Sunday, June 28, 2015

Kebajikan Pelajar Tidak Diabaikan

Muar - 28 Jun 2015. Pihak pengurusan dan semua warga KPYPJ bersimpati dengan kemalangan yang telah menimpa pelajar bernama Muhamad Fadli B. Abd Rahim, pelajar Diploma Sistem Komputer di Kolej Komuniti YPJ Segamat. Selepas kemalangan tersebut, Muhamad Fadli telah mengalami kecacatan kekal pada penglihatannya. Pada hari ini, En Abdullah Omar, selaku wakil KPYPJ telah berkenan melawat mangsa serta menyerahkan sumbangan KPYPJ kepada pelajar tersebut. Di harap dengan sumbangan ini, pelajar dapat menggunakannya dengan sebaiknya terutamanya bersempena dengan bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini.

                                          Gambar : En Abdullah menyerahkan cek sumbangan
                                          kepada Muhamad Fadli

The management, students and all KPYPJ staff sympathize with the misfortune that has befallen student named Mohammed Fadli Abd Rahim  , He is a student pursuing in Diploma in Computer Systems in YPJ Community College Segamat branch. After the accident, Muhammad Fadli has suffered permanent disability in sight. On this day, Mr. Abdullah Omar, as a representative of KPYPJ family have visited the victim and handed over the contribution to the student. It is hoped that with this donation, his financial needs is compensated especially during Ramadhan and Syawal months. 

Lagi Kejayaan Diraih oleh Pelajar YPJ

Kuantan - Kolej-kolej milik Yayasan Pelajaran Johor telah turut menyertai IKIP Asean Culinary Challenge yang diadakan di Dewan Indera Mahkota Kuantan. Kontinjen yang dianggotai 30 orang termasuk pegawai pengiring ini telah menyertai pelbagai acara seperti seni hiasan kek, masakan barat, masakan daging, ukiran buah dan sebagainya. Di dalam pertandingan ini, sebutir pingat emas yang sangat berharga telah dimenangi oleh pelajar Sekolah Hospitaliti iaitu Amir Sharifudeen Salled dan Mohd Raziqeen Kamisan. Mereka telah menarik perhatian juri dengan hasil kreatif 'Colours of Raggoli' pada kek mereka.  Pencapaian ini turut disaksikan oleh Ketua Pengawai Eksekutif KPYPJ, Tn Hj Abd Razak Mohd Saad. Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang juga turut menghargai kehalusan seni pada hiasan kek tersebut.

Pertandingan ini juga turut menyaksikan pingat perak turut diraih oleh Amir Mirza Bin Rosli dari pasukan Kolej Komuniti YPJ bagi kategori menu utama kambing. Kejayaan Amir Mirza merangkul pingat perak adalah kejayaan yang membanggakan seluruh warga kolej komuniti YPJ. Kontinjen YPJ juga berjaya mendapat dua pingat gangsa dari kategori Menu utama Daging dan Ukiran Buah.





Arus Perubahan Kolej Komuniti YPJ

Kolej-kolej Komuniti YPJ sedang mengalami proses penjenamaan semula berdasarkan kepada Pelan Strategik Bahagian Pembangunan Kemahiran yang telah dirancangkan sehingga tahun 2020. Nantikan makluman rasmi mengenainya.

YPJ Community Colleges are moving towards re-branding exercise in accordance to The Skills Development Department Strategic Planning till the year 2020. Wait for the official announcement

                                Road to Change 2015 - 2020