Sunday, January 6, 2019

Perjalanan Akademi Minyak dan Gas Mengenali Industri

Kali pertama bermesyuarat dengan SR Scaffold Resources.

Lawatan ke Syarikat Blasting & Painting di Paka, Kemaman

Lawatan ke Syarikat Insulation

Lawatan ke Syarikat Limbat Teknik Sdn Bhd

Lawatan ke Zone Safety Sdn Bhd, Kuantan Pahang

Lawatan ke NTTC, Bangi Selangor

Lawatan ke pejabat  urusan PetroSahabat Pengerang

Lawatan ke pejabat Punj Llyod, Pengerang


Majlis MoU dengan institusi latihan dan Industri minyak dan gas

Lawatan ke Pejabat Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Lawatan ke EletroServe (M) Sdn Bhd

Barisan staf AMG

Lawatan ke ISO Group, Shah Alam

Lawatan Kejora ke AMG

Kunjungan hormat ke Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat

Lawatan ke SIRIM

Lawatan Skill Johor ke pejabat KPYPJ

Majlis MoU dengan Industri

Program engagement bersama yayasan peneraju dan industri

Mensyuarat dengan bahagian procurement Petronas Pengerang

Wednesday, October 4, 2017

MOU KPYPJ dengan Organisasi Minyak dan Gas 2017

1 Oktober 2017 - KPYPJ telah mencatatkan sejarahnya sendiri dengan menganjurkan majlis penyerahan MoU dengan 18 Organisasi Minyak dan Gas pada hari ini di Hotel Amari Johor Bahru. Program ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor Dato Hj Mohamed Khaled B Nordin selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KPYPJ. Dengan termeterainya MoU ini, KPYPJ akan mula mengorak langkah menawarkan kurusus minyak dan gas.

KPYPJ telah menandatangani MoU dengan 10 organisasi yang merupakan rakan strategik latihan seperti DOKA Formwork Sdn Bhd, SR Scaffold Resources, Elektro Serve, Trans Ismor Engineering, Institut Material Malaysia, BBTECH Industries, Zone Safety, Nilai Technical Training Center, Supreme Didactic Sdn Bhd dan Sri Limbat Teknik. Kesemua rakan strategik akan bersama-sama KPYPJ untuk menawarkan kursus-kursus yang diterima industri minyak dan gas.

KPYPJ juga telah menandatangani MoU dengan 8 buah syarikat yang memerlukan tenaga kerja di dalam bidang minyak dan gas. Syarikat yang dimaksudkan adalah seperti Petrosahabat Sdn Bhd, SH Group of Companies, RM Leopad, Eluminas, Elektro Serve dan lain-lain. Syarikat-syarikat ini telah menyampaikan surat hasrat (letter of intent) untuk mengambil pelatih yang dilatih oleh KPYPJ menjadi tenaga kerja di tempat mereka. Berdasarkan kepada keperluan yang dinayatakan di dalam surat hasrat, lebih 1,000 kekosongan jawatan diperlukan di dalam pelbagai bidang di RAPID Pengerang.

KPYPJ juga telah melantik seramai 8 orang individu penting di dalam syarikat EPCC (Engineering, Procurement, Construction & Commisioning) iaitu syarikat kontraktor utama untuk menjadi penasihat teknikal kepada program latihan minyak dan gas di KPYPJ. Mereka yang di maksudkan ialah En Rejab S Alam Shah dari Syarikat Punj Llyod, En Hamdan Osman dari Syarikat TOYO Engineering, En Hamdan Mamat dan En Khairuddin dari Petronas, En Hisham Ariffin dari SR Scaffold Resources, En Arshad Asri dari Petrosahabat Sdn Bhd, En Muhammad Alwi dari EP, dan En Fauzi dari SWA.

Di dalam majlis ini, KPYPJ memperkenalkan seorang wanita yang mempunyai kelulusan tertinggi di dalam bidang scaffolding. Personaliti yang dimasudkan ialah Fatin Inani Masron.    

MoU dengan Institut Material Malaysia


MoU dengan Syarikat ElektroServe M Sdn Bhd


MoU dengan Syarikat Trans Ismor Engineering Sdn Bhd


Pelatih yang sedang mengikuti kursus scaffolding di KKJ Kota Tinggi


Dato Menteri Besar Johor bersalaman dengan pelatih-pelatih KPYPJ


Ucapan perasmian Dato Menteri Besar Johor


Ucapan perasmian


Penasihat Teknikal KPYPJ

Ikon Minyak dan Gas, Fatin Inani Masron


Majikan yang akan mengambil pekerja yang dilatih di KPYPJ

Rakan Strategik Latihan KPYPJ

Barisan Technical Advisory Committee KPYPJ

Majlis Konvokesyen KPYPJ ke 20

Majlis Konvokesyen KPYPJ yang ke 20 telah berlangsung dengan meriahnya pada 23 September 2017. Majlis ini diadakan di Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor dan dirasmikan oleh YB Datuk Ayub B Rahmat, Exco Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan Johor.



Di samping majlis konvokesyen, Kolej juga menganjurkan FESKO iaitu Festival Kolej bagi memeriahkan lagi majlis Konvokesyen kali ini.

FESKO 2017 dirasmikan oleh En Mohd Asmadi Hj Alias, Timb Ketua Eksekutif Pemasaran, Korporat dan Hubungan Industri.






Tuesday, May 23, 2017

Kursus Kempimpinan IPT

Ahli-ahli Pengurusan KYPJ menyertai kursus Kepimpinan Akademi IPT Masa Kini pada 18 Mac 2017. Kursus yang dianjurkan oleh KPYPJ Management Services SB. Penceramah yang dijemput menyampaikan ilmu adalah Prof Ir. Dr Azrai B Mohd Kassim dari UTM dan Prof Datuk Dr Noh B Dalimin dari UTHM. Perlbagai tajuk dan nasihat telah disampaikan oleh kedua-dua personaliti ini. Adalah diharapkan agar ilmu yang disampaikan oleh mereka dapat dilaksanakan di KYPJ.





Mesyuarat Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan di Klana Resort Seremban

21 Februari 2017 - Mesyuarat Majlis Kejasama Kepimpinan Yayasan (MKKY) kali ke 26 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini di Klana Resort Seremban. Mesyuarat ini diadakan bagi meningkatkan agenda pembangunan TVET di kalangan rakyat Malaysia. Mesyuarat MKKY pada kali ini dirasmikan oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dan juga turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan


Dato Menteri Besar Negeri Sembilan berbual dengan Ahli MILKY

YAB Menteri Pendidikan Menyampaikan Cenderahati kepada YAb Menteri Besar Negeri Sembilan

 Mesyuarat sedang berjalan

Ahli-ahli mesyuarat bergambat kenangan di perkarangan hotel

Program Unity Run

20 Februari 2017 - Program Unity Run telah diadakan di Kolej Yayasan Pelajaran Johor anjuran Bahagian Pemasaran, Korporat dan Hubungan Industri. Program ini dianjukan bagi meningkatkan lagi tahap kerjasama di antara pelajar dan staff dan sebaliknya. Seramai 900 orang telah terlibat di dalam program ini. Peserta memulakan acara dengan bersenam beramai-ramai dan larian di kawasan sekeliling kampus.