Wednesday, October 28, 2015

Mesyuarat Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan

26 Oktober 2015 - Mesyuarat Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan telah dijalankan di Hotel KSL, Johor Bahru. Mesyuarat ini mengambil agenda pembangunan insan sebagai fokus perbincangan.





Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan Satu Malaysia






Mesyuarat Majlis Institusi Latihan Kemahiran milik Yayasan dan Negeri (MILKY) bil 05 2015

24 Oktober 2015 - KPYPJ telah menjadi tuan rumah kepada mesyuarat MILKY ke 5 bagi tahun ini. Mesyuarat ini dimulakan pada jam 9:00 dipengerusikan oleh YBhg En Rosli Ibrahim selaku Timbalan Pengerusi MILKY. Mesyuarat ini membincangkan langkah dan strategi ahli-ahli untuk meningkatkan peranan di dalam melatih tenaga kerja mahir untuk keperluan negara. Turut hadir di dalam mesyuarat ini adalah ketua-ketua kolej seperti KAYM, UCYS, KYS, KAYNS, IKIP Advanced Center, JSTC dan PEMBINA sebagai ahli bersekutu.




Program Johor Mahir di Bateri, Johor Bahru

23 Oktober 2015 - YAB Menteri Besar Johor telah berkenan merasmikan Program Johor Mahir di Bateri di sini. Program ini adalah inisitif Pemuda UMNO Johor bagi menghimpunkan semua institusi pendidikan dan kemahiran di bawah satu jenama iaitu Johor Mahir. Kolej-kolej YPJ iaitu Johor Skills and Technical Colleges, Kolej Yayasan Pelajaran Johor dan Institut Teknologi Perindustrian juga turut serta di dalam program ini. Bateri yang pada mulanya merupakan kilang membuat bateri yang terkemuka, telah diubah menjadi kawasan komersial yang merangkumi perniagaan makanan, pakaian, elektronik dan sebagainya. Tidak kurang daripada 35 institusi telah membuat pameran di dalam program Johor Mahir ini.





Kunjungan Hormat Ahli Lembaga Koperasi Staf KPYPJ Berhad ke Pejabat CEO KPYPJ

Sebahagian besar Ahli Lembaga Koperasi telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ. En Hod Amin, Pengerusi koperasi mendakwa tujuan pertemuan ini adalah untuk memberi penerangan mengenai organisasi dan peranan koperasi ini.



Jerebu

Pemandangan Johor Bahru yang dilanda jerebu




Thursday, October 1, 2015

Peserta Kursus Blasting & Painting Memulakan Kerjaya Di Dalam Industri Minyak & Gas

1 Oktober 2015 - Seramai 25 orang peserta Kursus Blasting & Painting telah melapor diri sebagai pekerja di sebuah syarikat di Pasir Gudang, Johor. Mereka berperanan di dalam projek pembinaan pelantar minyak yang bernilai jutaan ringgit. Program ini adalah inisiatif kerajaan persekutuan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU JPM) untuk membiayai program kemahiran kepada peserta dari keluarga yang berpendapatan rendah dan bertujuan untuk mengubah ekonomi keluarga mereka. Pihak pengurusan Kemahiran YPJ mengucapkan tahniah atas komitmen mereka menamatkan kursus serta memasuki bidang pekerjaan sebaik sahaja tamat sesi pembelajaran mereka.