Monday, February 8, 2010

Pelajar-pelajar IHYPJ Disaran untuk Menimba Pengalaman di Luar Negeri



Pengarah (M) IHYPJ semasa berucap merasmikan program penasihatan akademik jabatan Hospitaliti telah menyarankan agar pelajar-pelajar melihat peluang pengembangan kerjaya masing-masing keluar dari sempadan negara Malaysia. Beliau menyatakan bahawa di dalam perkembangan Wilayah Pembangunan Iskandar, seramai 1.5 juta tenaga pekerja di dalam bidang pelancongan dan hospitaliti diperlukan di antara tahun 2010-2015. Peluang ini wujud dengan perkembangan pesat resort dan hotel bertaraf dunia yang sedang dalam pembinaan dan dalam perancangan wilayah tersebut. En Asmadi juga menekankan bahawa di masa akan datang, pelajar yang mempunyai pendedahan yang lebih meluas akan mempunyai peluang yang lebih untuk diterima bekerja di dalam organisasi di WPI. Oleh kerana sebahagian besar organisasi tersebut adalah organisasi antarabangsa, maka peluang yang sangat cerah menanti mereka yang memilih kerjaya pelancongan dan hospitaliti. Seterusnya, mereka yang diterima masuk ini boleh meningkatkan kerjaya diseluruh kotaraya di dunia. Justeru itu, IHYPJ bercita-cita agar pelajar mengalami pendedahan luar negeri samada melalui lawatan, latihan, dialog, perbincangan intelek dan sebagainya. Dengan lokasi Johor Bahru yang berhampiran dengan negara jiran yang berstatus maju, maka tidak menjadi kesukaran untuk pelajar IHYPJ untuk turut serta merealisasikan cita-cita tersebut.

Director (M) IHYPJ during his opening speech on the Hospitality Department Advisory Day has suggested that students view career development opportunities outside from the border of Malaysia. He stated that in the development of the Iskandar Development Region, a total 1.5 million workforce in the tourism and hospitality field are required in the years between 2010-2015. This opportunity exists with the rapid development of world-class resorts and hotels that is currently under construction and planning in the region. En Asmadi also stressed that in the future, students who have greater exposure will have more opportunities to be employed in the organization at WPI. Because most organizations are international organizations, the better the chance and a very bright career awaits those who choose the tourism and hospitality. Next, they admitted that this can further improve their career to many cities throughout the world. Hence, IHYPJ is ambitious that students should have exposure abroad either through visits, training, dialogue, discussion and other intellectual discourse. Johor Bahru is located close to the neighboring countries,so let this advantage taken fully by IHYPJ students to gain international experience.

KPYPJ visit Shatec Institute, Singapore





February 3rd - Delegation from KPYPJ were welcomed by Shatec Institute, located in Bukit Batok, Singapore, for a possible understandings. Shatec Institutes is well known hospitality establishment in Singapore having awarded with numerous recognition worldwide. This institute has an enrolment of 1,800 students. Both delegates discusses similarities and differences between two organizations managing hospitality training for the past 10 years.


From Left : Hod Amin, Mohd Asmadi, Shaiful Huzaini, Anthony Yip (CEO), Alan Lowe, Khairudin and Matthew Yim.

Kursus Membuat Kek Keju

30 Januari 2010, IHYPJ telah menganjurkan sekali lagi kursus membuat cheesecake dan carrot cake. Kursus ini disampaikan oleh chef berpengalaman IHYPJ iaitu Cik Rusnita Paiman.

Program Khidmat Masyarakat di Mukim Gelang Patah

26-29 Januari 2010 Seramai 60 orang pelajar telah menjadi anak angkat kepada lebih 30 keluarga di beberapa kampung di dalam Mukim Gelang Patah. Mereka berpeluang menimba pengalaman menjadi warga kampung selama 3 hari dan 2 malam. Program perasmian telah disempurnakan oleh tuan pegawai daerah Johor Bahru.

Di dalam program ini, pelajar-pelajar KPYPJ telah sama-sama menyumbang untuk menawarkan kemahiran kepada penduduk kampung seperti menjahit labuci dan hiasan pakaian, membuat masakan barat, timur, kek dan pramusaji, memberi tunjuk ajar literasi komputer, menyampaikan persediaan menghadapi peperiksaan, membuat simenfero, mengadakan gotong royong dan sebagainya.

Pada waktu malam pula, program ceramah ugama juga diadakan di salah sebuah masjid di dalam mukim tersebut. Terima kasih warga mukim Gelang Patah.

Thursday, January 21, 2010

Hotelier Department Academic Advisory Day

21 Januari - Jabatan Pengurusan Hotel telah menganjurkan hari Penasihatan Akademik bagi sessi 2010 ini dengan jayanya. Di dalam program ini, pelajar berpeluang untuk berjumpa dan beramah mesra dengan penasihat akademik masing-masing. Pelajar juga mengambil peluang ini untuk membincangkan strategi menghadapi semester ini. Program ini kemudiannya di rasmikan oleh En Mohd Asmadi, Ketua Eksekutif Kolej. Semasa berucap beliau menyampaikan peluang kerjaya yang wujud di Wilayah Pembangunan Iskandar iaitu sebanyak 1.5 juta orang sehingga tahun 2015. Sehingga kini, pembangunan pesat juga sedang rancak berlaku di WPI terutamanya yang berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri. En Asmadi juga menyarankan agar pelajar mengambil peluang untuk menjalankan latihan industri di luar negeri sebagai menyahut saranan pihak berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar. Ketika menutup ucapannya, En Asmadi telah berkenan memakaikan tali leher berwarna merah kepada pelajar sebagai menadakan ianya merupakan warna pilihan jabatan hospitaliti.



January 21 - Department of Hotel Management has organized Academic Advisory Day 2010 successfully. In this program, students have the opportunity to meet with their academic advisers. Students also take this opportunity to discuss strategies to face this semester. This program later in officiated by Mr. Mohd Asmadi, Chief Executive of the College. During the speech, he delivered career opportunities that exist in the Iskandar Development Region, whereby 1.5 million people needed until 2015. Until now, rapid development is also occurring in the WPI, especially in the vicinity of the State Government Administrative Center. En Asmadi also recommend that students take the opportunity to undertake industrial training abroad in response to recommendations from the Iskandar Development Region Authority. When closing speech, Mr Asmadi have consented to put on, red tie to students as it is the color selected by the hospitality department.

Lawatan ke Taylor's University College





16 Januari - Seramai 44 orang pelajar IHYPJ dan diiringi oleh 4 orang pensyarah telah berkesempatan untuk melawat hari terbuka Taylor's University College di Petaling Jaya, Selangor. Lawatan ini diadakan bagi membuka perhatian pelajar untuk menyambung pelajaran mereka pada masa akan datang.

Sunday, January 3, 2010

Lagi Gambar-gambar Kursus Membuat Kek

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa kursus membuat kek siri ke II pada 2 Januari 2010. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan bersesuaian dengan matlamat IHYPJ untuk melatih seramai 600 orang di dalam pelbagai bidang melalui kursus jangka pendek dengan yuran yang sangat berpatutan. Nantikan pengumuman seterusnya di dalam blog ini.

Here are pictures taken during the cake making course series II on January 2, 2010. This course received very encouraging response in accordance with the objective to train 600 people in various fields through short-term courses with very reasonable fees.