Monday, September 28, 2009
Farewell Pn Noliza & En Rahman
Johor Bahru - Bertempat di Restoran Secret Recipe, Di dalam pusat membeli belah terkenal di Taman Bukit Indah Johor Bahru berlangsungnya satu majlis meraikan pemergian staf IHYPJ iaitu Pn Noliza Hashim dan juga En Norahman B Salleh. Pengarah IHYPJ ketika berucap mengambil peluang itu untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan kedua-dua personaliti tersebut terhadap kemajuan IHYPJ. Mereka terlibat dengan aktif terutamanya dalam membantu IHYPJ memperolehi pengiktirafan akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia. Selain daripada itu, mereka juga dapat mewakili IHYPJ di dalam program kerajaan negeri sebagai contohnya En Norahman pernah mewakili IHYPJ bersama lawatan delegasi kerajaan Johor ke Negara China pada tahun 2007. En Norahman dan juga Pn Noliza juga aktif melatih pelajar-pelajar IHYPJ menyertai pertandingan kemahiran samada di peringkat tempatan mahupun diperingkat negara. Sebagai mewakili semua staf, En Asmadi mendoakan kejayaan yang lebih gemilang kepada En Norahman dan juga Pn Noliza di dalam lapangan yang diceburi.
Educational Trip To Pusat Penyembelihan Pandan
Pada bulan September 2009, Pengarah IHYPJ berpeluang melawat Pusat Pemprosesan Ayam Pandan, iaitu sebuah kilang memproses penyembelihan ayam halal yang serba canggih dan moden. Kilang tersebut mampu memproses penyembelihan ayam sebanyak 6,000 ekor dalam masa satu jam. Pelbagai maklumat menarik dan ilmu yang baru diperolehi di dalam program lawatan tersebut. Pengarah mencadangkan agar pensyarah dan pelajar-pelajar IHYPJ turut dapat melawat kilang tersebut sebagai pendedahan yang ilmu pengetahuan yang sangat berguna kepada mereka.
Sunday, September 13, 2009
Pelajar IHYPJ menyertai Program IHYA Ramadhan di Kota Tinggi
12 September 2009, seramai 40, orang pelajar IHYPJ telah menyertai program IHYA Ramadhan : Pelajar IPTS bersama Masyarakat di Kampung Lukut, Kota Tinggi. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi yang dirasmikan oleh menterinya iaitu Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin. Program ini bukan sahaja dapat mendekatkan warga IPTS dengan masyarakat, tetapi ia juga sebagai wadah pembangunan jatidiri pelajar melalui perlaksanaan program bersama masyarakat. Pada masa yang sama, masyarakat setempat juga mampu memberikan pengalaman berharga kepada pelajar-pelajar yang terlibat ini.
Winner of Hotel Management Students Awards
YPJ Hospitality Institute - Hotel Management Department Awards
Mohamad Ezzani Mansor & Suhaira Nadiah Md Solih
Mohamad Ezzani Mansor & Suhaira Nadiah Md Solih
Best Attendance Award
Syafiq Azim Abd Aziz and Erma Hamiza Abdul Ghafar
Thursday, September 10, 2009
Sambutan Bulan Kemerdekaan IHYPJ
090909 - 9 September 2009 adalah hari keramat di mana IHYPJ menganjurkan kemuncak sambutan bulan kemerdekaan peringkat IHYPJ. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Sains Sosial bagi menghargai bulan kemerdekaan negara Malaysia yang dicintai ini. Setelah 52 tahun kemerdekaan, generasi muda iaitu generasi pasca merdeka berpeluang untuk memahami peristiwa kemerdekaan negara Malaysia melalui sambutan ini. Selain daripada ucapan perasmian yang disempurnakan oleh En Mohd Asmadi Hj Alias, Ketua Eksekutif IHYPJ, pelbagai pertandingan telah dianjurkan kepada semua warga IHYPJ. Di antara pertandingan yang diadakan adalah pertandingan mencipta puisi kemerdekaan, mendeklamasikan sajak, persembahan berkumpulan, kuiz kemerdekaan dan sebagainya. Ternyata, program-program yang dilaksanakan ini berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar IHYPJ untuk sama-sama mengambil bahagian. Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan.
Tuesday, September 1, 2009
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Sambutan 31 Ogos pada tahun ini pastinya berbeza dengan sambutan bulan kemerdekaan sebelum ini. Walau bagaimanapun sebagai generasi pasca merdeka, seluruh warga IHYPJ harus cuba memahami apa erti sebenar kemerdekaan. Dahulu, negara kita pernah dijajah tetapi kini, adakah kita sudah bebas daripada penjajahan? Kita sering diperingatkan mengenai tokoh-tokoh kemerdekaan negara yang bertungkus-lumus memperjuangkan kemerdekaan negara ini. Jasa mereka mestilah kita sanjungi dan kita teruskan perjuangan mereka memartabatkan negara Malaysia yang tercinta ini.
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Culinary Department Academic Advisory Day
28 Ogos 2009 - Jabatan Kulinari turut mengadakan program hari penasihatan akademik. Seramai 230 orang pelajar Diploma penyediaan makanan dan kulinari terlibat di dalam program ini. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif Kolej, En Hod B Amin. Beliau mengingatkan pelajar agar sentiasa peka terhadap kedudukan akademik semasa dan melaksanakan tindakan yang wajar. Pelajar juga dinasihatkan agar meningkatkan komunikasi dengan penasihat akademik yang ditetapkan demi kepentingan CGPA masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)