Tuesday, November 22, 2016

Saigon Cooking School

17 November 2016 - Timbalan Pengarah BPK, En Naam B Parlan dan Pengurus KKTJ Johor Bahru, Pn Norlelawati Akim telah mengikuti kelas masakan Vietnam yang diadakan di Saigon Cooking School di Bandar Ho Chi Minh. Sekolah memasak ini telah diiktiraf sebagai tempat yang harus dilawati apabila melawat Bandaraya Ho Chi Minh menurut sebuah laman web terkenal tripadvisor.com Penglibatan KKTJ di dalam kelas memasak ini pastinya memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai kaedah mengendalikan kursus yang diiktiraf dunia.











Saturday, November 19, 2016

Mesyuarat Bersama Consul General Malaysia di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam

16 November 2016 - Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor telah meluaskan lagi hubungan antarabangsa dengan mengadakan mesyuarat dengan Pengarah, Education Malaysia Indo-China Region dan Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Md Nor pada hari ini. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg En. Sofian Akmal Abd Karim selaku Consul General Malaysia di Bandaraya Ho Chi Minh. Di dalam mesyuarat tersebut, En Sofian Akmal telah menyatakan tentang peluang hubungan kerjasama meluas yang boleh diceburi oleh KKTJ. Beliau sangat menyokong usaha KKTJ untuk melihat peluang dan mengembangkan operasi ke peringkat antarabangsa khususnya di Bandaraya Ho Chi Minh. Beliau juga menyatakan akan memberikan sokongan yang padu bagi usaha KKTJ mempromosi Malaysia melalui bidang pendidikan dan latihan.

Pengarah Education Malaysia, Cik Normala Baharudin turut mengalu-alukan kedatangan pasukan KKTJ ke Bandaraya Ho Chi Minh. Beliau telah menerangkan mengenai sistem pendidikan di Negara Vietnam serta potensi program yang diminati oleh rakyat Vietnam.  Kencenderungan ekonomi rakyat Vietnam dan persepsi mereka mengenai pendidikan turut dibincangkan di dalam sesi ini. 

Sementara itu, ketika ditanya mengenai hasrat KKTJ, En Mohd Asmadi Hj Alias menyatakan bahawa KKTJ  berhasrat untuk mengembangkan bidang latihan minyak dan gas serta hospitaliti di Negara tersebut. KKTJ mempunyai pengalaman dan kapasiti untuk menawarkan program berimpak tinggi dan diiktiraf antarabangsa untuk belia dari negara tersebut. Di dalam mesyuarat tersebut juga, Cik Normala telah mencadangkan agar KKTJ dan Universiti Malaya untuk bekerjasama di dalam merekabentuk program pendidikan dan latihan yang menarik minat rakyat Vietnam seterusnya dapat mempromosi negara Malaysia. 

Di hadapan Pejabat Konsul General Malaysia, Ho Chi Minh City

Bilik Mesyuarat Pejabat Consul General Malaysia

Mesyuarat dan Perbincangan 3 Hala, Education Malaysia, KKTJ dan Universiti Malaya

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh empat orang pengurusan kanan Universiti Malaya


 
Cenderahati yang disampaikan kepada Konsul General Malaysia di Ho Chi Minh City

Cenderahati yang disampaikan kepada Pengarah Education Malaysia Indo-China Region

Perbincangan dengan tiga orang pelajar Malaysia yang menjalani latihan praktikal di Ho Chi Minh City

Bergambar kenangan di hadapan Pejabat Consul General Malaysia bersama Cik Normala Baharudin, Pengarah Education Malaysia


Bagi memahami budaya pendidikan di Ho Chi Minh City, Pengarah Education Malaysia telah menjemput tiga orang pelajar Universiti Teknologi Petronas untuk bersama-sama berinteraksi dengan ahli-ahli mesyuarat. Mereka telah berada di bandaraya ini selama 5 bulan. pelajar-pelajar ini juga telah memberikan maklumat penting mengenai budaya orang-orang Vietnam. Mereka menyatakan bahawa kemampuan berbahasa inggeris adalah sesuatu perkara yang sedang dipertingkatkan di negara tersebut. 

Monday, November 14, 2016

Wan Amiruddin Bin Mohd Asri, Kisah Kejayaan Murid Bekeperluan Khas

Kisah kejayaan Murid Bekeperluan Khas yang menarik perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu saudara Wan Amiruddin B Mohd Asri. Beliau merupakan lepasan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Sistem Komputer di Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor. Syabas diucapkan kepada beliau. Berikut adalah liputan yang diperolehi daripada laman facebook beliau yang menyentuh mengenai Kisah Inspirasi - EKUITI



“Selepas tamat pengajian sekolah rendah, Wan Amiruddin melanjutkan pelajaran ke Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Sultan Omar. Selepas tamat pengajian di sekolah ini, pihak Kementerian Pendidikan telah menawarkan beliau ke program Buying Seats di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta serta Industri dimana beliau telah melanjutkan pengajian dalam bidang juruteknik komputer.” – ENCIK AZRAN BIN IBRAHIM, Guru Cemerlang Pendidikan Khas dan guru kepada WAN AMIRUDDIN BIN MOHD ASRI, SMK Sultan Omar, Terengganu




“Pelajar yang bernama Wan Amiruddin Mohd Asri ini seorang pelajar yang amat baik, dan sangat bersemangat untuk memperbaiki diri. Semasa dia bersekolah di sini, dia seorang pelajar yang aktif.” – ENCIK WAN SU BIN WAN JAFFAR, Pengetua SMK Sultan Omar, Terengganu




“Pada awalnya, Wan Amiruddin selalu datang masa saya sedang berniaga untuk melihat-lihat dan dia ada beli pakaian jersi dengan saya. Kemudian dia ada menyatakan hasrat dia, yang dia berminat untuk buat benda yang sama.” “Apabila saya melihat semangatnya; dia seorang yang bersungguh-sungguh, itu yang membuatkan saya rasa “dia ini ada semangat, dia boleh buatlah”. Semua yang dia buat, yang dia belajar, contohnya bila belajar hanya sekali, dia sudah ‘dapat’. Dia seperti seorang yang senang belajar, dia boleh pergi jauh dengan perniagaannya sekarang.” – ZULHELMI BIN RAMLI, rakan niaga WAN AMIRUDDIN BIN MOHD ASRI



“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. OKU tak semestinya tak boleh buat macam orang lain.” – WAN AMIRUDDIN BIN MOHD ASRI, mantan Pelajar SMK Sultan Omar, Dungun, Terengganu

Sunday, November 13, 2016

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian dan Memorandum Persefahaman di dalam bidang minyak dan gas

9 November 2016 - Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor telah meningkatkan kemampuan di dalam menyediakan latihan di dalam bidang minyak dan gas dengan memeterai perjanjian dan persefahaman dengan dua buah organisasi pada hari ini. Memorandum perjanjian adalah di antara Kemahiran YPJ Sdn. Bhd dengan S&A World Tradelink Sdn Bhd, sebuah syarikat yang membekalkan tenaga kerja ke projek Rapid Pengerang. Kerjasama ini meliputi merancang dan melaksanakan program latihan kemahiran yang diiktiraf dan diterima untuk bekerja di projek Rapid Pengerang.

Di samping itu, KYPJSB juga menandatangani memorandum persefahaman untuk bekerjasama dengan SR Scaffolding Sdn Bhd. Syarikat ini mengendalikan kolej latihan di Kemaman Terengganu yang diiktiraf oleh JKKP. Persefaham ini adalah bagi mendapatkan kelulusan JKKP untuk menjadikan Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor cawangan Kota Tinggi sebagai pusat latihan yang bertauliah untuk kursus-kursus berkaitan minyak dan gas.

Majlis menandatangani kedua-dua dokumen ini disaksikan oleh Ir Hj Kormain B Mohd Nor, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(DOSH) Johor, Tn Hj A Rashid A Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ dan Hj Abd Razak Mohd Saad, Pengurus Besar KPYPJ.

Laporan akhbar Utusan Malaysia

Laporan Harian Metro

Kehadiran Pengarah JKKP, Tn Ir Hj Kormain Mohd Nor turut menyerikan majlis


Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan SR Scaffolding

Pertukaran dokumen dengan syarikat SR Scaffolding

Pertukaran dokumen dengan syarikat S&A World Tradelink 

SR Scaffolding bergambar kenangan bersama pengurusan KKTJ

S&A World Tradelink Sdn Bhd bergambar kenangan dengan staff KKTJ

ANR bergambar kenangan dengan staff KKTJ



Tuesday, November 8, 2016

Program Ceramah Kebakaran, Kursus Pembuatan Roti dan Kek serta Program Karnival Usahawan

8 November 2016 - Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor Bahru menganjurkan 3 program serentak pada hari ini. Pada waktu pagi, satu program komprehensif mengenai ceramah kesedaran kebakaran dan demonstrasi memadam kebakaran yang melibatkan semua pelajar di kolej dan asrama. Program ini dihadiri oleh Pegawai Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Tebrau, En Sunaidi. Beliau telah menyampaikan ceramah mengenai kebakaran dan juga kaedah melawan kebakaran. Selepas taklimat tersebut semua pelajar telah terlibat dengan program latihan kebakaran (fire drill) di mana siren kebarakan dibunyikan tanpa memberi makluman awal kepada pelajar. Pelajar dan semua pekerja telah berjaya berkumpul di dataran kolej dengan selamat. Selepas itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan demonstrasi memadamkan kebakaran yang di adakan di hadapan bangunan asrama.  

Kolej ini juga menganjurkan kursus pembuatan roti yang dihadiri oleh pekerja dan pelajar dari Maahad Johor. Program ini diajar oleh pengajar berpengalaman dari KKTJ Johor Bahru. KKTJ pada masa ini mempunyai pelajar melebihi 200 orang yang mengambil kursus sijil penyediaan makanan serta pastri. Oleh yang demikian, program ini dapat memberi pendedahan kepada peserta pada hari ini.

Pada masa yang sama juga, KKTJ menganjurkan program karnival usahawan kepada pelajar dan orang awam. Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk menjadi usahawan yang berjaya walaupun bermula dengan perniaagaan kecil seperti pada hari ini. Program ini dijayakan dengan usahasama Amanah Iktiar Malaysia yang turut membawa peserta dari organisasi tersebut membuka gerai jualan pada hari ini.



Ucapan Aluan dan Perasmian Tim. Pengarah KKTJ, En Naam Parlan 

Perbincangan antara Tim. Pengarah, Pegawai BOMBA dan Pen. Pegawai HEP

Demonstrasi Memadam Kebarakan di perkarangan asrama Ungku Mohsin

Amali Memadam Kebakaran

Program Membuat Roti bersama Staff dan Pelajar Maahad Johor Bahru


Program Jualan bersama Amanah Iktiar Malaysia





Mesyuarat Pengurusan KKTJ di Batu Pahat

3 November 2016 - Mesyuarat Pengurusn Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor telah diadakan pada hari ini. Kesemua Pengurus dan Pegawai HEP serta pemasaran turut dijemput untuk menghadiri mesyuarta pada kali ini. Mesyuarat dimulakan dengan taklimat isu-isu terkini yang disampaikan oleh En Mohd Asmadi Hj Alias, Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran KKTJ. Mesyuarat ini dapat mengumpulkan ahli-ahli kemahiran dari daerah-daerah di Negeri Johor untuk berbincang bersama menyelesaikan dan menghadapi cabaran pada masa kini. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh En Naam B Parlan, Timbalan Pengarah I, dan En Azizan Md Jin, Timbalan Pengarah II

Bangunan KKTJ Batu Pahat

Kehadiran Ahli Mesyuarat

Taklimat Pengarah Mengenai Status Semasa

Majlis Perasmian Unit Swadaya Johor

26 Oktober - Kerajaan Johor dengan bangganya telah mewujudkan Unit Swadaya Modal Insan di Hotel Berjaya Waterfront pada hari ini. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor. Kolej-kolej Kemahiran dan Teknikal Johor telah menghantar seramai 100 orang pelajar menghadiri majlis ini.

Majlis penyampaian sijil kepada belia yang berkerjaya

Ucapan aluan YB Vidyanathan

Tuesday, October 25, 2016

Majlis Penyerahan Surat Tawaran Jawatan Tetap

25 Oktober 2016 - Seramai 22 orang staf KKTJ telah menerima surat tawaran jawatan tetap di restoran Selasih, Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor hari ini. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran. Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah BPK. Beliau mengingatkan kepada staf yang terlibat untuk berusaha meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan di dalam bidang masing-masing. Ini adalah kerana sebagai seorang pekerja tetap, ciri-ciri pekerja berkualiti mestilah dizahirkan di dalam pemikiran, sikap dan tindakan. Ketua Pegawai Eksekutif juga semasa menyampaikan ucapan amanat dan perasmian telah mengingatkan kepada pekerja yang terlibat supaya memberikan yang terbaik di dalam perkhidmatan setelah menerima surat perlantikan masing-masing. Ini adalah kerana pihak syarikat telah memberikan pendapatan yang lebih tinggi, katanya. 

Gambar kenangan Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ dengan semua hadirin

Penyampaian Surat Tawaran Jawatan Tetap

Penyampaian surat tawaran tetap

Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ

Ucapan Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran


Sunday, October 23, 2016

Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Institusi Latihan Kemahiran (MILKY)

19 Oktober 2016 - Majlis Institusi Latihan Kemahiran Milik Yayasan dan Negeri telah mengadakan Mesyuarat Agung pada hari ini di Hotel Palm Seremban.

Kehadiran Ahli-ahli MILKY