Tuesday, June 28, 2016

Perasmian Koperasi Kakitangan KPYPJ Berhad

1 Jun 2016 - Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn Bhd, Hj A Rashid A Rahman telah berkenan merasmikan premis Koperasi Kakitangan KPYPJ Berhad di Kampus KYPJ Kulai pada hari ini. Semasa ucapannya, beliau telah menyarankan agar koperasi ini menjadi agensi utama yang memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh staf dan pelajar di kampus ini. Beliau juga menggalakkan koperasi agar dapat meningkatkan jenis aktiviti yang dilaksanakan.

Ucapan aluan daripada En Hod B Amin, Pengerusi Koperasi Kakitangan KPYPJ Berhad

KPE KPYPJ menandatangani plak perasmian

KPE KPYPJ bersama dengan Ahli Lembaga Koperasi Kakitangan KPYPJ Berhad

Mesyuarat Agung Tahunan Ke 2, Majlis Institusi Latihan Kemahiran dan Yayasan

Pasukan pengurusan dari KPYPJ telah menghadiri mesyuarat Agung tahunan MILKY(Majlis Institusi Latihan Kemahiran Milik Yayasan dan Negeri) yang diadakan di Kuala Terengganu. Milky adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan ROS dianggotai oleh Kolej-kolej milik yayasan seluruh negara. Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu telah berkenan untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat kali ini. Di dalam mesyuarat ini, agenda pemerkasaan pembangunan sumber manusia dibincangkan di peringkat kebangsaan.



Wednesday, June 22, 2016

Program Budi Penyayang bersama dengan Universiti Teknologi Malaysia

KKTJ Johor Bahru dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kerjaya UTM telah melaksanakan program Budi Penyayang. Program telah membawa keluarga asnaf ke kolej untuk diberi penerangan tentang peluang menyambung pelajaran di dalam bidang kemahiran. Pelajar berkenaan telah mendapat maklumat secara langsung daripada En Mohamad Abdul Basid, Pengurus KKTJ.




Sunday, May 15, 2016

JSTC dan KYPJ terlibat memeriahkan Kembara Mahkota Johor

14 Mei 2016 - Kembara Mahkota Johor Edisi 2016 berlangsung dengan meriahnya pada tahun ini. Warga JSTC dan KYPJ turut serta memeriahkan sambutan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Felda Inas, Kulai pada hari ini. JSTC diketuai oleh En Naam B Parlan telah mempelawa DYMM Sultan menghias kek yang disediakan khas oleh JSTC JB. Tuanku telah berkenan menghias tulisan KMJ yang bermakna Kembara Mahkota Johor dan Baginda juga berkenan memotong kek berkenaan.

Trak MACK kenderaan KMJ tahun 2016



Tuanku Sultan Ibrahim mencuba menghias kek



Tuanku dengan rakyat berpisah tiada

Antara Pelajar JSTC yang merangkul hadiah pertandingan yang dianjurkan

Pelajar Johor Skill & Technical College cemerlang di dalam pertandingan IT

Pelajar-pelajar Johor Skill and Technical College (JSTC) telah mencapai kejayaan yang membanggakan di IT Challenge yang dianjurkan baru-baru ini di PPD Kulai. Lebih membanggakan lagi, kesemua pelajar ini adalah pelajar Murid Berkeperluan Khas yang mengambil kursus Sijil Kemahiran Malaysia - Multimedia.


Wakil JSTC JB yang mengambil bahagian

 Etools Johan

Etools Map - Naib Johan

Program Make A Wish "Bersama Merealisasikan Harapan"

JSTC Johor Bahru terlibat secara tidak langsung dengan projek Make A Wish anjuran Centre For CoCuriculum & Servive Learning (CCSL) Universiti Teknologi Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi menyelami kehidupan keluarga asnaf dan kaedah bantuan yang boleh diberikan kepada keluarga ini. JSTC JB dipilih sebagai pusat latihan penyediaan makanan dan kulinari kepada anak keluarga tersebut.






Thursday, May 5, 2016

Kolej Yayasan Pelajaran Johor - pendidikan

KPYPJ adalah kolej untuk semua kaum dari seluruh negara, Kolej Yayasan Pelajaran Johor adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang dibina oleh kerajaan negeri untuk semua pelajar yang layak tanpa mengira kaum dan asal negeri kelahiran mereka. Kolej ini menyediakan peluang pendidikan di dalam pelbagai bidang seperti pengurusan, kejuruteraan dan senibina. Berikut adalah laporan akhar berbahasa cina mengenai kolej ini.