Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53.



Tanggal 31, Bulan 8 Lima Puluh Tujuh... merdeka merdeka negara ku merdeka..... sebagai generasi pasca merdeka, kami tetap menghargai dan mensyukuri suasana di Malaysia yang merdeka serta aman sejahtera. Marilah sama-sama merayakannya...

gambar : courtesy of Hoteliers Club IHYPJ

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Buffet only RM18 nett




Bulan Ramadhan Tiba Lagi!! Cafe Segar Amat menyediakan juadah buffet pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada harga yang paling berpatutan. Hanya RM18 seorang, anda akan menikmati juadah istimewa IHYPJ daripada menu pilihan chef kami. Tempahan dibuka sekarang hubungi Anwar 013 7726588. Waktu operasi berbuka puasa 6:00 petang - 9:00 malam. Selain daripada waktu tersebut, makanan ala carte disediakan kepada tetamu

Kemudahan yang disediakan
- Tempat Solat
- Tandas
- Bilik Karaoke

Ramadan Arrives Again! Segar Amat Cafe is providing buffet on every Friday, Saturday and Sunday at the most reasonable price of RM18 per person, you will enjoy the special food from a menu selections of IHYPJ chef. Booking is open now call 013 7726588 Anwar. Operating hours of the fast break 6:00 pm - 9:00 pm. Apart from that time, a la carte foods available to guests

Facilities provided
- Places of Prayer
- Toilets
- Karaoke room

Monday, August 9, 2010

Koir Kemerdekaan Kembali






9 Ogos 2010 - 9:00 malam Seramai 50 orang pelajar diiringi oleh 30 pegawai tertinggi KPYPJ termasuk En A'lim B Shukor, Ketua Pengawai Eksekutif KPYPJ telah menjalankan acara kegemaran ramai iaitu menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil berarak beramai-ramai di seluruh bandar Johor Bahru malam tadi. Program kali ini tertumpu di Segget Walk, Johor Bahru. Walaupun pada mulanya pengunjung di Segget Walk ini hairan dengan kehadiran pasukan koir ini, akhirnya mereka juga turut terhibur dengan kehadiran pasukan koir ini. Sambil menyanyikan lagu patriotik seperi Satu Malaysia, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia, pasukan ini juga mengedarkan bendera kepada orang ramai. Program ini adalah untuk menyemai semangat cintakan negara kepada generasi pasca merdeka. Dengan muncul di khalayak ramai dan menyanyikan lagu-lagu patriotik tersebut pastinya memberikan kesan kepada pelajar-pelajar ini. Tahniah diucapkan kepada Pn Norhaida Ahmad kerana berjaya melaksanakan program ini dengan baik.


August 9, 2010 - 9:00 pm A total of 50 students accompanied by 30 top KPYPJ officials, including Mr. A'lim B Shukor, the Chief Executive Officer has conducted KPYPJ favorite event to sing patriotic songs while crowds marched around the city of Johor Bahru last night. This program focuses on Segget Walk, Johor Bahru as their choir route. Although at first visitor in Segget Walk wonder of the presence of this choir group, in the end they were comforted by the presence of this choir member giving away the nation flags. As we sang patriotic songs such as 1Malaysia, Jalur Gemilang and keranamu, the team also distributes flags to the public. This program is to instill the spirit of love for the country for the students who are all post-independence generation. By appearing in public and sang patriotic songs that would give effect positive to these students. Also, congratulation to Pn Norhaida Ahmad for organizing this event successfully

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak



Seluruh Warga IHYPJ mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan 1431H. Semoga Ramadhan tahun ini memberikan pulangan terbaik kepada kita semua....

All IHYPJians wish happy Ramadhan 1431 to all. May this Ramadhan promises the best reward to all of us

Thursday, July 29, 2010

Hal Ehwal Pelajar KPYPJ Menganjurkan Seminar Pengurusan



28-29 Julai 2010 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPYPJ telah berjaya menganjurkan Seminar Pengurusan kepada Wakil-wakil pelajar di beberapa IPT Zon Selatan di Hotel New York Johor Bahru. Seramai 200 orang pelajar dan kepimpinan MPP telah turut serta di dalam program ini. Pelajar ini didedahkan dengan ceramah dengan tajuk yang sangat bersesuaian dengan persiapan menghadapai alam kerjaya. Di samping menghadiri program yang bermanfaat, ada di kalangan pelajar merasa gembira kerana dapat bermalam di hotel yang popular di bandaraya Johor Bahru.

28 to 29 July 2010 - KPYPJ Student Affairs Department had successfully organized a seminar on management of student representatives in various institutions of higher learning in the South Zone at New York Hotel Johor Bahru. A total of 200 students and the leaders from MPP have been participating in this program. Students are exposed to the lecture with the title which is in line with career preparation. In addition to attending the program useful, some students feel happy to be able to spend the night at a popular hotel in the city of Johor Bahru.

Tuesday, July 27, 2010

Aktiviti Fizikal Untuk Kesihatan dan Kesejahteraan Semua Warga IHYPJ



27 Julai 2010 - Barisan Staff dan Pelajar-pelajar IHYPJ melaksanakan aktiviti fizikal pada pagi ini. Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 70 orang yang turut sama bersenam mengikut rentak muzik yang dipilih. Program yang sebegini turut diberi penekanan di IHYPJ kerana kesihatan adalah aset yang paling berharga di dalam diri seseorang. Dengan kesihatan, barulah aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

July 27, 2010 - IHYPJ staffs and students perform physical activity this morning. This program brought together 70 people who were exercising according to the same chosen rhythm of music. Such programs are also given emphasis in IHYPJ for health is the most valuable assets in the individual. Students can absorb learning process effectively only when they are healthy.