pembangunan Kemahiran berusaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan latihan kemahiran di kolej-kolej komuniti agar pelajar mendapat latihan yang sewajarnya dan mendapat tempat di dalam industri yang berkaitan seterusnya meningkatkan pendapatan sehingga membantu negara mencapai status negara maju pada tahun 2020"

Di samping menjalinkan hubungan industri, KPYPJ juga mempunyai tenaga dalaman yang merupakan pengajar pakar yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di dalam bidang masing-masing. Mereka ini turut menyumbang kepada negara di mana mereka dipelawa oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di dalam perbincangan, pemantauan, pengesahan kualiti dan sebagainya. Pakar-pakar tersebut adalah En Naam B Parlan bidang kejuruteraan awam, En Abdul Razak Majid bidang Sistem Komputer, Pn Norlelawati Akim bidang Kulinari, En Nasri Sakiman bidang  Sistem Komputer, En Shah Rizan Thamrin bidang Kulinari, Zobree Alauidin Misman bidang Multimedia Kreatif, En Mohd Roszi Husin bidang Elekrik, En Mohd Shamsul Abdullah bidang Elektrik dan En Paisal Bakar bidang Kulinari.

Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan 15 orang pelajar tahap 3 jahitan pakaian wanita Kolej Komuniti YPJ Batu Pahat yang memperagakan hasil kreativiti masing-masing. Mereka memperagakan pakaian pengantin wanita dan juga lelaki yang dihasilkan dalam tempoh pengajian di Kolej Komuniti YPJ Batu Pahat.



Keseluruhan Syarikat yang menandatangani perjanjian persefahaman dengan KPYPJ adalah;-
1. Hotel Grand Paragon
2. Hotel Mutiara Johor Bahru
3. Hotel Seri Malaysia
4. Hotel Maya, Kuala Lumpur
5. Velle Capital Sdn Bhd.
6. Z&D Engineering Sdn Bhd
7. NIN Maju Enterprise
8. Pernigaan Alaf Baru
9. Hydrin Auto Service and Equipment
10. Silver Gear Sdn Bhd
11. Saksama Otomobil Sdn Bhd. (Toyota)
12. Harta Plus Venture
13. AKM Tani
14. E Office Agro Plantation
15. Sarjani (M) Sdn Bhd
16. Jalinan Ain
17. Ayunas Enterprise
18. Jalinan Alam Seni
19. Nimota (M) Sdn Bhd
20. SSBA Enterprise
21. HAZ Polaris Engineering Sdn Bhd
22. ABS Air Condition Engineering
23. WNA Idaman Trading
24. SOVEREIGN Multimedia Resources
25. Mix Linac Enterprise
26. RNE Solution
27. Astij Tekstil Sdn Bhd
28. Myza Collection
29. MOCA Resources Sdn Bhd
30. AUTO Part Sdn Bhd
31. Mansor Ayah Tailor

Lawatan PEMBINA ke Kolej-kolej Kemahiran YPJ

11-12 Jun 2014 - Kolej-kolej Komuniti YPJ pada masa ini sedang melatih 81 orang pelajar yang biayai oleh EPU-PEMBINA. Program ini adalah initsiatif PEMBINA, sebuah NGO yang prihatin untuk meningkatkan ekonomi golongan bumiptera melalui latihan dan pendidikan. Melalui kerjasama    KPYPJ dengan PEMBINA ini, lebih 75 orang pelajar dari keluarga miskin mendapat peluang pembelajaran dan mendapatkan sijil kemahiran untuk tujuan mendapatkan kerjaya yang lebih baik. Pegawai yang hadir adalah Tn Hj Rumlan Abd Rahman dan Tn Hj Wan Zulkifli B Ahmad. Kedua-dua pegawai mendengar laporan yang dibentangkan oleh pengurus-pengurus Kolej-kolej Komuniti YPJ. Pelbagai isu berkaitan juga dibincangkan pada sesi soal jawab antara pihak PEMBINA dengan KPYPJ. Diharap program dan kerjasama erat antara kedua-dua organisasi ini berterusan dan meningkatkan martabat latihan kemahiran di negara ini.




MoU dengan Maya Hotel









3 Jun 2014 - Kumpulan Pendidikan YPJ telah memeterai perjanjian persefahaman (Mou) dengan Hotel Maya di dalam bidang Perhotelan, Kulinari, Elektrikal dan juga Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara. Hotel Maya adalah sebuah hotel 5 bintang yang terletak berhampiran dengan Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Melalui perjanjian ini, kedua-dua belah pihak bekerjasama di dalam pembangunan sumber manusia dan juga pemilihan pekerja baru. Hotel tersebut menyediakan peluang yang luas kepada pelajar KPYPJ untuk melibatkan diri dengan Hotel Maya melalui latihan industri dan juga pekerjaan.

Sunday, April 27, 2014

Tranformasi Minda Bersama Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

27 April 2014 - Kumpulan Pendidikan YPJ dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan Penjawat Awam di Kompleks Islam Iskandar pada hari ini. Seminar yang diberi tajuk "Transformasi Minda Penjawat Awam Negeri Johor" ini disampaikan oleh Dato Dr Hj Mohd Fazilah Kamsah (DMFK) iaitu Pakar Motivasi Negara.

Program ini dihadiri oleh 1,000 tetamu di kalangan penjawat awam dari seluruh Negeri Johor. Kemampuan DMFK mengupas isu dengan bernas melalui penyampaian yang bersahaja dan sedikit jenaka, menyebabkan tetamu kekal duduk di kerusi masing-masing sehingga program itu tamat. DMFK memberikan garis panduan yang boleh dilaksanakn oleh semua orang untuk menjadi insan, pekerja, dan penjawat awam yang cemerlang.

Pada jam 4:30 petang, program ini telah dirasmikan oleh Hj Norizan Kulob, Timbalan SUK Negeri Johor. Beliau telah berkenan meyampaikan amanat daripada Ketua Setiausaha Negeri di samping menyampaikan cenderahati kepada penceramah dan tetamu.







Saturday, April 19, 2014

Pesta Sukan Antara Staff

Kumpulan Pendidikan YPJ telah sekali lagi menganjurkan Pesta Sukan Antara Staff (PESAS) pada tahun 2014 ini. Pesta sukan edisi ke 2 ini dipengerusikan oleh En Hod B Amin. Sebanyak 4 pasukan  menyertai pesta sukan ini yang bermula 17 April sehingga 19 April. Pasukan-pasukan tersebut adalah IbuPejabat, Kolej Komuniti YPJ, Sekolah-sekolah dan Yayasan Pelajaran Johor. Antara acara yang dipertandingkan adalah Petanque, Badminton, Ping Pong, Bola Jaring, Futsal, Sepak Takraw, Bola Tampar, Boling, Karom dan Dart.









          Berdasarkan prestasi pasukan, acara Petanque dan Ping Pong merupakan kekuatan pasukan HQ. Acara Bola Tampar Lelaki dan Futsal Wanita adalah milik pasukan KK. Manakala acara Boling lelaki dan wanita adalah kekuatan utama pasukan YPJ. Selain daripada acara yang disebutkan, semua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang untuk memenangi acara yang dipertandingkan.

          Setelah berusaha dengan gigih, hanya satu sahaja pasukan yang berjaya menjadi juara. Pasukan HQ ditabalkan sebagai juara pada pesta sukan kali ke dua ini. Manakala pasukan KK menjadi Naib Johan, YPJ ketiga dan Pasukan Sekolah mendapat tempat ke 4. Pasukan Kolej Komuniti juga mendapat anugerah pasukan terbaik seluruh kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada Pengerusi J/Kuasa, ahli-ahli jawatankuasa, ketua teknikal, ketua kontinjen dan pasukan yang berjaya menjadi juara.

Berikut adalah markah akhir setiap pasukan;

HQ, Ibu Pejabat  40 Markah     4 Emas 6 Perak 2 Gangsa
Kolej Komuniti    38 Markah     5 Emas 3 Perak 4 Gangsa
YPJ                      24 Markah     3 Emas 2 Perak 3 Gangsa
Sekolah               15 Markah     1 Emas 2 Perak 4 Gangsa

HQ - Johan Petanque, Karom, Ping Pong dan Dart
KK - Johan Bola Tampar L, Badminton, Futsal L & W dan Bola Jaring
YPJ - Johan Boling L & W dan Sepak Takraw
School - Johan Bola Tampar Wanita

Peluang Menyambung Pelajaran Di Bidang Kemahiran

Kolej-kolej Komuniti YPJ menyediakan ruang dan peluang bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah  untuk menyambung pelajaran di bidang kemahiran. Untuk sessi pengambilan pelajar tahun 2014, Kolej-kolej Komuniti menyediakan 300 tempat untuk golongan belia menyambung pelajaran di bidang kemahiran.Di antara bidang-bidang yang ditawarkan adalah;

1. Mekanik Kenderaan (Kereta)
2. Mekanik Motosikal
3. Air Cond
4. Juruelektrik
5. Penyediaan Makanan
6. Pastri
7. Sistem Komputer
8. Sistem Maklumat
9. Animasi
10. Pelukis Pelan Senibina
11. Pertanian
12. Lanskap

Dijemput kepada mereka yang telah berumur 17 tahun, boleh membaca dan mengira untuk memohon memasuki program kemahiran di kolej-kolej komuniti YPJ. Terima Kasih