Thursday, April 30, 2015

Kursus Peningkatan Kepimpinan

28-30 April 2015 - Bahagian Pembangunan Kemahiran telah menganjurkan Kursus Peningkatan Kepimpinan bagi 30 orang staff kolej-kolej Komuniti YPJ di Suria Cherating Beach Resort. Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti kepimpinan di kalangan staf Kolej-kolej Komuniti YPJ. Di samping itu, program ini juga berpeluang untuk menilai dan menambahbaik Pelan Strategik Bahagian bagi tahun 2015-2020. Pelan transformasi yang menyeluruh juga dibuat agar organisasi dapat menghadapi cabaran dan dugaan di dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

Bahagian Pembangunan Kemahiran telah merangka dan merekabentuk program ini agar dapat membantu meningkatkan kualiti kempimpinan di kalangan peserta, Di antara aktiviti yang dijalankan adalah pengucapan spontan, aktiviti berkumpulan, pembentangan kumpulan, aktiviti kerohanian serta bersukan.

Dihari ketiga, program ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Tn Hj Abdul Razak Mohd Saad yang turut berkenan menyampaikan amanat beliau kepada semua peserta. Beliau mengingatkan kepada semua peserta untuk memberi penekanan kepada asas-asas perniagaan yang kukuh agar dapat beroperasi dengan baik dan mampu membuat kemajuan di dalam organisasi. Beliau juga berkenan menyampaikan sijil pencapaian kepada peserta yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.







Wednesday, April 15, 2015

Majlis Penyampaian Sijil Program Sijil Kemahiran Malaysia Tajaan UPEN Johor

9 April 2015 - Seramai 137 orang pelajar telah diraikan di dalam sebuah majlis yang meriah di Hotel Traders Muar hari ini. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana berjaya menamatkan Sijil Kemahiran Malaysia di Kolej-kolej Komuniti YPJ. Perasmian dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Tuan Mohd Fahmi B Salam, Ketua Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor.

Pelajar Terbaik Kursus

Pelajar Terbaik Kursus

Pelajar Mekanikal Lukisan Rekabentuk

Pelajar Pertanian dan Landskap


Pelajar Juruelektrik dan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

Pelajar Juruelektrik


Pelajar Sistem Komputer

Bersama Jab Pembangunan Kemahiran, Jobs Malaysia, rakan-rakan kerjasama industri


Gambar tetamu yang hadir

Gambar Tetamu Yang Hadir