Tuesday, August 30, 2016

Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor Menganjurkan Kursus Rigger & Slinger

28-29 Ogos 2016 - KKTJ telah melaksanakan kursus Rigger dan Slinger di kampus Unku Mohsin, Johor Bahru. Program ini melatih 20 orang belia mendapatkan sijil Rigger & Slinger yang diterima oleh industri. Kesemua peserta ini telah dirancang untuk mula bertugas pada 1 September di Pengerang Johor.

En Mohd Asmadi Hj Alias dan En Ahmad bergambar kenangan bersama peserta kursus

Kesemua peserta disediakan dengan pakaian dan peralatan yang lengkap

Peserta mendengar kuliah yang disampaikan oleh pengajar yang bertauliah

Lawatan UMS Investment Holdings Sdn Bhd ke KPYPJ

30 Ogos 2016 - KPYPJ telah menerima kunjungan Pegawai-pegawai kanan UMS Investment Holdings Sdn Bhd, sebuah organisasi milik Universiti Malaysia Sabah. Pegawai-pegawai ini diketuai oleh En Yusak Misek, Pengarah syarikat tersebut diiringi oleh Dekan Fakulti Pendidikan dan Dekan Program Luar UMS. Pelbagai kaedah kerjasama telah dibincangkan untuk mewujudkan situasi menang menang di antara kedua-dua organisasi.

Pasukan ini juga telah mengadakan kunjungan ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ.

Pasukan ini juga telah dibawa melawat Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor bagi melihat pembangunan yang sedang dijalankan di kampus tersebut.

Perjumpaan di Hotel Puteri Pacific

Bersama Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ

Bergambar kenangan di Pejabat KPYPJ

Bergambar kenangan di Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor

Sekitar Majlis MoU


Ucapan Aluan Daripada Datuk Md Othman Yusof

Ucapan YB Datuk Hj Md Jais B Sarday. Exco Pendidikan

Pertukaran Dokumen MOU

Bergambar Kenangan 

Sidang akhbar selepas majlis MOU

Wartawan yang hadir di sidang akhbar

Model Pembangunan Forest City

Pasukan dari Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor

Country Garden Pacificview Sdn Bhd dan KPYPJ Meterai Kerjasama Strategik




Laporan Junita Md Rasid Berita Harian Online

JOHOR BAHRU: Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) dan pemaju projek mega, Forest City iaitu Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memberi peluang kerjaya kepada lepasan institut pendidikan berkenaan.

Antara lain, perjanjian itu membabitkan pembiayaan pengajian kepada pelajar KPYPJ yang terpilih, selain pertukaran amalan baik dari segi pengetahuan dan pengalaman antara kedua-dua pihak bagi memenuhi piawaian sektor hospitaliti.
Menerusi MoU itu, CGPV akan menempatkan pelajar berpotensi, selain menguruskan keperluan bakat dan pekerjaan, manakala KPYPJ akan memantau program latihan bagi memenuhi permintaan tenaga kerja.

MoU ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Abdul Rashid A Rahman, manakala CGPV diwakili Pengarah Eksekutifnya, Datuk Md Othman Yusof dan Presiden Serantau (Malaysia) Country Garden Holdings, Jason Fu.
Majlis disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Datuk Md Jais Sarday dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R Vidyananthan.

Md Othman dalam ucapannya berkata, pihaknya menyasarkan pengambilan sehingga kira-kira 300 pelajar KPYPJ untuk menyertai pelbagai sektor pekerjaan di Forest City dengan sasaran 110 pelajar bermula tahun ini.

"Program ini membabitkan pelajar KPYPJ daripada jurusan pengurusan perhotelan dan pelancongan, pengajian perniagaan serta pengurusan sumber manusia.
"Setakat ini seramai 25 pelajar KPYPJ dengan sebahagian besarnya daripada kursus pengurusan perhotelan, kulinari dan pelancongan sudah diambil bekerja dalam sektor berkaitan di Forest City," katanya.

Md Othman berkata, pengambilan pelajar KPYPJ itu juga bersesuaian dengan pembukaan hotel di Forest City yang dijangka beroperasi akhir Oktober ini.
Katanya, dalam kerancakan pembangunan Forest City, pihaknya tidak melupakan pembabitan penduduk tempatan terutama rakyat negeri ini dan seluruh negara, sekali gus memastikan limpahan ekonomi pembangunan di kawasan sekitarnya.

Saturday, August 20, 2016

Lawatan Rasmi ke Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA)

Pengawai kanan KYPJ dan KKTJ serta Bahagian Korporat KPYPJ telah melawat Pusat Kerjaya Aman Jaya di Ipoh Perak. Pusat ini ditubuhkan bagi menyediakan ruang dan peluang untuk belia menjalankan aktiviti mereka yang berbentuk perniagaan, sukan dan kebudayaan. Pusat ini adalah sebahagian daripada inisiatif Pejabat Menteri Besar Perak untuk menarik belia dan mengaitkan mereka kepada aktiviti kerajaan negeri.

Taklimat disampaikan oleh En Amerol

Pintu masuk PEKA

Perbincangan lanjut



Pejabat Operasi 

Pusat Operasi PEKA di Terminal Amanjaya


Mesyuarat MILKY di Klana Resort, Seremban






Taklimat Penubuhan Skills Johor




Menerima sumbangan bas dan van dari INTAN Wilayah Selatan

8 Ogos 2016 - Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor telah menerima sumbangan sebuah bas dan juga sebuah van pada hari ini. Institut Tadbiran Awam Negara Cawangan Kluang telah berbesar hari menyumbangkan sebuah dan bas dan van untuk digunakan di KKTJ. Majlis penyerahan aset-aset tersebut dijalankan di INTAN Kluang pada hari ini. Pengarah INTAN Wilayah Selatan telah meyampaikan kunci tersebut kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran KPYPJ, En Mohd Asmadi Hj Alias.


Rumah Terbuka Aidilfitri Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor

3 Ogos 2016 - KKTJ dengan bangganya telah menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri pada hari ini. Di antara tetamu yang hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ dan Pengurus Besar KPYPJ.






Lawatan Wakil Forest City ke Kolej Yayasan Pelajaran Johor

Kota Tinggi - 2 Ogos 2016, Kolej Yayasan Pelajaran Johor telah menerima kunjungan pasukan pengurusan Forest City. Mereka terdiri daripada Pengurus Korporat, Pengurus Sumber Manusia dan beberapa pegawai kanan mereka. Daripada perjumpaan ini, pihak Forest City berminat untuk bekerjasama dengan KYPJ bagi mendapatkan pekerja mahir untuk berkhidmat di dalam hotel dan resort di Forest City tersebut.





28 Julai 2016 - Program membudayakan AlQuran di KKTJ Johor Bahru. Program ini dijalankan pada setiap hari Khamis untuk memberikan pelbagai latihan kepada pelajar. Pelajar dapat mempelajari ilmu pengurusan acara di samping meningkatkan ilmu pengetahuan.