Wednesday, February 24, 2016

Kampus Baru Kolej Yayasan Pelajaran Johor - Pelajar Bersyukur Mendapat Kemudahan Terbaik

Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor telah beroperasi di lokasi barunya di Daerah Kota Tinggi. Seramai 3,000 orang pelajar di dalam pelbagai program diploma adalah mereka yang bertuah untuk menggunakan kemudahan bernilai RM150 juta ini. Sebagai sebuah IPT yang komited melahirkan generasi cemerlang di dalam akademik dan sahsiah, Kolej Yayasan Pelajaran Johor berazam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pelajar-pelajar ini. Kolej yang dibina di atas tapak seluas 100 ekar ini menyediakan kemudahan yang eksklusif kepada pelajar seperti bengkel, makmal bahasa, perpustakaan, asrama, kafetaria, kemudahan sukan, mock hotel room, Bilik F&B, Dapur masakan, makmal komputer, makmal kejuruteraan dan sebagainya.

Kolej Yayasan Pelajaran Johor menawarkan program Diploma kerjasama Univerisiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kuala Lumpur di dalam bidang Kejuruteraan, Perakauanan, Pengurusan Perniagaan dan Logistik. KYPJ juga menawarkan program Diploma dalaman yang diiktiraf MQA seperti Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Pengurusan Sumber Manusia dan Diploma Hiasan Dalaman.

Kemasukan pelajar baru ke kolej ini dibuka pada bulan April 2016. Oleh yang demikian kepada pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menyambung pembelajaran di kolej ini, anda dipelawa untuk mengajukan permohonan atau pertanyaan di emal : gmahalias@gmail.com







No comments: