Sunday, December 27, 2015

Majlis Penutup Program Blasting and Painting

24 November 2015 -  Majlis penutup program Blasting and Painting telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini di JSTC Johor Bahru. Ucapan perasmian program ini disampaikan oleh En Mohd Asmadi Hj Alias, Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran KPYPJ.





Sunday, November 15, 2015

Majlis Tamat Latihan Program Murid Bekeperluan Khas

15 November 2015 - Bahagian Pembangunan Kemahiran dengan bangganya menganjurkan Program Majlis Tamat Latihan Program Murid Bekerperluan Khas Kohort 1/2013 di Hotel Le Gandeur pada hari ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Cik Puan Hajjah Nor Biha Bt Buang, selaku wakil rasmi Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Seramai 50 orang pelajar MBK telah hadir menerima sijil masing-masing di majlis yang meriah ini dengan dihadiri oleh 200 orang ibu bapa dan tetamu.







Anugerah Pelajar Terbaik Kursus

1. Nashrul Hakim Adnan
Sistem Komputer

2. Hasrul Hisyam B. Mohd Tuki
Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

3. Muhammad Auf B Juhari
Servis & Penyelenggaraan Motisikal

4. Muhammd Fais B. Mohd Hashim
Juruteknik Automotif

5. Ainin Sofiya Bt Radzuan
Penyedia Makanan

Anugerah Khas
Mohamad Fais B Mohd Hashim



Thursday, November 5, 2015

Lawatan Rasmi ke Politeknik Negeri Bandung, Indonesia

27-29 Oktober 2015 - Bahagian Pembangunan Kemahiran telah mengorak langkah mewujudkan hubungan kerjasama dengan organisasi antarabangsa berdasarkan pelan strategik BPK 2015-2020. Rombongan ini diketuai oleh En Naam B Parlan, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran. Ahli-ahli rombongan telah melawat Politeknik Negeri Bandung(POLBAN), sebuah institusi pendidikan tinggi di Jawa Barat. Delegasi telah berjumpa dengan pengurusan politeknik tersebut bagi mendapatkan gambaran dan kaedah untuk bekerjasama di dalam bidang latihan dan pengurusan.

           Politeknik tersebut adalah menjadi pilihan pelajar-pelajar sekolah menengah di Indonesia, oleh yang demikian, pelajar yang dilatih di politeknik ini adalah di kalangan yang berminat di dalam bidang masing. Ini menyebabkan mereka mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi. Politeknik ini menawarkan pelbagai bidang yang sama dengan kursus di tawarkan oleh Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor seperti elektrik, teknologi maklumat, penyejukbekuan dan penyamanan udara dan pelancongan.

          Namun demikian, politeknik tersebut juga menawarkan kursus teknologi tinggi seperti penyelenggaraan pesawat, pemesinan,teknik tenaga diperbaharui, teknik kimia dan sebagainya. Pihak pengurusan politeknik juga bersedia untuk memberikan latihan teknikal percuma kepada tenaga pengajar JSTC di masa akan datang.  Harapan daripada lawatan ini, akan wujud kerjasama antara JSTC dengan Politeknik Negeri Bandung bagi menyemarakkan lagi program latihan kemahiran dan teknikal di antara kedua-dua organisasi.



Bergambar di hadapan Politeknik Negeri Bandung

Bergambar di hadapan salah satu fakulti yang ditawarkan di Polban

Pesawat yang digunakan untuk latihan amali pelajar

Bersalam tanda peneriman Pengurusan Polban terhadap hasrat JSTC untuk bekerjasama

Bersama pengurusan tertinggi POLBAN

 Di hadapan helikopter untuk latihan pelajar

Mendengar taklimat daripada pengajar 

Beramah mesra dengan pelajar POLBAN

Wednesday, November 4, 2015

Majlis Penyerahan Hakmilik Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor

1 November 2015 - Satu majlis bersejarah dicatatkan pada hari ini kerana Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor dengan rasminya diserahkan kepada Kumpulan Pendidikan YPJ. Simbolik penyerahan dilaksanakan dengan penyerahan replika kunci dari pihak pemaju kepada Ketua Eksekutif KPYPJ, Tn Hj Abd Razak Mohd Saad.










Pertunjukan Fesyen Pelajar Diploma Pengurusan Pakaian dan Fesyen

29 Oktober 2015 - Bertempat di Hotel Pelican, Batu Pahat, sejarah tercipta apabila 13 orang calon Diploma Pentadbiran Pakaian dan Fesyen Kolej Komuniti YPJ Batu Pahat telah memperagakan kepelbagaian fesyen rekaan masing-masing. Seramai 300 orang tetamu hadir di majlis ini termasuk tenaga pengesah luar, tetamu dari institusi pengajian tinggi berhampiran, kaunselor sekolah serta ibubapa pelajar. Setiap pelajar memperagakan 3 jenis pakaian dengan konsep yang berbeza. Di antara konsep yang dipilih oleh pelajar adalah konsep batik, padang pasir, kontemporari, sulaman dan sebagainya. 

         Kemeriahan majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Pakar Fesyen Negara, Tuan Salikin B Sidek yang sudi menjadi hakim kepada fesyen yang diperagakan. Semasa ucapan penggulungan, Tuan Salikin B Sidek menyampaikan ucapan tahniah kepada pelajar yang mampu menghasilkan rekaan fesyen yang mencapai piawaian pereka fesyen profesional. Beliau juga bersedia untuk memberikan pereka fesyen muda ini untuk menjalani latihan industri di rangkaian butik profesiional di Kuala Lumpur agar pelajar dapat menggilap kemahiran mereka di dalam bidang ini. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, Mohd Asmadi Hj Alias.


Ucapan Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran

Catwalk pereka fesyen bersama modelnya

Ucapan Penggulungan En Salikin Sidek

Pemenang Pereka Terbaik Keseluruhan

Penghargaan Kepada Pakar Fesyen Negara, En Salikin B Sidek

Wednesday, October 28, 2015

Mesyuarat Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan

26 Oktober 2015 - Mesyuarat Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan telah dijalankan di Hotel KSL, Johor Bahru. Mesyuarat ini mengambil agenda pembangunan insan sebagai fokus perbincangan.





Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan Satu Malaysia






Mesyuarat Majlis Institusi Latihan Kemahiran milik Yayasan dan Negeri (MILKY) bil 05 2015

24 Oktober 2015 - KPYPJ telah menjadi tuan rumah kepada mesyuarat MILKY ke 5 bagi tahun ini. Mesyuarat ini dimulakan pada jam 9:00 dipengerusikan oleh YBhg En Rosli Ibrahim selaku Timbalan Pengerusi MILKY. Mesyuarat ini membincangkan langkah dan strategi ahli-ahli untuk meningkatkan peranan di dalam melatih tenaga kerja mahir untuk keperluan negara. Turut hadir di dalam mesyuarat ini adalah ketua-ketua kolej seperti KAYM, UCYS, KYS, KAYNS, IKIP Advanced Center, JSTC dan PEMBINA sebagai ahli bersekutu.




Program Johor Mahir di Bateri, Johor Bahru

23 Oktober 2015 - YAB Menteri Besar Johor telah berkenan merasmikan Program Johor Mahir di Bateri di sini. Program ini adalah inisitif Pemuda UMNO Johor bagi menghimpunkan semua institusi pendidikan dan kemahiran di bawah satu jenama iaitu Johor Mahir. Kolej-kolej YPJ iaitu Johor Skills and Technical Colleges, Kolej Yayasan Pelajaran Johor dan Institut Teknologi Perindustrian juga turut serta di dalam program ini. Bateri yang pada mulanya merupakan kilang membuat bateri yang terkemuka, telah diubah menjadi kawasan komersial yang merangkumi perniagaan makanan, pakaian, elektronik dan sebagainya. Tidak kurang daripada 35 institusi telah membuat pameran di dalam program Johor Mahir ini.





Kunjungan Hormat Ahli Lembaga Koperasi Staf KPYPJ Berhad ke Pejabat CEO KPYPJ

Sebahagian besar Ahli Lembaga Koperasi telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ. En Hod Amin, Pengerusi koperasi mendakwa tujuan pertemuan ini adalah untuk memberi penerangan mengenai organisasi dan peranan koperasi ini.



Jerebu

Pemandangan Johor Bahru yang dilanda jerebu




Thursday, October 1, 2015

Peserta Kursus Blasting & Painting Memulakan Kerjaya Di Dalam Industri Minyak & Gas

1 Oktober 2015 - Seramai 25 orang peserta Kursus Blasting & Painting telah melapor diri sebagai pekerja di sebuah syarikat di Pasir Gudang, Johor. Mereka berperanan di dalam projek pembinaan pelantar minyak yang bernilai jutaan ringgit. Program ini adalah inisiatif kerajaan persekutuan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU JPM) untuk membiayai program kemahiran kepada peserta dari keluarga yang berpendapatan rendah dan bertujuan untuk mengubah ekonomi keluarga mereka. Pihak pengurusan Kemahiran YPJ mengucapkan tahniah atas komitmen mereka menamatkan kursus serta memasuki bidang pekerjaan sebaik sahaja tamat sesi pembelajaran mereka.