Wednesday, February 24, 2016

Kampus Baru Kolej Yayasan Pelajaran Johor - Pelajar Bersyukur Mendapat Kemudahan Terbaik

Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor telah beroperasi di lokasi barunya di Daerah Kota Tinggi. Seramai 3,000 orang pelajar di dalam pelbagai program diploma adalah mereka yang bertuah untuk menggunakan kemudahan bernilai RM150 juta ini. Sebagai sebuah IPT yang komited melahirkan generasi cemerlang di dalam akademik dan sahsiah, Kolej Yayasan Pelajaran Johor berazam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pelajar-pelajar ini. Kolej yang dibina di atas tapak seluas 100 ekar ini menyediakan kemudahan yang eksklusif kepada pelajar seperti bengkel, makmal bahasa, perpustakaan, asrama, kafetaria, kemudahan sukan, mock hotel room, Bilik F&B, Dapur masakan, makmal komputer, makmal kejuruteraan dan sebagainya.

Kolej Yayasan Pelajaran Johor menawarkan program Diploma kerjasama Univerisiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kuala Lumpur di dalam bidang Kejuruteraan, Perakauanan, Pengurusan Perniagaan dan Logistik. KYPJ juga menawarkan program Diploma dalaman yang diiktiraf MQA seperti Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Pengurusan Sumber Manusia dan Diploma Hiasan Dalaman.

Kemasukan pelajar baru ke kolej ini dibuka pada bulan April 2016. Oleh yang demikian kepada pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menyambung pembelajaran di kolej ini, anda dipelawa untuk mengajukan permohonan atau pertanyaan di emal : gmahalias@gmail.com







Thursday, February 11, 2016

Koperasi Kakitangan KPYPJ Berhad Bekerjasama dengan ImCoop

Koperasi Iskandar yang lebih dikenali dengan ImCoop telah membincangkan kerjasama dengan Koperasi Kakitangan KPYPJ Berhad di dalam pengoperasian koperasi yang lebih profesional. Satu lawatan rasmi ke pejabat operasi Koperasi ImCoop telah di laksanakan pada 3 Februai 2016. Di dalam perjumpaan ini, Pengerusi Lembaga Koperasi turut hadir.





Malam Penghargaan Staff KPYPJ

28 Januari 2016 - KPYPJ telah menganjurkan Malam Penghargaan Staff 2015 di Hotel Grand Bluewave Johor Bahru pada hari ini. Malam yang berkonsepkan smart casual ini, dimeriahkan lagi dengan kehadiran maskot berpakaian seperti di dalam Star Wars. Majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Korporat ini telah berjaya menarik kehadiran melebih 350 orang staff. Selain daripada jamuan yang menyelerakan, tetamu telah di hidangkan dengan persembahan yang bertenaga dari kalangan staff sendiri.

Semasa ucapan perasmian, Ketua Pengawai Eksekutif KPYPJ. Hj Abd Razak Mohd Saad telah menzahirkan ucapan penghargaan di atas kerjasama yang diberikan oleh staff di dalam mencapai prestasi yang baik di sepanjang tahun 2015. Beliau juga mengumumkan komitmen syarikat untuk memberi ganjaran yang lebih baik kepada staf sekiranya pencapaian cemerlang dapat dikekalkan.

Majlis ini juga telah menyediakan melebihi 120 hadiah cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir. Jumlah hadiah yang melebihi 120 unit ini merupakan hadiah terbanyak di dalam sejarah pengajuran malam ini di KPYPJ.







Kerjasama Industri