Tuesday, January 12, 2016

Pendaftaran Pelajar Baru Sessi 2016


10 Januari 2016 - Seramai 110 orang pelajar telah mendaftar di dalam pelbagai program Sijil Kemahiran Malaysia di Kolej-kolej JSTC pada hari ini. Berdasarkan kepada pengalaman yang lalu, bilangan pendaftaran ini adalah diluar jangkaan. Justeru itu pihak kolej akan terus berusaha meningkatkan keselesaan kepada ibubapa dan pelajar baru semasa pendaftaran.




Majlis Penyerahan Program Sijil Kemahiran Malaysia Kolej Yayasan Pelajaran Johor kepada Johor Skills and Technical College

3 Januari 2016 - JSTC Johor Bahru telah menerima 3 program Sijil Kemahiran Malaysia daripada Kolej Yayasan Pelajaran Johor. Sebelum ini, Kolej Yayasan Pelajaran Johor juga melaksanakan program SKM melalui salah satu sekolahnya iaitu Sekolah Kejuruteraan dan Sains Kreatif. Namun, apabila pihak pengurusan membuat keputusan untuk berpindah ke Kampus Induk KPYPJ di Daerah Kulai, maka program SKM ini adalah sesuai untuk diserahkan kepada JSTC. 

Pada hari ini, upacara penyerahan program ini telah sempurnakan oleh En Shaiful Huzaini Damanhuri, Ketua Eksekutif KYPJ. Manakala pihak yang menerima di ketuai oleh En Mohd Asmadi Hj Alias, Pengarah BPK. Semasa ucapan beliau,