Sunday, April 27, 2014

Tranformasi Minda Bersama Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

27 April 2014 - Kumpulan Pendidikan YPJ dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan Penjawat Awam di Kompleks Islam Iskandar pada hari ini. Seminar yang diberi tajuk "Transformasi Minda Penjawat Awam Negeri Johor" ini disampaikan oleh Dato Dr Hj Mohd Fazilah Kamsah (DMFK) iaitu Pakar Motivasi Negara.

Program ini dihadiri oleh 1,000 tetamu di kalangan penjawat awam dari seluruh Negeri Johor. Kemampuan DMFK mengupas isu dengan bernas melalui penyampaian yang bersahaja dan sedikit jenaka, menyebabkan tetamu kekal duduk di kerusi masing-masing sehingga program itu tamat. DMFK memberikan garis panduan yang boleh dilaksanakn oleh semua orang untuk menjadi insan, pekerja, dan penjawat awam yang cemerlang.

Pada jam 4:30 petang, program ini telah dirasmikan oleh Hj Norizan Kulob, Timbalan SUK Negeri Johor. Beliau telah berkenan meyampaikan amanat daripada Ketua Setiausaha Negeri di samping menyampaikan cenderahati kepada penceramah dan tetamu.







Saturday, April 19, 2014

Pesta Sukan Antara Staff

Kumpulan Pendidikan YPJ telah sekali lagi menganjurkan Pesta Sukan Antara Staff (PESAS) pada tahun 2014 ini. Pesta sukan edisi ke 2 ini dipengerusikan oleh En Hod B Amin. Sebanyak 4 pasukan  menyertai pesta sukan ini yang bermula 17 April sehingga 19 April. Pasukan-pasukan tersebut adalah IbuPejabat, Kolej Komuniti YPJ, Sekolah-sekolah dan Yayasan Pelajaran Johor. Antara acara yang dipertandingkan adalah Petanque, Badminton, Ping Pong, Bola Jaring, Futsal, Sepak Takraw, Bola Tampar, Boling, Karom dan Dart.









          Berdasarkan prestasi pasukan, acara Petanque dan Ping Pong merupakan kekuatan pasukan HQ. Acara Bola Tampar Lelaki dan Futsal Wanita adalah milik pasukan KK. Manakala acara Boling lelaki dan wanita adalah kekuatan utama pasukan YPJ. Selain daripada acara yang disebutkan, semua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang untuk memenangi acara yang dipertandingkan.

          Setelah berusaha dengan gigih, hanya satu sahaja pasukan yang berjaya menjadi juara. Pasukan HQ ditabalkan sebagai juara pada pesta sukan kali ke dua ini. Manakala pasukan KK menjadi Naib Johan, YPJ ketiga dan Pasukan Sekolah mendapat tempat ke 4. Pasukan Kolej Komuniti juga mendapat anugerah pasukan terbaik seluruh kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada Pengerusi J/Kuasa, ahli-ahli jawatankuasa, ketua teknikal, ketua kontinjen dan pasukan yang berjaya menjadi juara.

Berikut adalah markah akhir setiap pasukan;

HQ, Ibu Pejabat  40 Markah     4 Emas 6 Perak 2 Gangsa
Kolej Komuniti    38 Markah     5 Emas 3 Perak 4 Gangsa
YPJ                      24 Markah     3 Emas 2 Perak 3 Gangsa
Sekolah               15 Markah     1 Emas 2 Perak 4 Gangsa

HQ - Johan Petanque, Karom, Ping Pong dan Dart
KK - Johan Bola Tampar L, Badminton, Futsal L & W dan Bola Jaring
YPJ - Johan Boling L & W dan Sepak Takraw
School - Johan Bola Tampar Wanita

Peluang Menyambung Pelajaran Di Bidang Kemahiran

Kolej-kolej Komuniti YPJ menyediakan ruang dan peluang bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah  untuk menyambung pelajaran di bidang kemahiran. Untuk sessi pengambilan pelajar tahun 2014, Kolej-kolej Komuniti menyediakan 300 tempat untuk golongan belia menyambung pelajaran di bidang kemahiran.Di antara bidang-bidang yang ditawarkan adalah;

1. Mekanik Kenderaan (Kereta)
2. Mekanik Motosikal
3. Air Cond
4. Juruelektrik
5. Penyediaan Makanan
6. Pastri
7. Sistem Komputer
8. Sistem Maklumat
9. Animasi
10. Pelukis Pelan Senibina
11. Pertanian
12. Lanskap

Dijemput kepada mereka yang telah berumur 17 tahun, boleh membaca dan mengira untuk memohon memasuki program kemahiran di kolej-kolej komuniti YPJ. Terima Kasih