Tuesday, February 22, 2011

Tawaran Kemasukan Bulan Mei 2011



Pihak pengurusan IHYPJ mengucapkan tahniah kepada calon yang berjaya memperolehi gred cemerlang di dalam peperiksaan STPM dan juga SPM tahun 2010. Kepada mana-mana calon yang berminat untuk mendalami bidang Pengurusan Perhotelan dan juga Kulinari, anda dipelawa untuk memohon untuk menyertai Institut Hospitaliti YPJ bagi kemasukan tahun 2011 ini. Kelulusan minimum adalah 3 kredit di dalam mana-mana matapelajaran di dalam peperiksaan SPM. Yuran pendaftaran berpatutan dan insuran diberikan percuma kepada semua pelajar yang mendaftar. Untuk maklumat lanjut, anda dipelawa menghubungi penama berikut untuk membantu menjawab permasalahan anda:

1. Mohd Asmadi Hj Alias di mahalias@yahoo.com atau talian 019 7574533
2. Hod Amin atau Pn Haida di talian 07 2415384

IHYPJ management congratulated the successful candidates who achieved excellent grades in STPM and SPM in 2010. To any candidate who is interested in the field of Hospitality Management and Culinary, you are invited to apply to join the YPJ Institute of Hospitality for May 2011 intake. The minimum qualification is 3 credits in any subjects in the SPM examination. Registration fees is reasonable and free insurance coverage of up to RM25,000 to all students who register. For more information, you are invited to contact the above listed names should you need more detail. Thank you.

Sunday, February 13, 2011

Sesi Penyeliaan Latihan Industri

Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar IHYPJ yang sedang menjalani latihan industri di seluruh negara, pihak kolej akan menjalankan sesi penyeliaan latihan industri pada minggu pertama bulan Mac 2011. Sila pastikan anda berada di Hotel/organisasi masing-masing semasa sesi ini dijalankan. Sila hubungi kolej untuk maklumat lanjut. Semoga berjaya.

Attention to all students who are undergoing industrial training throughout the country, the college will conduct supervisory sessions on the first week March 2011. Please make sure you are present in the respective Hotels / organizations as your attendance is required. Please contact the college for further information. Good luck

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Wednesday, February 2, 2011

Sunday, January 30, 2011

Selamat Pengantin Baru En Amir Hafiz


30 Januari 2011 - Seluruh warga IHYPJ dan KPYPJ mengucapkan selamat pengantin baru kepada En Amir Hafiz B Ismail. Beliau telah selamat diijabkabulkan dengan Saudari Suhaira Nadia Binti Md Solih. Majlis dilangsungkan meriah walaupun cuaca diluar hujan lebat sepanjang hari. Kami mendoakan semoga beliau mendapat kebahagiaan hidup berkeluarga hingga ke akhir hayat.

The entire staff and KPYPJ IHYPJ congratulate the newlyweds of Mr. Amir Hafiz B Ismail. He was safely married to Miss Suhaira Nadia Binti Md Solih. The wedding reception held lively despite the unfreindly weather outside of heavy rain throughout the day. We pray they get happiness of family life until the end of time

Monday, January 24, 2011

Budaya Makanan di Miri dan Bandar Seri Begawan







18-20 Januari 2011, satu lawatan kerja telah dibuat untuk membincangkan kerjasama di antara KPYPJ dengan Pelita Maslaut Sdn Bhd, sebuah agensi latihan maritim terkenal di Malaysia Timur. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ iaitu En Abdul 'Alim B Shukor. Di samping perbincangan, rombongan berkesempatan meninjau makanan popular masyarakat setempat. Di antara menu yang popular adalah Nasi Lalapan, Mee Kolo, Sayur Midin, Tumpik, Nasi Katok, Nasi Goreng Kari dan Pecel Lele. Mungkin menu berkenaan sesuai dihidangkan di dalam kelas Eastern Cuisine di IHYPJ.

18 to 20 January 2011, a working visit was made to discuss cooperation between the Pelita Maslaut Sdn Bhd, a renowned maritime training agency in East Malaysia and KPYPJ. The visit is led by Chief Executive Officer of KPYPJ Mr. Abdul 'Alim B Shukor. In addition to the discussions, the delegation had the opportunity to enjoy some popular local food. Among the most popular menu are lalapan rice, Kolo Mee, Midin, Tumpik, Nasi Katok, Nasi Kari and Pecel Lele. Perhaps those menus are served in the future Eastern Cuisine Class in IHYPJ.