Tuesday, September 29, 2015

Lawatan Pemantauan Perlaksanaan Program EPU

27 Sept 2015 - Kolej-kolej Komuniti YPJ telah menerima kunjungan En Nizam Tajul Urus dari Economic Planning Unit dan Tuan Hj Rumlan Abdul Rahman dari PEMBINA untuk menjalankan program pemantauan perlaksanaan program EPU/PEMBINA. Di antara program yang dijalankan oleh kolej-kolej YPJ adalah Juruteknik Penyamanan Udara, Kimpalan 3F/4F dan Blasting & Painting. Seramai 80 orang telah terpilih untuk menyertai program ini. Program ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan di negara ini. Kolej-kolej Komuniti YPJ mengucapkan ribuan terima kasih kerana dipilih untuk melatih pelajar dari kumpulan ini.





Sunday, September 20, 2015

Majlis Konvokesyen









Majlis Konvokesyen KPYPJ berlangsung dengan penuh istiadat dan tradisi. Seramai 600 graduan telah dianugerahkan diploma dan sijil pada hari yang bersejarah ini. Program ini berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia. Ucapan perasmian dan penyampaian Diploma dan Sijil telah disempurnakan oleh YBhg Prof Tan Sri Dr Salleh B. Mohd Yassin, Ahli Lembaga Pengarah KPYPJ.Turut hadir meraikan pelajar adalah barisan pegawai kanan KPYPJ, Pensyarah dan staff Kumpulan Pendidikan YPJ

Majlis Konvokesyen ke 18 KPYPJ

Laporan Akhbar mengenai Penerima Anugerah Pingat Emas Menteri Besar sempena dengan Majlis Konvokesyen KPYPJ ke 18




Friday, September 11, 2015

Malam Pra Graduan Sempena Majlis Konvokesyen KPYPJ ke 18

11 Sept 2015 - Malam yang gilang-gemilang bagi meraikan bakal graduan KPYPJ telah diadakan di Hotel New York hari ini. Majlis ini telah dihadiri oleh 700 orang tetamu termasuk Tuan Hj Abdul Razak Mohd Saad, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Prof Emeritus Datuk Dr Salleh B Mohd Yassin, Ahli Lembaga Pengarah KPYPJ, Tuan Hj Onn Jabar, Pengarah Eksekutif KPYPJ dan Prof Dato Dr Mohd Noh B Dalimin, Ahli Lembaga Pengarah KPYPJ.

Di dalam majlis ini, pekerja dan pelajar yang mencapai kejayaan yang membanggakan telah diberikan penghormatan yang sewajarnya oleh semua yang hadir. Di antara kejayaan yang dicapai adalah kemampuan mereka memenangi pihak di dalam pertandingan masakan di peringkat antarabangsa dan tempatan. Kejayaan memenangi 6 pingat perak dan 1 gangsa di Bangkok Thailand adalah kejayaan yang paling manis yang telah dicapai oleh mereka.

Di samping itu, pelajar terbaik setiap kursus juga menerima anugerah berupa sijil, plak dan juga cenderahati dari KPYPJ. Seramai 27 orang pelajar terbaik telah menerima anugerah masing-masing.



Konvokesyen KPYPJ ke 18




Majlis Penutup Program Painting & Blasting



11 Sept 2015 - Sejumlah 25 orang peserta kursus Blasting dan Painting anjuran KPYPJ telah diraikan di dalam majlis Penutup dan Penyampaian Sijil. Ucapan perasmian dilaksanakan oleh En Mohd Asmadi Hj Alias, Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran KPYPJ.

Kursus Painting & Blasting