Monday, December 27, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru Sessi 2011

27 Disember 2011 - IHYPJ telah melaksanakan pengambilan pertama pelajar baru pada hari ini. Sambutan yang amat menggalakkan telah ditunjukkan oleh masyarakat pada sesi kemasukan pertama bagi tahun akademik 2011. Yuran yang dikenakan adalah berpatutan dan dibiayai penyedia bantuan kewangan seperi PTPTN, YPJ dan MARA. Tempoh pengajian adalah 3 tahun termasuk 2 semester latihan industri. Untuk makluman, IHYPJ masih menerima kemasukan pelajar pada 3 Januari dan juga 7 Januari 2011. Orang ramai yang berminat diharap tidak melepaskan peluang untuk mendaftar sebagai siswa/siswi IHYPJ. Maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Mohd Asmadi Hj Alias di talian 019 7574533.

IHYPJ has implemented the first intake of new students today. Overwhelming response has been shown by people in the first intake for the academic year 2011. The fees charged are reasonable and funded providers of financial assistance such as PTPTN, YPJ and MARA will be administered by the college. The duration of study is 3 years including two semesters of industrial training. For information, IHYPJ still accept admission on January 3 and January 7, 2011. People interested is hoped not to miss the opportunity to register as a student / student IHYPJ. More information, feel free to contact Mohd Asmadi Hj Alias at 019 7574533.

Majlis Penutup Kursus Profesional Hospitaliti dan Kursus Pengenalan Homestay




24 Disember 2010 - Seramai 70 orang peserta kursus telah diraikan di dalam sebuah majlis yang gilang gemilang di Seeds Center, Senai hari ini. Upacara perasmian dan penutup disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Iskandar Malaysia, iaitu Tuan Hj Ismail B. Ibrahim. Beliau telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua perserta kursus tersebut. Beliau juga berharap supaya semua peserta dapat mengambil peluang daripada pembangunan pesat di Iskandar Malaysia samada menjadi tenaga kerja ataupun menjadi usahawan homestay. Beliau juga berkenan menyampaikan sijil penyertaan kepada 70 orang peserta kursus tersebut.

A total of 70 participants were treated in a glorious ceremony in Seeds Center, Senai today. Opening and closing ceremonies officiated by the Chief Executive of Iskandar Malaysia, Tuan Hj Ismail B. Ibrahim. He took the opportunity to congratulate all participants for the course. He also hoped that all participants can take advantage of rapid development in the Iskandar Malaysia whether to become home-stay entrepreneurs or workers. At the end of his speech, he handed over certificates to 70 participants of the course.

Friday, December 17, 2010

IHYPJ di dalam Leisure and Tourism Development Committee





15-16 Disember 2010 - IHYPJ diwakili oleh En Mohd Asmadi Hj Alias telah menyertai seminar Pembangunan Modal Insan di Leisure and Tourism Sector, Iskandar Malaysia yang diadakan di Mecure Palm Hotel Senai di sini. Seminar anjuran Wilayah Pembangunan Iskandar ini memberi fokus kepada mengenalpasti permasalahan permintaan dan bekalan modal insan terutamanya di Iskandar Malaysia pada masa ini dan akan datang. Seminar ini juga mengenalpasti jalan penyelesaian serta mewujudkan jawatankuasa bertindak bagi perlaksaan perancangan yang dipersetujui bersama. Seminar ini dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Pengerusi persatuan hotel, Pengerusi persatuan hotel budget, Pelancongan negeri, pengurus-pengurus sumber manusia hotel dan daripada institusi pendidikan di dalam bidang ini. Diakhir seminar ini, semua peserta seminar telah dilantik sebagai jawatankuasa Pembangunan Leisure and Tourism Sector in Iskandar Malaysia. Antara tanggungjawab yang diberikan kepada setiap peserta adalah untuk mengadakan mesyuarat bulanan dan membincangkan pelan tindakan yang seterusnya di dalam tempoh terdekat dan jangka masa panjang.

IHYPJ, represented by Mr Mohd Asmadi Hj Alias has joined the seminar "The Leisure and Tourism Sector Human Capital Development in Iskandar Malaysia" which was held at the Palm Hotel Mecure Senai here. Seminar organized by the Iskandar Development Region is focused on identifying the problems of demand and supply of human resources, particularly in the Iskandar Malaysia at present and future. The seminar also identify solutions and create action committees to act for the execution of a mutually agreed plan. The seminar was attended by the Director of the Department of Skill Development, Chairman of the association of hotel, budget hotel association chairman, state tourism, human resource managers of hotels and educational institutions in this field. At the end of this seminar, all participants have been appointed as a committee member of Leisure and Tourism Sector Development in Iskandar Malaysia. Among the responsibilities given to each participant is to hold monthly meetings and discuss the next plan of action in the short term and long term period.

Lawatan ke Singapura





15 Disember 2010 - Seramai 80 orang yang terdiri daripada peserta kursus, tenaga pengajar dan staff KPYPJ telah melawat Kota Singapura pada hari ini. Lawatan sambil belajar ini dilaksanakan bagi memberi peluang pendedahan antarabangsa yang sangat dititikberatkan oleh pihak kerajaan pada masa ini. Lokasi pertama lawatan ini adalah The Shatec Institute, sebuah kolej perhotelan terkemuka di dunia. Institut ini mempunyai ribuan pelajar dari seluruh dunia dan alumni yang memegang jawatan tertinggi di hotel-hotel di seluruh dunia. Menurut Ketua Eksekutif IHYPJ, En Mohd Asmadi Hj Alias "Untuk meningkatkan keterampilan peserta kursus hospitaliti, sudah tentulah keperluan pendedahan luar negara diperlukan agar mereka dapat memberikan citarasa antarabangsa apabila mereka memberikan khidmat di dalam industri ini kelak. Lawatan ke Shatec Institut ini adalah bertepatan dengan standard industri hospitaliti kelas dunia. Di harap peserta kursus ini pulang dan dapat memberikan yang terbaik untuk organisasi hospitaliti di Iskandar Malaysia terutamanya apabila Legoland, Pinewood Studios dan Johor Premium Outlet mula dibuka akhir tahun 2011 nanti." Lawatan ini juga mengambil peluang melawat tempat-tempat menarik di Singapura seperi taman Merlion, Kampung Glam, Pulau Sentosa dan juga Resorts World yang menempatkan Universal Studios, Singapura.

A total of 80 persons consisting of participants, trainers and KPYPJ staffs visited the city of Singapore today. Study visits are conducted to provide opportunities for international exposure that is emphasized by the government at this time. The first site visited is The Shatec Institute, a leading hospitality colleges in the world. The Institute has thousands of students and alumni from around the world who hold the highest positions in hotels across the world. According IHYPJ Chief Executive, Mr Mohd Asmadi Hj Alias "To enhance participants' skills of hospitality, it would need international exposure needed for them to give an international flavor when they provide service in the industry soon. The Shatec visit is surely relevent as it is a the world class hospitality industry college. After this visit, participants hope to return and to provide their best for hospitality organizations in the Iskandar Malaysia, especially when Legoland, Pinewood Studios and Johor Premium Outlets are expected to open in the 4th quarter of 2011." The visit also took the opportunity to visit interesting places such as Merlion Park Singapore, Kampung Glam, Sentosa Island and Resorts World which houses Universal Studios, Singapore.

Thursday, December 16, 2010

Peserta Program Profesional Hospitaliti Mempelajari Teknik Penerbitan



Disember 17 - Peserta Kursus Profesional Pengurusan Hospitaliti pada hari ini mempelajari teknik penerbitan menggunakan Microsoft Publisher. Di antara sebab utama peserta didedahkan dengan kemahiran penerbitan adalah supaya mereka mampu mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam pekerjaan kelak. Pada masa ini, komunikasi dengan menggunakan media cetak adalah juga penting di dalam urusan seharian.

Participants from Professional Hospitality Management training program today learn publishing using Microsoft Publisher. Among the main reasons for the participants learning this skill so they can apply what they learned in future work. At this time, communication using the print media is also important in the daily work requirements.

Tuesday, December 14, 2010

Pengambilan Januari 2011 Bermula


Pengambilan pertama pelajar sessi Januari 2011 akan bermula pada 27 Disember 2010 nanti. Justeru itu orang ramai yang berkelayakan (minima 3 kredit SPM atau setaraf) digalakkan memohon di dalam kursus yang ditawarkan di IHYPJ. Yuran kemasukan yang rendah dan proses permohonan PTPTN akan diuruskan kolej. Di samping itu, kepada mereka yang tidak mempunyai kelayakan minimum, anda juga dipelawa memasuki program-program kemahiran seperti masakan, pastri, mekanik kenderaan, juruelektrik, jahitan dan komputer. Untuk maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pelajaran di kolej-kolej Yayasan Pelajaran Johor, sila hubungi En Firdaus Zainal Abidin di talian 017-7512980.

The first intake of students in January 2011 session will start on 27 December 2010. Thus qualified people (minimum of 3 credits in SPM or equivalent) are encouraged to apply for the courses offered in IHYPJ. The entry fee is unbelievably low and PTPTN application process will be managed by the college. In addition, for those who do not have the minimum qualifications, you are welcome to apply for skills programs such as food preparation, pastries, mechanic, electrician, tailoring and computer. For more information about educational opportunities at KPYPJ colleges, please contact Mr Firdaus Zainal Abidin on 017-7512980

Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya

Pada 10 Disember 2010 yang lalu adalah merupakan hari terakhir pelajar menjalani peperiksaan akhir. Majoriti pelajar dari HB24 dan KB19 akan pulang ke kampung sebelum menjalani latihan praktikal di hotel-hotel seluruh negara pada 10 Januari 2011. Pihak kolej mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pelajar dan pihak kolej juga mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka kerana mereka sudah hampir dengan alam berkerjaya. Pilihlah kerjaya yang mampu meningkatkan harga diri serta menyumbang kepada kemajuan negara.


December 10, 2010 is the last day for all students undergoing the final examination. The majority of students from HB24 and KB19 will return home before the undergoing practical training in hotels throughout the country on January 10, 2011. IHYPJ would like to thank for all students support and the also wished to good luck as they are too close to enter the real career world. Choose a career that can enhance self-esteem and contribute to national development.

Laporan Akhbar Mengenai Majlis Pecah Tanah




Juga boleh diakses melalui media online... si klik sini

Sunday, December 12, 2010

Majlis Pecah Tanah Kampus Induk KPYPJ






11 Disember 2010 - satu detik bersejarah kepada negeri Johor dimana impian untuk membina kampus induk KPYPJ akhirnya menjadi kenyataan. Hari ini majlis pecah tanah diadakan dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor. Semasa ucapan perasmian beliau, YAB Menteri Besar Johor telah menyatakan bahawa pembinaan kampus ini dijangka memerlukan peruntukan sebanyak RM52.6juta dan dijangka mula dibina dalam tempoh 3 bulan. Beliau juga menyatakan bahawa pengambilan pertama pelajar di Kampus ini adalah pada Disember 2012. Beliau juga menyatakan bahawa kampus ini akan memuatkan 2,500 orang pelajar bagi bidang pelajaran pengurusan, kejuruteraan, senibina, komputer, hospitaliti dan kulinari. Sesungguhnya pembinaan kampus ini amatlah ditunggu-tunggu semua golongan masyarakat dan bersesuaian dengan tahun 2010 dimana kerajaan negeri Johor serius untuk membangunkan pendidikan untuk semua terutamanya golongan yang tidak mendapat tempat di universiti awam tempatan di negara ini. Beliau kemudiannya berkenan melaksanakan simbolik upacara perasmian dengan menggunakan JCB. Majlis berakhir pada jam 3:30 petang.

December 11, 2010 - a historic moment to Johoreans where the dream to build a KPYPJ integrated campus finally becomes a reality. Today a groundbreaking ceremony was held and officiated by the Chief Minister of Johor. During his opening speech, Chief Minister of Johor has stated that the campus is expected to require the provision of RM52.6 million and is expected to start construction in 3 months. He also stated that the first intake of students on this campus is in December 2012. He also stated that the campus will accommodate 2,500 students in the field of management studies, engineering, architecture, computers, hospitality and culinary. Indeed this very campus-awaited by all communities neraby and YPJ staffs and families. The Johor state government is always serious in developing education for all especially those who do not have a place in local public universities in the country. He then consented to perform the opening ceremony using the JCB. Ceremony ends at 3:30 pm.

Thursday, December 9, 2010

IHYPJ Menghampiri Masyarakat





9 Disember 2010 - Seramai 50 orang peserta kursus hospitaliti IHYPJ telah berpeluang melawat Sekolah Kanak-kanak Istimewa di Jalan Gertak Merah di Johor Bahru. Lawatan ini turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan, mencantikkan lanskap, membersihkan kolam renang dan sebagainya. Sesungguhnya program ini dapat mendekatkan hati peserta dengan keadaan pelajar-pelajar OKU di sekolah ini. Pihak kolej mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua sekolah berkenaan iaitu En Md Salleh B Hj Hassan yang membuka pintu sekolah kepada IHYPJ untuk menjayakan program ini.

December 9, 2010 - About 50 participants from IHYPJ training program had the opportunity to visit the Sekolah Kanak-kanak Istimewa at Jalan Gertak Merah in Johor Bahru. This visit also highlighted the activities working together cleaning the area, beautifying the landscape, clean swimming pool and so forth. By working with the disabled, indeed have touched the hearts of students. The college would like to thank the school principal, Mr. Md Salleh B Hj Hassan, who opened the door to IHYPJians to conduct this program.

Sunday, December 5, 2010

Selamat Pengantin Baru - Nor Azura Kamal


Seluruh Warga IHYPJ mengucapkan Selamat Pengantin Baru Kepada Pn Nor Azura Kamal, Pensyarah Perhotelan. Beliau mendirikan rumahtangga dengan pasangannya iaitu En Razali B Harun. Mempelai menggayakan pakaian serba merah dan dihiasi dengan konsep pelamin dan khemah yang menggunakan warna merah juga. Seluruh warga IHYPJ mendoakan semoga perkahwinan beliau dirahmati dan berkekalan sehingga akhir hayat.

All IHYPJ citizens wish to Ms Nor Azura Kamal, Lecturer of Hospitality. He is married to his partner, Mr. Razali B Harun. Styling Bride wore red and decorated with couches and tents concept of using red as well. All IHYPJians pray her marriage to last until the end of life.

Friday, December 3, 2010

Kursus Pengurusan Homestay Anjuran IHYPJ



IHYPJ akan menjalankan Kursus Pengurusan Homestay bermula 20 Disember 2010 hingga 23 Disember 2010 ini. Kursus ini adalah anjuran Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Pihak kolej menjemput orang ramai yang berminat untuk mengetahui kaedah pengurusan homestay yang profesional dan menggunakan teknologi yang terkini. Di harap juga kepada peserta yang menyertai kursus ini dapat sama-sama membangunkan perniagaan homestay di rumah masing-masing. Penginapan, makan dan minuman disediakan bagi peserta kursus ini. Kepada yang berminat untuk menyertai, sila hubungi Pn Aida di talian 07 2415384.


IHYPJ Homestay Management Course will commenced starting December 20, 2010 to December 23, 2010. This courses is founded by the Iskandar Region Development Authority(IRDA). IHYPJ invites the public, who wish to explore homestay management methods and professional use of latest technology, to participate in this program. It is hoped that the participants after attending this course to co-develop a homestay business in their homes. Lodging, food and beverages are provided for participants of this course. Those who are interested to participate, please contact Ms. Aida at 07 2415384.

Apa ada dengan 11 Disember 2010?

Pada 11 Disember 2010 ini... sesuatu yang hebat dan menggembirakan akan berlaku... untuk program berkenaan, seluruh warga Kolej diminta memberikan kerjasama... dan juga sejumlah pelajar juga turut dijemput sama-sama memeriahkan suasana... apa agaknya yang akan berlaku?

On December 11, 2010... a great and exciting event will happen ... for the program, all members of IHYPJ are asked to cooperate ... and some number of students were also invited together to experience the atmosphere ... suppose what will happen?

Laporan bergambar Majlis Jamuan Teh Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan





Sekitar gambar-gambar petugas IHYPJ yang terlibat dengan penyediaan makanan sempena hari Keputeraan DYMM Sultan Johor pada 23 November 2010 yang lalu...

Saturday, November 27, 2010

Peperiksaan Akhir Teori

29 Nov 2010 - Isnin adalah permulaan peperiksaan teori kepada semua pelajar IHYPJ. Pengurusan dan Pensyarah menyeru semua pelajar untuk fokus kepada menghadapi peperiksaan. Adalah wajar bagi semua pelajar untuk memastikan kesihatan fizikal dan mental pada tahap terbaik pada minggu-minggu peperiksaan ini. Kepada semua pelajar, kami mendoakan terbaik kepada anda semua.

November 29, 2010 - Monday is the beginning of the theory test for all IHYPJ students. Lecturers and Management staff urge all students to focus on exams. It is important to all students to ensure the physical and mental health at their best on this exam weeks. To all students, our best wishes to you all

Friday, November 12, 2010

Video di Kinabalu

video

Hasil Pelajar Semester Ini







Cake Decoration

Hasil Pelajar Semester Ini






Advance Pastry Making

Hasil Pelajar Semester Ini





Sugar Work

Laporan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu





Dipuncak Low's Peak
Puncak Tertinggi di Asia Tenggara
Berkabus dan suhu sejuk kurang daripada 2 darjah celcius

Laporan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu







Hari ke 3
- Peserta bergerak ke puncak pada jam 2:30 pagi
- Tiba di puncak
- Melaksanakan projek kolej masing-masing
- pulang ke Kinabalu Park

Laporan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu





Hari ke 2
- Taklimat Pendakian
- Pendakian Bermula sejauh 8km
- Bermalam di Laban Rata Resthouse