Saturday, September 24, 2016

Program Minggu Wawasan Siswa Program Puncak

20-22 September 2016 - Pelajar yang mengikuti program puncak telah menghadiri program Minggu Wawasan Siswa yang telah dianjurkan oleh Bahagian HEP KKTJ. Program MWS dijalankan di kolej ini sebagai wadah penyampaian maklumat kepada peserta serta merangsang pemikiran positif di kalangan peserta. Mereka telah diberi pelbagai ilmu yang pastinya berguna untuk digunakan sepanjang masa latihan dan juga selepas tamat pengajian di KKTJ. Pada MWs kali ini, kolej telah bekerjasama dengan penceramah terkenal iaitu Tn Hj Salamian B, Surip, yang merupakan rakan strategik kolej ini. Tn Hj Salamian B Surip adalah personaliti latihan yang terkenal di Negeri Johor dan pernah melatih ribuan pelajar dan belia untuk persiapan dan peningkatan diri.

Pengarah Kem Kaizen , En Safiuddin B Salamian menjalankan aktiviti di dalam kumpulan

Sebahagian peserta kursus

Hj Salamian B Surip menyampaikan ceramah bertenaga kepada peserta

Bergambar kenangan bersama penceramah, fasilitator dan peserta kursus



Monday, September 19, 2016

Perasmian program puncak anjuran PEMBINA

18 September 2016 - Kuala Nerang, Kedah. Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor sekali lagi terlibat dengan program PUNCAK (Perkasa Usaha Untuk Cipta Kejayaan) anjuran Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA). Seramai 25 orang belia dari kawasan Parlimen Padang Terap telah dipilih untuk menyetai program latihan di KKTJ (Johor Bahru) di dalam bidang Penyediaan Makanan. 

Satu majlis pelancaran pelepasan pelajar-pelajar ini telah dibuat ke perkarangan Bangunan UMNO, Kuala Nerang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Ahmad Kamel Abdul Munin, Setiausaha Politik, YAB Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau telah mengingatkan kepada peserta program agar menamatkan program dengan jayanya serta kembali memberikan khidmat kepada masyarakat setempat di Negeri Kedah Darul Aman.

Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Urusan PEMBINA, Mej Jen Dato' Pahlawan Abdul Malek Shahar Harun  dan juga Setiauasaha UMNO Bahagian Padang Terap. Semua peserta akan ditempatkan di Hotel-hotel terkemuka di Pulau Langkawi, Alor Setar dan Pulau Pinang selepas mereka menamatkan program tersebut.



Peserta kursus dan pengurusan KKTJ bergambar kenangan

Antara Ibu Bapa yang menghadiri majlis perasmian

Lagi gambar Ibu Bapa

3 Buah bas yang menunggu peserta untuk dibawa ke Johor





Thursday, September 15, 2016

Program Inklusif Belia India

8-9 September 2016 - Seramai 100 orang belia India telah menghadiri proses temuduga kursus inklusif Belia India pada hari ini. KPYPJ telah diamanahkan untuk melaksanakan program latihan di dalam pelbagai bidang yang mendapat permintaan tinggi dari industri. di antara program yang ditawarkan adalah seperti penyediaan makanan, automotif, membaiki telefon bimbit, pemasangan CCTV, Teknik pemasangan Sistem PA, Minyak dan Gas serta kursus keselamatan dan keselamatan pekerjaan. Program ini adalah inisiatif kerajaan negeri untuk memberikan peluang latihan yang luas kepada belia.



Lagi Laporan Akhbar Mengenai Majlis Konvokesyen KPYPJ


Laporan Akhbar Mengenai Pemenang Pingat Emas Menteri Besar Johor





Monday, September 5, 2016

Laporan Harian Metro Berkenaan Majlis Konvokesyen KPYPJ Kali ke 19

Ahmad Nor Bakti dikucup ibnya, Zaiton sambil diperhatikan dua kakaknya Husna dan Izatie pada Majlis Konvokesyen KPYPJ ke 19 yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar Johor


Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

Johor Bahru: “Saya bekalkan lima kilogram kacang goreng kepadanya setiap bulan sejak dua tahun lalu bagi memastikan anak, Ahmad Nor Bakti Tarmizi, 20, bersemangat meneruskan pengajiannya,” kata ibu tunggal, Zaiton Ahmad, 48.
Dia berkata, anaknya itu yang juga orang kurang upaya (OKU) tidak akan menjamah nasi tanpa kacang goreng sejak berusia enam tahun.
Menurutnya, dia sanggup berulang-alik dari Gombak Selangor, ke Johor Bahru setiap bulan demi membekalkan kacang goreng itu kepada anak bongsunya itu.
“Saya bersyukur kerana Ahmad Nor Bakti kini selesai menamatkan pengajian peringkat sijil kemahiran Malaysia Perekabentuk Multimedia, Animasi dan Visual di Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor, selain merancang melanjutkan pengajian bagi mengejar cita-cita menjadi pereka grafik.
“Kami hanya menyedari kecacatan pada Ahmad Nor Bakti ketika dia berusia enam bulan selepas pergerakannya lebih lambat berbanding dua kakaknya. Pemeriksaan di hospital mengesahkan dia mengalami masalah saraf hingga mengakibatkan bahagian kiri tubuhnya tidak berfungsi,” katanya.
Apapun dia bersyukur anaknya itu bersemangat untuk menimba ilmu dan menunjukkan minat tinggi dalam bidang reka grafik dan animasi.
Zaiton berkata, anaknya itu hanya menjadikan kacang tanah goreng sebagai lauk yang dimakan bersama nasi putih.
“Dia sudah belajar berdikari termasuk boleh menaiki bas. Dia kini memiliki lebih ramai rakan.
“Saya yakin ilmu yang diperolehnya itu membolehkan dia menyara hidup dan menjadi insan cemerlang pada masa depan,” katanya.
Ahmad Nor Bakti menjadi antara tiga graduan OKU yang menerima sijil pada Majlis Konvokesyen ke-19 Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, semalam.
Sementara itu seorang graduan OKU, Muhammad Ikhsan Hassan, 21, berkata dia berdepan pelbagai cabaran apabila terpaksda berpisah dengan keluarga bagi mengikuti kursus sijil kemahiran di Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor sejak dua tahun lalu.
Anak kelima daripada 10 beradik berasal dari Pulau Langkawi itu bernasib baik apabila menemui rakan dan pensyarah yang banyak membantunya.
“Saya akan melanjutkan pelajaran peringkat diploma di sebuah kolej di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat bagi mengejar cita-cita menjadi pakar teknologi maklumat,” katanya.
Seramai 902 graduan Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) menerima sijil dan diploma di Majlis Konvokesyen KPYPJ ke-19 di Dewan Sultan Iskandar di UTM, Skudai di sini, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 5:20 AM MyMetro

Gambar-gambar Majlis Konvokesyen KPYPJ


Wajah-wajah ceria penerima diploma dan sijil

Wajah-wajah AJK Pendaftaran Konvokesyen ke 19 KPYPJ

Graduan sedang menanti penerimaan skrol masing-masing



Majlis Konvokesyen KPYPJ kali ke 19

Johor Bahru - Majlis Konvokesyen ke 19 Kumpulan Pendidikan YPJ telah berlangsung dengan penuh istiadat pada hari ini. Seramai 902 pelajar telah diraikan di majlis yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia pada hari yang bersejarah ini. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan pelajar menamatkan pengajian masing-masing di kolej milik Kumpulan Pendidikan YPJ.

Perasmian dan penyampaian sijil disempurnakan oleh YB Datuk Hj Md Jais B sarday sebagai wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor. 


Perarakan masuk ahli pengurusan tertinggi KPYPJ

Pengurusan tertinggi berdiri semasa nyanyian lagu Bangsa Johor dan KPYPJ dialunkan

Permulaan majlis

Ucapan YB Datuk Md Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Johor

Pemandangan dewan semasa majlis dijalankan

Penyampaian sijil dan diploma oleh YB Datuk Hj Md Jais B Sarday


Sunday, September 4, 2016

Malam Pra Graduan Sempena Majlis Konvokesyen ke 19 KPYPJ

2 September 2016 - Kumpulan Pendidikan YPJ menganjurkan Malam Pra Graduan kepada bakal graduan KPYPJ bersempena dengan Majlis Konvokesyen ke 19. Majlis yang diadakan di Berjaya Waterfront Hotel ini telah dihadiri 900 orang tetamu dan pelajar. Majlis ini dihadiri oleh Prof Emeritus Tan Sri Dato Dr Saleh B Mohamed Yasin, Ahli Lembaga Pengarah KPYPJ, Hj A Rashid B A Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ dan Hj Abd Razak Mohd Saad, Pengurus Besar KPYPJ.

Pada malam ini, KPYPJ telah menandatangani memorandum persefahaman dengan  Akademi Laut Malaysia (ALAM), Compas Group dan S&A Worldwide Tradelink. Persefahaman ini adalah untuk bersama membangun dan melaksanakan inisiatif dan program latihan yang berkaitan dengan industri maritim, minyak dan gas.

Pada malam yang gemilang ini juga, kesemua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam pendidikan mereka diraikan dengan penyampaian sijil, plak dan wang tunai yang disampaikan oleh ahli Lembaga Pengarah KPYPJ. Malam ini diselitkan dengan persembahan pelajar KYPJ dan juga KKTJ. Persembahan mereka berjaya mencuit serta dapat menarik perhatian tetamu di dalam majlis ini,


Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru

Meja VVIP

Persembahan pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Industri

Suasana Dalam Dewan