Tuesday, December 9, 2014

Program Pembentukan Pasukan dan Motivasi Kemahiran YPJ



4 Nov 2014 - Seramai 95 orang staf Kemahiran YPJ Sdn Bhd telah bersama menjayakan program di Savannah Hill, Ulu Tiram. Program 2 hari satu malam ini di penuhi dengan ceramah, perbincangan kumpulan, gerakerja berpasukan, sukan dan pembentangan strategi. 

Program ini diserikan lagi dengan ceramah istimewa yang di sampaikan oleh bekas Mufti Johor iaitu Dato Nooh B Gadot. Pada wantu pagi juga program Qiyamulail dijalankan dipimpin oleh Ust Muliyadi. Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Hj Abdul 'Alim Abd Shukor berkenan merasmikan kempen kesedaran perkhidmatan berkualiti. Kempen ini adalah sebagai memberi semangat kepada staff untuk mementingkan kualiti di dalam segala tindakan yang dibuat di dalam pekerjaan dan kehidupan seharian.

Program penutup dirasmikan oleh Tn Hj Abd Razak Mohd Saad, beliau mengingatkan kepada semua warga KKYPJ untuk melaksanakan tugasan yang baik demi memastikan survival bahagian kemahiran

Wednesday, December 3, 2014

Personaliti Seni Amerika Syarikat Terpegun dengan Kemampuan Pelajar KYPJ

30 Nov 2014 - Muhammad Isa Sadlon telah berpeluang membuat penilaian kepada hasil 40 orang pelajar Diploma Hiasan dalaman di KYPJ pada hari ini. Beliau telah ditunjukkan dengan konsep penggunaan ruang dalaman yang dibuat oleh pelajar semester akhir. Hasil yang dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan ini meliputi lukisan konsep, penjelasan konsep dan juga model 3D yang dibina bagi setiap konsep yang dicadangkan. "Saya berasa kagum dan mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan pengajar pelajar-pelajar ini. Mereka mampu memberikan pejelasan bagi setiap konsep yang diketengahkan di dalam ciptaan mereka. Syabas saya ucapkan" kata beliau.




Seminar Profesional Kumpulan Pendidikan YPJ

30 Nov 2014 Bahagian Pembangunan Kemahiran telah menganjurkan sebuah program mini seminar mengenai pengurusan profesional. Ceramah utama telah disampaikan oleh seorang personaliti yang hebat dari Amerika Syarikat. Beliau adalah Muhammad Isa Sadlon adalah seorang personaliti masyarakat Islam di Amerika dan juga bekas pengarah Muzium Seni Milwaukee.




Di dalam ceramahnya, beliau telah menyentuh mengenai perkara yang penting di dalam pembentukan pasukan yang efektif. Beliau juga menerangkan mengenai petua menjadi pemimpin efektif daripada sekadar menjadi seorang bos. Sebagai seorang pemimpin, menjadi sumber inspirasi dan memenuhi keperluan ahli-ahli pasukannya. Beliau juga berkongsi pengalaman pengubahsuaian dan peningkatan projek Muzium Seni Milwaukee yang menelan belanja sebanyak USD125 juta tanpa bantuan daripada dana kerajaan. Projek ini menghasilkan sebuah bangunan yang hebat dan menjadi ikon rasmi bagi kegiatan seni di Amerika Utara. Beliau juga menyentuh mengenai pelbagai perbezaan budaya yang menjadi intipati utama di dalam kehidupan masyarakat Amerika Syarikat.