Tuesday, January 31, 2017

Lawatan Ke Projek Rapid Pengerang

Kota Tinggi - Pihak pengurusan KPYPJ dan Ketua Eksekutif Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan telah dibawa melawat projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid) Pengerang pada 23 Januari 2017 yang lalu. Pembangunan yang pesat sedang berlaku di dalam tapak Rapid ini. Delegasi juga telah dimaklumkan bahawa pada masa ini, kesemua projek ini memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 orang pekerja di dalam bidang scaffolding (pemasang perancah). Dalam tempoh 2 hingga 3 tahun akan datang, keperluan pekerja di kawasan ini tertumpu kepada jurukimpal pula. KPYPJ telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan program latihan minyak dan gas di dalam salah satu kolejnya di Jalan Kota Tinggi Mersing. Program tersebut adalah program induksi yang membolehkan peserta latihn untuk diterima bekerja di dalam kawasan Pengerang.

Taklimat ringkas diberikan kepada tetamu

Sessi soal jawab 

Salah satu bangunan utama 

Sebuah bangunan di dalam pembinaan

penginapan pekerja Pengerang

asrama kepada pekerja 

Amphitheater atau tempat pekerja berkumpul

Peraturan sekiranya ingin bertugas di dalam kawasan Rapid Pengerang

Majlis Malam Penghargaan Staff 2016

Kumpulan Pendidikan YPJ telah menganjurkan malam penghargaan staff di Hotel Selesa Johor Bahru pada 19 Januari 2017 yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Hj A Rashid Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ. Beliau telah memaklumkan mengenai perubahan perjawatan staf yang dikuatkuasakan pada 15 Januari 2017 adalah untuk memastikan kelangsungan operasi syarikat berada di dalam keadaan yang positif. Beliau memberi ucapan di hadapan 300 orang tetamu yang terdiri dari semua staff di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ. Pada malam tersebut, pekerja cemerlang, pekerja khidmat setia dan pekerja contoh telah diberikan anugerah dan hadiah yang lumayan.

Antara staf KKTJ Baru Pahat

staff KKTJ Johor Bahru

Staff Bahagian Pembangunan Kemahiran


Program Induksi Minyak dan Gas

15 Januari 2017 - Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor cawangan Kota Tinggi telah mengorak langkah dengan menjalankan program induksi minyak dan gas di kampus mereka di sini. Seramai 32 orang belia yang telah terpilih akan mengikuti program ini selama sebulan sebelum ditempatkan mereka semua di dalam syarikat yang beroperasi di projek Rapid Pengerang.

Peserta program bergambar bersama Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Raja Azura Bt. Raja Mahayudin





Kemasukan Pelajar Intake April-Jun 2017



Tuesday, January 3, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Kolej Kemahiran Dan Teknikal Johor mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2017. Semoga ianya memberikan semangat baru untuk berusaha mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada tahun ini.

Program Bengkel KKTJ di Cameron Highlands

Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor telah menganjurkan Bengkel penambahbaikan soalan dan polisi Hal Ehwal Pelajar yang diadakan di Cameron Highlands, Pahang. Program ini dilaksanakan bagi menambahbaik sistem pengurusan  serta meningkatkan lagi tahap kerjasama antara staff. Program ini dilaksanakan di Hotel Nova Highlands. Wakil-wakil dari kolej di daerah-daerah telah turut sama memerah idea dan menyumbang idea untuk menjayakan program ini.

Peserta bergambar kenangan bersama Timb Pengarah KKTJ, En Naam Parlan

Pasukan yang membincangkan mengenai Hal Ehwal Pelajar

Sesi menyediakan laporan untuk pembentangan

Perbincangan dalam kumpulan

Beramai-ramai bergambar kenangan

Program Mini Karnival Kemahiran di KKTJ Kluang

Kluang - Satu Mini Karnival Kemahiran telah dianjurkan oleh KKTJ Kluang pada hari ini. Aktiviti-aktiviti yang menarik telah disediakan khusus untuk kumpulan audien yang berbeza. Untuk menjayakan program ini, Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor cawangan Kluang telah bekerjasama dengan Majlis Perbadaran Kluang, Kemas, Jabatan Perpaduan, Majlis Belia Kluang dan Jabatan Pertanian untuk menganjurkan Mini Karnival Kemahiran. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua WHIP Daerah Kluang yang menjadi wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Johor.

Ucapan Aluan disampaikan oleh En Mohd Asmadi Hj Alias, Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran KPYPJ

Ucapan perasmian disampaikan oleh Mohd Norhalim Md Amin

Acara menanam pokok cili

Antara Tetamu yang Hadir




Keratan Akhbar menenai program ini




Sunday, January 1, 2017

Majlis Konvokesyen Program Puncak Belia Padang Terap

18 Disember 2016 - Pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus Kulinari di Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor telah diraikan di dalam sebuah majlis yang gilang gemilang di Hotel Tabung Haji Alor Setar pada hari ini. Majlis Konvokesyen disempurnakan oleh Yang Berhormat, Dato' Seri Mahawangsa, Dato' Seri Diraja, Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Pengerusi Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA).
Seramai 78 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian kursus jangka pendek dalam pelbagai bidang, antaranya ialah bidang Hospitaliti di Institut Perhotelan & Pelancongan Negeri Sembilan di bawah pengurusan Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan, Kulinari di Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) dan Ground Handling di Malaysian Aviation Training Academy (MATA).

Tahniah kepada semua graduan dan semoga terus berjaya di masa hadapan



Lawatan Pembina

Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional telah mengadakan lawtan pemantauan ke Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor cawangan Johor untuk memantau perlaksanaan program PUNCAK. Seramai 23 orang belia dari Parlimen Padang Terap dilatih di dalam bidang Penyediaan Makanan Kulinari.