Wednesday, April 29, 2009

Untukmu Palestin Charity Dinner

February 28, 2009 - IHYPJ students through Hoteliers, Students Representatives Council and Culinary Club work hand in hand to organize a charity dinner dedicated for Palestinian people.This event was able to attract some 150 people to attend to this event. Guest were not only served with 5-star food arrangement, they were also entertained with nasyid, pop songs, poem recitation and play performed by IHYPJ students. This event had collected some RM3,419 which was handed over to Kumpulan Utusan Malaysia representative. While commented on this event, Mr Norshah Rizam said "IHYPJ students and staffs would like to help easing Palestinian people suffering in Gaza war, and by organizing this event we can raise money for Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP)."

Pasukan Futsal Gabungan IH-ITP Juara

4 April 2009 - Gabungan pemain handalan dari IH dan ITP telah menggegarkan stadium futsal berhampiran Giant Tampoi dengan menjadi Johan keseluruhan kejohanan futsal tertutup (untuk staff sahaja) KPYPJ. Pasukan yang baru sahaja dibentuk menerima kekalahan pada perlawanan pertama apabila menentang jaguh-jaguh dari Kolej Komuniti Kota Tinggi. Namum demikian, pasukan ini telah berjaya menewaskan semua pasukan lain termasuk KIJ, KPYPJ dan unit Akademik/HEP. Oleh kerana pertandingan menggunakan format liga, maka pasukan IH-ITP ini ditabalkan menjadi juara kerana perbezaan gol. Pemain berbahaya IH, iaitu en Asmadi turut menyumbangkan melebihi 6 gol untuk menyumbang kepada kejuaraan ini. Tahniah kepada Kelab Kebajikan Staff KPYPJ kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini dan En Sa'dullah B Mohidin, Timbalan Pengurus Besar KPYPJ turut hadir dan berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. IHYPJ boleh...
Pemain bergambar kenangan bersama En Sa'dullah selepas ditabalkan sebagai Johan pertandingan.





Tuesday, April 28, 2009

Pembelajaran di Luar Kelas - Masakan Tradisional Johor

25 April 2009, Majlis Kebudayaan Negeri Johor telah menganjurkan Pertadingan/Promosi Masakan Tradisional Johor di Danga Bay, Johor. IHYPJ telah menghantar seramai 30 orang pelajar untuk sama-sama mempelajari kaedah menyediakan kuih-muih dan masakan tradisional Johor. Ketua kursus jabatan Kulinari, En Na'aim turut hadir di dalam program tersebut. Antara masakan yang menarik perhatian pada program itu adalah Laksa johor, Asam Pedas, Wajik, Halwa, Nasi Beryani, Halwa Maskat, Telur Pindang. "Program ini merupakan peluang terbaik kepada pelajar IHYPJ mempelajari cara penyediaan makanan tradisional Johor tanpa menggunakan perasa tambahan, pewarna atau bahan-bahan moden. Ini juga adalah usaha yang dibuat oleh IHYPJ untuk memberikan peluang kepada pelajar menimba ilmu di luar kelas. Tanpa penglibatan seperti ini, mungkin pengetahuan warisan ini boleh hilang mengikut peredaran zaman." menurut en Na'aim.

Tuesday, April 21, 2009

WiFi di IHYPJ


Kemudahan WIFI di kolej sudah boleh digunakan pada masa ini. Pelajar yang ingin menggunakan kemudahan tersebut boleh berjumpa dengan En Fairuz di pejabat akademik IHYPJ. Jangan lupa bawa sekali notebook anda untuk en fairuz login kan buat kali pertama aje. Selepas itu, terpulanglah kepada semua pelajar nak guna bila.... dan ianya percuma!!


WIFI internet in IHYPJ is ready for usage. Students who would like to use this facility, please bring along your notebook to Mr Fairuz at the Academic Office. He will help you register and login for the first time. After that, use this service as your liking! and it's free!!


Selamat Pulang Cik Rusnita




Kami mengucapkan selamat pulang kepada Cik Rusnita Bt Paiman yang telah selesai mengerjakan ibadat umrah di tanah suci Mekah dan Madinah. Semoga ibadat diterima Allah swt. Terima kasih kerana turut mendoakan kami semua di IHYPJ.

Minggu Penghayatan Islam 1430 H




Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPYPJ di bawah pimpinan En Omar B Ali Pengarah Hal Ehwal Pelajar KPYPJ telah berjaya menganjurkan Minggu Penghayatan Islam(MPI) 1430H. Program ini yang menyaksikan penyertaan IPT di seluruh Johor antaranya Seluruh Kolej-kolej KPYPJ, Politeknik Johor Bahru, Kolej SAL, Kolej Cosmopoint dan lain-lain.

Di antara acara yang dipertandingkan pada minggu MPI ini adalah perujian membaca Al Quran, Berzanji, Pidato Keagamaan dan Sketsa. IHYPJ turut menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan ini. Majlis penutup dan penyampaian hadiah ini dilaksanakan di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. IHYPJ berjaya membawa pulang 2 naib johan iaitu bagi acara pidato lelaki dan pidato perempuan. Manakala pasukan sketsa berjaya menduduki tempat ketiga di dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Hadiah disampaikan oleh Hj Abd Razak Md Saad, Timbalan Pengurus Besar KPYPJ sebagai wakil rasmi Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ.

Monday, April 20, 2009

Selamat Maju Jaya


Minggu peperiksaan sudah bermula dan seluruh warga kerja IHYPJ mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar IHYPJ yang akan mengambil peperiksaan praktikal bermula 20 April sehingga 15 Mei 2009. Berikut adalah tips last minute untuk menghadapi peperiksaan....





1. Bersedia Fizikal dan Mental


2. Selesaikan masalah peribadi


3. Berjumpa dengan pensyarah. Dapatkan last minute petua nak menghadapi peperiksaan


4. Latih tubi dengan rakan-rakan.


5. Minta Restu Ibu, Ayah dan Pensyarah


6. Berusaha, berdoa dan tawakkal



Selamat maju jaya






Malam Muhasabah Diri

Wajah-wajah pelajar dan Staff IHYPJ bermesra di Malam Muhasabah Diri









16 April 2009 - Jabatan Hospitaliti menganjurkan malam muhasabah diri, bacaan surah Yaasin dan juga doa selamat bersempena dengan minggu peperiksaan yang akan dihadapi oleh semua pelajar IHYPJ bermula 20 April sehingga 15 Mei 2009. Majlis ini dihadiri oleh 120 orang pelajar IHYPJ. Majlis ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar IHYPJ mempunyai keazaman yang tinggi untuk memperbaiki diri dan sanggup berubah demi kebaikan mereka. Pada masa yang sama, sambutan pelajar yang baik ini membuktikan tohmahan bahawa pelajar IHYPJ adalah sosial dan sukakan hiburan meleset sama sekali.





Lagi gambar-gambar Explore Day 2009

Acara Memakan Buah-buahan Tempatan

Demonstrasi Masakan Daripada Chef Suzaini



Demonstrasi Pastri dari Chef Jemputan

Gambar dan Keratan Akhbar Mengenai Explore Day 09




Wajah-wajah ceria pelajar sekolah menengah yang menyertai program Explore Day 2009


IHYPJ Explore Day 2009

9 April 2009. Seramai 1,200 orang tetamu telah membanjiri dataran IHYPJ pada hari terbuka atau lebih dikenali dengan IHYPJ Explore Day ini. Program yang dijalankan kali ini mendapat sambutan menggalakkan daripada syarikat korporat ternama, agensi kerajaan dan juga rakan IPT kolej ini iaitu Kolej Universiti Taylor's. Program ini dirasmikan oleh Y Bhg Dr Sa'ari B Md Nooh, Ketua Pengawai Eksekutif KPYPJ ini mendapat liputan meluas di dalam akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia.
Pelajar-pelajar dari sekolah menengah di daerah Johor Bahru, Pasir Gudang, Pontian dan juga Batu Pahat turut serta di dalam program ini. Mereka diberi peluang menyaksikan demonstrasi masakan, ukiran buah dan ais, lipatan napkin, menghias kek dan mendengar taklimat pendidikan dan kerjaya. Ada pelajar yang dijemput menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan pada hari tersebut.

Pihak kolej merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini terutamanya YAB Menteri Besar Johor, Kolej University Taylor's, Iskandar Investment Berhad, Ajinomoto (Malaysia) Berhad, YB Datuk Maulizan B Bujang, YPJ Holdings, Petronas Dagangan Sdn. Bhd, Nestle, Badan Cemerlang, Naha Power, Swan Stabilo, Restoran Kak Nas, DIHA Trading dan semua pihak yang menaja program ini.