Monday, April 26, 2010

Kursus Jangka Pendek - Masakan Barat















Istimewa Mei-Jun 2010 ini, IHYPJ akan menganjurkan kursus masakan barat kepada orang ramai. Orangramai termasuk surirumah, lepasan PMR/SPM/STPM, peminat masakan barat,remaja, belia dan beliawanis adalah dijemput menyertai kursus ini. Berikut adalah tarikh-tarikh kursus yang dirancang dan kandungan kursus.

1 Mei 2010 - Modul 1 Pasta (Bolognese, Alia E Olio & Carbonara)
22 Mei 2010 - Modul 2 Fish & Chips served with Tartar Sauce and Potato Wedges
5 Jun 2010 - Modul 3 Chicken Chop, Coleslaw, Mushroom Sauce & Mashed Potato
26 Jun 2010 - Modul 4 Chicken Chowder, Garlic Bread & Pumpkin Soup


Pelaburan anda (setelah ditolak 15% diskaun), hanya RM85 setiap modul.

Tawaran istimewa, hanya RM280 sahaja untuk 4 modul masakan barat. Ini adalah 50% potongan daripada kos asal.
Cepat! daftarkan diri anda. Maklumat Lanjut sila hubungi Pn Zaidah 07 2415384 atau 019 7810284

Thursday, April 22, 2010

Cafe Segar Amat, Kini Dibuka






Restoran Segar Amat (Rumah Limas Daerah Segamat) telah dibuka mulai 23 April 2010. Restoran ini diuruskan sepenuhnya oleh Institut Hospitaliti YPJ. Kepada pengunjung kawasan Danga Bay, Johor Bahru dipersilakan datang ke Restoran ini yang dibuka untuk makan tengahari dan makan malam. Menu yang disediakan adalah makanan melayu Johor. Nasi Beriani, Mee Bandung, Mee Rebus dan Laksa Johor menanti untuk memenuhi selera anda. Di samping itu, kaunter pendaftaran dibuka kepada orang ramai bagi membincangkan tentang kemasukan ke Institut Hospitaliti YPJ serta kolej-kolej KPYPJ lain di seluruh negeri Johor. Jumpa anda di sana!!