Sunday, February 22, 2015

Tawaran Kemasukan ke Kolej-kolej KPYPJ 2015


Dalam masa terdekat ini, keputusan peperiksaan SPM 2014 akan diumumkan oleh pihak kementerian. Oleh yang demikian, kepada calon-calon yang menerima keputusan nanti disarankan untuk bertenang dan menerima keputusan dengan rasional. Bagi yang berjaya kami mengucapkan tahniah. Manakala yang mendapat keputusan cukup makan atau so so sahaja, silalah kaji carta laluan kerjaya yang disediakan di atas. Dengan kata lain, anda masih mempunyai harapan dan peluang untuk mencapai kerjaya unggul bagi diri anda sendiri.

Keratan Akhbar Mengenai Program Penghargaan Kepada Staf




23 Februari 2015 - Media cetak arus perdana telah melaporkan program penghargaan staf KPYPJ yang lalu. Selain daripada tajuk utama penganjuran program menghargai staf, laporan mereka berkisar kepada Kampus Induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor. Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor yang bernilai melebihi RM100juta disasarkan untuk beroperasi sepenuhnya menjelang Disember 2015. Semoga dengan kesungguhan semua pihak, cita-cita mempelajari ilmu di kampus yang tersergam indah menjadi kenyataan kepada semua warga kolej-kolej YPJ.



Wednesday, February 18, 2015

Majlis Penghargaan Kepada Staf


KPYPJ telah menganjurkan Majlis Penghargaan Staff pada 17 Februari yang lalu. Program ini diadakan sebagai menghargai individu-individu yang berkhidmat dengan cemerlang kepada unit masing-masing. Progam turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Hj Md Jais Sarday, Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Semasa ucapan perasmian, YB Hj Md Jais menerangkan mengenai inisiatif kerajaan negeri Johor untuk memartabatkan pendidikan terutamanya kepada rakyat Johor. Beliau juga menyeru kepada semua staff untuk bersedia melaksanakan tugasan masing-masing dengan lebih efektif apabila kampus baru KYPJ beroperasi kelak.

Penerima anugerah kecemerlangan pencapaian tahun 2014 adalah seperti berikut;
Kategori Pegawai       : Ust Mohd Hanafi B. Yusop
Kategori Pengajar       : Siti Azlina Paiman
Kategori Kerani          : Raawidiyanti Bt. Nawawi
Kategori Pensyarah     : Mohd Hamka B. Masjidi