Monday, March 8, 2010

Aktiviti 5 Mac dan 8 Mac

Selamat Kembali bertugas kepada Pn Sarah dan Pn Farah Salwani.....Tahniah kerana kelahiran baby yang disayangi...





Untuk menyokong gaya hidup yang sihat dan ceria, biro sukan Kelab KASIH telah menganjurkan aktiviti latihan fizikal di dewan IHYPJ. Program ini terpaksa di lakukan di dalam dewan kerana keadaan hujan di luar kolej. Bagaimanapun, program ini tetap mendapat sambutan yang menggalakkan.

Wednesday, March 3, 2010

Program Pelajar KPYPJ Sepanjang tahun 2010

Berikut adalah perancangan program yang akan dilaksanakan di KPYPJ dan kolej-kolej di bawahnya.




Di harap pelajar-pelajar dapat mengambil perhatian tentang cadangan program yang disenaraikan. Mereka digalakkan untuk memohon menyertai program tersebut dengan segera sebelum kehabisan tempat.

Monday, March 1, 2010

Penaziran di Kolej Kolej KPYPJ

2 Mac 2010 - KPYPJ sebagai organisasi induk IHYPJ telah melaksanakan program penaziran terhadap cara penyampaian pensyarah di kolej ini. Proses penaziran ini dilaksanakan oleh pensyarah kanan di kolej-kolej KPYPJ. Di antara tujuan utama proses ini adalah untuk memastikan proses pembelajaran yang dilaksanakan di IHYPJ adalah berdasarkan perancangan dan dengan susunan yang betul. Pelajar IHYPJ sudah pasti akan mendapat faedah secara langsung melalui prosedur kualiti yang dilaksanakan ini.


March 2, 2010 - KPYPJ as IHYPJ parent organization has implemented the internal evaluation process called 'penaziran' in this college. Penaziran process was conducted by a senior lecturers from other KPYPJ organization. The main goal of this process is to ensure that the learning process is conducted in planned and organized manner. IHYPJ students are surely benefited from the quality control procedure performed by KPYPJ.

Sunday, February 28, 2010

IHYPJ Bekerjasama dengan New Media Consulting menganjurkan kursus Strategi Pemasaran



28 Februari 2010 - IHYPJ telah dipilih menjadi tuan rumah kepada kursus Strategi Pemasaran New Media pada hari ini. Seramai 12 orang peserta kursus telah diberi pendedahan 'hands on' di makmal komputer perpustakaan IHYPJ. Rata-rata peserta kursus mengatakan bahawa ilmu pengetahuan yang disampaikan amatlah bernilai pada masa ini di mana tanpa kita sedari bahawa media sosial di internet bukanlah sekadar alat tetapi ianya mampu digunakan sebagai menyampaikan strategi bisnes, perhubungan awam, perkhidmatan pelanggan, bina kesetiaan, jalinan kerjasama, kepimpinan dan menarik minat pelanggan.

IHYPJ has been selected to host the course on New Media Marketing Strategy today. A total of 12 course participants were given 'hands on' exposure in the IHYPJ computer lab. Many course participants say that the knowledge presented is valuable at this time where we are without realizing that social media tools (ie facebook, youtube etc) on the internet is not only a mere social tools but also able to be used as a strategy of communicating businesses, public relations, customer service, loyalty building, cooperation, leadership and attracting customers.

Kursus Hiasan Kek serentak dengan Kursus Membuat Apple Pie, Fruit Tart dan lain-lain



27 Februari 2010 - Seramai 35 orang peserta telah menyertai kursus masakan pastri dari dua orang pensyarah IHYPJ. Ramai di kalangan peserta tersebut menyatakan bahawa mereka berpeluang mengalami sesi pembelajaran sebagaimana pelajar-pelajar IHYPJ melalui kelas mereka seharian. Kursus Menghias Kek dipimpin oleh En Mohammad Naim manakala kursus membuat produk pie dan tart disampaikan oleh Cik Rusnita. Daripada kursus sebegini dapat meningkatkan lagi jaringan perkenalan IHYPJ dengan masyarakat sekeliling kolej ini.

Saturday, February 27, 2010

Nasi Ayam Penyek Versi Pagoh


23 Februari 2010 - Saya berkesempatan singgah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh arah utara. Saya merasa agak asing dengan hentian ini kerana sememangnya hentian ini masih baru lagi. Ada satu menu yang menarik perhatian saya. Masakan yang dimaksudkan adalah 'Nasi Ayam Penyek' Nasi nya berwarna biru amat menerujakan saya. Amat istimewa, mungkin sesiapa pun boleh cuba merasa masakan istimewa ini apabila melawat R&R Pagoh.

Wednesday, February 10, 2010

Majlis Perkahwinan Pn Nurshamsinar di Perak





Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Puan Nur Shamsinar Bt. A Aziz. Kami warga kolej mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan Pn Ina dan semoga dikurniakan keluarga yang bahagia dan mendapat keredhaan Allah swt. Amin.