Tuesday, June 28, 2016

Lawatan Verifikasi KPM ke Kolej-kolej Kemahiran dan Teknikal Johor

29-30 Jun 2016 Semua kolej Kemahiran dan Teknikal Johor yang melaksanakan program Murid Berkeperluan Khas sedang dan akan menerima lawatan pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjalankan audit kepada perlaksanaan program Buying Seat di kolej-kolej ini. Kolej-kolej yang terlibat adalah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar dan Kota Tinggi. Pelajar-pelajar bekeperluan khas ini menjalani program Sijil Kemahiran Malaysia di dalam pelbagai bidang.



Majlis Agihan Bubur Lambuk

15 Jun 2016 - Kolej Yayasan Pelajaran Johor telah menganjurkan program memasak dan mengedar bubur lambuk kepada pelajar dan masyarakat berhampiran kampus KYPJ. Program ini dianjurkan oleh Bahagian HEP KYPJ yang diketuai oleh Ust Asri B Wahab. Program ini juga menyediakan sumbangan berbentuk wang tunai kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.





Kerjasama dengan Compass Group

5 Jun 2016 - KPYPJ mengorak langkah di dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan program diploma dan ijazahnya. Pada hari ini, KPYPJ telah didatangi oleh Compas Group, salah sebuah syarikat yang beroperasi di Kompleks Bersepadu Minyak dan Gas Pengerang, Johor. Melalui kerjasama ini, semua pelajar KPYPJ diberi peluang seluas-luasnya untuk menyertai sebuah organisasi terkemuka di peringkat antarabangsa.





KPYPJ Management Retreat

1-3 Jun 2016, seramai 30 orang ahli pengurusan KPYPJ telah menghadiri KPYPJ Management Retreat yang diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Mersing Johor. Program ini dijadikan wadah untuk semua ahli pengurusan membuat penilaian di atas prestasi semasa serta membuat merancang strategi bagi menghadapi masa depan yang mencabar.





Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ ke Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor, Kota Tinggi

1 Jun 2016 - Pada hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ telah berkenan membuat kunjungan hormat ke Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor cawangan Kota Tinggi. Kolej ini menawarkan program latihan di dalam bidang pertanian dan lanskap. Di dalam rangka lawatan ini, KPE KPYPJ telah berkenan melaksanakan penanaman tumbuhan di Gazebo R&R, Menanam pokok buah-buahan serta menyampaikan sebuah kenderaan 4WD untuk kegunaan kolej.

KPE KPYPJ bersama dengan pelajar kolej KKTJ Kota Tinggi

Pegawai KKTJ, Pn Shuhaidah Baharum menerangkan mengenai penanaman sayur di KKTJ Johor Bahru

Kenderaan 4WD yang akan digunakan oleh KKTJ Kota Tinggi

Perasmian Unit Bimbingan dan Kaunseling KYPJ

Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ telah berkenan merasmikan Unit Bimbingan dan Kaunseling KPYPJ. Unit ini beroperasi bagi memenuhi keperluan pelajar KYPJ yang berjumlah 3,000 orang pada masa ini. 





Perasmian Koperasi Kakitangan KPYPJ Berhad

1 Jun 2016 - Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn Bhd, Hj A Rashid A Rahman telah berkenan merasmikan premis Koperasi Kakitangan KPYPJ Berhad di Kampus KYPJ Kulai pada hari ini. Semasa ucapannya, beliau telah menyarankan agar koperasi ini menjadi agensi utama yang memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh staf dan pelajar di kampus ini. Beliau juga menggalakkan koperasi agar dapat meningkatkan jenis aktiviti yang dilaksanakan.

Ucapan aluan daripada En Hod B Amin, Pengerusi Koperasi Kakitangan KPYPJ Berhad

KPE KPYPJ menandatangani plak perasmian

KPE KPYPJ bersama dengan Ahli Lembaga Koperasi Kakitangan KPYPJ Berhad

Mesyuarat Agung Tahunan Ke 2, Majlis Institusi Latihan Kemahiran dan Yayasan

Pasukan pengurusan dari KPYPJ telah menghadiri mesyuarat Agung tahunan MILKY(Majlis Institusi Latihan Kemahiran Milik Yayasan dan Negeri) yang diadakan di Kuala Terengganu. Milky adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan ROS dianggotai oleh Kolej-kolej milik yayasan seluruh negara. Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu telah berkenan untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat kali ini. Di dalam mesyuarat ini, agenda pemerkasaan pembangunan sumber manusia dibincangkan di peringkat kebangsaan.



Wednesday, June 22, 2016

Program Budi Penyayang bersama dengan Universiti Teknologi Malaysia

KKTJ Johor Bahru dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kerjaya UTM telah melaksanakan program Budi Penyayang. Program telah membawa keluarga asnaf ke kolej untuk diberi penerangan tentang peluang menyambung pelajaran di dalam bidang kemahiran. Pelajar berkenaan telah mendapat maklumat secara langsung daripada En Mohamad Abdul Basid, Pengurus KKTJ.