Tuesday, March 15, 2016

Mesyuarat Majlis Perasmian Kampus Induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor

15 Mac 2016 - Satu majlis perasmian kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor sedang dibincangkan bersama agensi di bawah kerajaan negeri dan persekutuan pada hari ini. Mesyuarat ini diPengerusikan oleh YB Hj Md Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Johor.







Sunday, March 6, 2016

Majlis Tamat Latihan Program Buying Seats Murid Berkeperluan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia

5 Mac 2016 - Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor telah menganjurkan sebuah majlis meraikan pelajar program Buying Seats Kementerian Pendidikan di Hotel Granada di Johor Bahru pada hari ini. Pelajar yang mengikuti Program Buying Seats ini telah mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia mulai pengambilan Kohort 1, 2014. Seramai 50 orang pelajar terlibat di mana mereka adalah 8 orang kursus Sistem Komputer, 16 orang kursus Penyediaan Makanan, 7 orang kursus Juruteknik Automotif Selepas Jualan, 19 orang kursus Mekanik Motosikal dan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, 

Majlis yang gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh En Ahmad Faidzul B. Mat Yazid, Ketua Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Program ini turut dihadiri oleh Hj Abdul Razak Mohd Saad, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ. Di dalam ucapan beliau, En Ahmad Faidzul berkongsi mengenai hasrat Kementerian untuk menyediakan peluang seluas-luasnya kepada pelajar di negara ini. Melalui inisiatif ini, pelajar yang sebelum ini berada di dalam aliran persekolahan telah dilatih melalui persekitaran kolej. Mereka diberi latihan kemahiran, pengurusan diri dan persiapan menghadapi alam pekerjaan dan usahawan melalui on the job training yang disediakan oleh pihak kolej.

Seluruh warga KKTJ mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia di atas kepercayaan yang diberikan kepada KKTJ untuk melaksanakan program ini. KKTJ juga ingin merakamkan ucapan Tahniah kepada semua pelajar Program 'Buying Seats' ini dan KKTJ berharap agar semula pelajar di dalam program ini dapat menghadapi alam pekerjaan dan keusahawanan dengan jayanya.

Ucapan Aluan En Mohd Asmadi Hj Alias, Pengarah BPK

Ucapan Perasmian En Ahmad Faidzul B. Mat Yazid, JPNJ

Pelajar SKM Penyediaan Makanan

Pelajar SKM Servs Automotif Selepas Jualan

Pelajar SKM Sistem Komputer

Pelajar SKM Penyejukbekuan Penyamanan Udara


Saturday, March 5, 2016

Majlis Tamat Latihan Program Buying Seats Murid Berkeperluan Khas

5 Mac 2016 - Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor akan menganjurkan majlis tamat latihan kepada lepasan Sijil Kemahiran Malaysia di dalam pelbagai bidang hari ini. Majlis ini bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar 'Program Buying Seats' iaitu sebuah program inklusif yang tersenarai di dalam NKRA Kemeneterian Pendidikan Malaysia. Majlis ini akan dihadiri oleh 50 orang pelajar yang telah berjaya menamatkan pelajaran di dalam kursus masing-masing. Mereka mengambil program Sijil Kemahiran Malaysia di kolej-kolej cawangan Muar, Segamat dan Johor Bahru.

Laporan bergambar di bawah adalah beberapa persiapan yang dibuat oleh pelajar dan juga keluarga mereka sebelum memasuki dewan di dalam majlis tersebut diadakan.




Wednesday, March 2, 2016

Tawaran Kemasukan Pelajar Baru Kini Dibuka

3 Mac 2016 - Kami di Kemahiran YPJ mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini. Keputusan yang dicapai ini akan menentukan pilihan kursus yang boleh diambil apabila menyambung pelajaran kelak. Oleh yang demikian, kepada pelajar yang telah menerima keputusan SPM dan mahu menyambung pelajaran di dalam bidang Sijil Kemahiran Malaysia, anda dipelawa untuk memohon untuk memasuki program SKM di Kolej-kolej milik YPJ. Kepada yang berminat, boleh menghantar malumat perbadi dan hantarkan maklumat tersebut kepada gmahalias@gmail.com 





Kolej-kolej Kemahiran YPJ telah ditubuhkan sejak tahun 1997 memberikan peluang pendidikan kepada semua belia yang berminat. Kolej-kolej ini menyediakan tempat pembelajaran dan juga asrama kepada pelajar. Pada tahun ini, kolej ini mensasarkan 500 orang pelajar baru mendaftar di dalam kursus Sijil Kemahiran Malaysia yang ditawarkan di sini. 


Bagi program diploma di Kolej Yayasan Pelajaran Johor Pula;

PROGRAM YANG DITAWARKAN:
Diploma Pengurusan Teknologi (UTM)
Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) (UTM)
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) (UTM)
Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) (UTM)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk)
Diploma Pengurusan Perhotelan
Diploma Penyediaan Makanan & Kulinari
Diploma Perkhidmatan Makanan (Makanan Halal)
Diploma Perbankan Islam
Diploma Rekabentuk Dalaman
Diploma Senibina
Diploma Sumber Manusia
Diploma Kemahiran Malaysia Sistem Komputer (JPK)
Diploma Kemahiran Malaysia Sistem Maklumat (JPK)
Diploma Kemahiran Malaysia Multimedia Animasi (JPK)
Diploma Kemahiran Malaysia Pentadbiran Fesyen & Pakaian (JPK)
Diploma Pengajian Perniagaan (UiTM)
Diploma Perakaunan (UiTM)
Pra Perdagangan (UiTM)


@@Syarat kemasukan UiTM: sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk BM,BI, Math & 2 subjek lain
@@Syarat kemasukan UTM: sekurang-kurangnya 4 kredit termasuk BM, Math & 2 subjek lain serta lulus BI
@@Syarat kemasukan Program Dalaman: sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk BM, Math & 1 subjek lain.
Untuk membuat permohonan, sila berikan butir-butir anda seperti berikut di Whatsapp spt dibawah:
1. Nama
2. Alamat
3. Salinan IC
4. No Phone
5. Salinan keputusan SPM yang lengkap
6. Kursus Pilihan
Sila hubungi:
Mohd Asmadi Hj Alias
019 7574533
Segala maklumat akan diproses dan surat tawaran akan dihantar ke alamat rumah masing-masing. Terima Kasih





Majlis Tamat Latihan Program Intervensi Belia India

Johor Bahru - Satu Majlis Perasmian dan Penutup Program Intervensi Masyarakat Belia India telah berlangsung di Hotel Grand Paragon Johor Bahru hari ini. Program ini dirasmikan oleh YB R. Viyananthan, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri Johor.  Turut hadir adalah Hj Abd Razak Mohd Saad Ketua Eksekutif KPYPJ dan Pn Aishah Bt Abu Bakar dari Yayasan Pelajaran Johor.

Bahagian Kemahiran YPJ telah dilantik untuk melatih seramai 88 orang belia India untuk mendapatkan kemahiran. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberikan peluang latihan yang inklusif kepada rakyatnya. YPJ sebagai badan yang dipertanggungjawabkan telah menaja kos penganjuran kursus ini. Pelajar ini diberi latihan di dalam 5 bidang kursus yang mendapat permintaan yang tinggi pada masa ini iaitu Aplikasi Android, Pemasangan CCTV, Masakan dan Pastri, Safety Officer dan Blasting & Painting.