Tuesday, October 25, 2016

Majlis Penyerahan Surat Tawaran Jawatan Tetap

25 Oktober 2016 - Seramai 22 orang staf KKTJ telah menerima surat tawaran jawatan tetap di restoran Selasih, Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor hari ini. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran. Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah BPK. Beliau mengingatkan kepada staf yang terlibat untuk berusaha meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan di dalam bidang masing-masing. Ini adalah kerana sebagai seorang pekerja tetap, ciri-ciri pekerja berkualiti mestilah dizahirkan di dalam pemikiran, sikap dan tindakan. Ketua Pegawai Eksekutif juga semasa menyampaikan ucapan amanat dan perasmian telah mengingatkan kepada pekerja yang terlibat supaya memberikan yang terbaik di dalam perkhidmatan setelah menerima surat perlantikan masing-masing. Ini adalah kerana pihak syarikat telah memberikan pendapatan yang lebih tinggi, katanya. 

Gambar kenangan Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ dengan semua hadirin

Penyampaian Surat Tawaran Jawatan Tetap

Penyampaian surat tawaran tetap

Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ

Ucapan Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran


Sunday, October 23, 2016

Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Institusi Latihan Kemahiran (MILKY)

19 Oktober 2016 - Majlis Institusi Latihan Kemahiran Milik Yayasan dan Negeri telah mengadakan Mesyuarat Agung pada hari ini di Hotel Palm Seremban.

Kehadiran Ahli-ahli MILKY




Wednesday, October 19, 2016

Majlis Perasmian Kampus KYPJ

19 Oktober 2016 - Hari ini merupakan hari yang bersejarah kepada Kolej Yayasan Pelajaran Johor apabila YB Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah berkenan untuk merasmikan kampus KYPJ pada hari ini. Majlis ini diadakan di Dewan Besar KYPJ yang dihadiri oleh 1,000 orang tetamu. YAB Menteri Besar Johor telah menyampaikan ucapan aluan di dalam majlis ini. Di dalam ucapan beliau, Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor ini adalah manifestai perjuangan Kumpulan Pendidikan YPJ yang telah berusaha melatih belia sejak tahun 1997. Pada tahun 2016, akhirnya sebuah kampus yang lengkap tersergam telah dirasmikan dengan jayanya. Kampus ini menempatkan 3,000 orang pelajar yang mengambil pelbagai kursus seperti Pengurusan, Perhotelan, Kejuruteraan dan sebagainya.

Pameran di hadapan dewan utama

Pasukan pemasaran KPYPJ dengan booth istimewa

Ucapan Aluan YAB Menteri Besar Johor

Ucapan Perasmian YB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Gimmick perasmian

Pelajar Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor menerima 'mock cek' sumbangan sejumlah RM2,000 bagi mengurangkan pinjaman pelajaran 

Monday, October 17, 2016

Lawatan Pengarah BPK ke KKTJ Muar

Pengarah BPK, En Mohd Asmadi Hj Alias telah mengadakan kunjungan rasmi ke Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor cawangan Muar pada hari ini.







Mesyuarat Hari Perasmian Unit Swadaya Johor





Majlis Penutup Program Inklusif Belia India

Majlis perasmian penutup program Inklusif Belia India telah dilaksanakan pada hari ini. Perasmian ini dirasmikan oleh YB Encik R, Vidyanatham, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Negeri Johor. Majlis ini dilaksanakan di Hotel Granada, Johor Bahru. Program latihan ini melibatkan 93 orang belia India. Bidang yang dilatih adalah Penyediaan Makanan, Pemasangan CCTV, Kursus Dj dan Audio, Mekanik Motosikal, Blasting & Painting dan Safety. 






Lawatan Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional ke KKTJ Johor Bahru

Pengurusan tertinggi PEMBINA yang diketuai oleh YBhg Tan Sri Hashim B Meon telah melawat KKTJ Johor Bahru pada hari ini. lawatan ini adalah untuk memantau perlaksanaan program PUNCAK iaitu latihan kepada 23 orang belia dari Padang Terap. Lawatan ini juga dihadiri oleh YBhg Dato Wira Abd Malek Shahar Harun dan Hj Rumlan Abd Rahman. Lawatan ini juga menemukan pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan amali di dapur kolej.








Lawatan Verifikasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Kolej-kolej Kemahiran dan Teknikal Johor telah menerima lawatan pegawai dari KPM bagi melaksanakan program verifikasi perlaksanaan program Murid Bekeperluan Khas yang dilaksanakan di Cawangan Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Johor Bahru



Saturday, October 15, 2016

Kerjasama dengan Dr Jumiyati Ismail

6 Oktober 2016 - KPYPJ telah menerima kunjungan hormat Dr Jumiyati Ismail, seorang personaliti pendidikan yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam pendidikan tinggi. Beliau telah memegang jawatan tertinggi di Kementerian Pengajian Tinggi dan berkhidmat di Australia dan beberapa negara lain. Beliau yang menetap di Australia sangat berminat untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan warga KPYPJ. 




Tuesday, October 4, 2016

Penyeliaan Latihan Industri

1 Oktober 2016 - KKTJ Johor Bahru telah melaksanakan aktiviti menyelia pelajar latihan industri, Pada sessi ini, tiga orang pelajar KKTJ Johor Bahru yang menjalankan Latihan industri di Taj Rebak Island Resort Langkawi telah dilawati oleh wakil kolej KKTJ Johor Bahru. Ketiga-tiga pelajar ini telah menjalani latihan industri selama 6 bulan. Pihak hotel telah memberikan penilaian yang baik sehingga pihak hotel menawarkan untuk mengambil mereka sebagai pekerja sepenuh masa. Pencapaian ini adalah sangat membanggakan terutamanya kepada warga Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor. Tahniah diucapkan kepada mereka.