Tuesday, October 20, 2009

Takziah Kepada Puan Saria Ahmad dan Pn Sunitawati Karim

19 Oktober 2009, tragedi telah menimpa keluarga Pn Saria Ahmad apabila suami yang dikasihi telah meninggal dunia pada hari ini. Takziah diucapkan. Seluruh warga IHYPJ mendoakan Pn Saria agar tabah dalam menghadapi hari-hari mendatang.

13 November 2009, ucapan takziah juga diucapkan kepada Pn Sunitawati Bt Karim apabila ibunda yang dikasihi turut meninggal dunia. Kami mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. Amin

Majlis Rumah Terbuka IHYPJ Meriah....


19 Oktober 2009, hari terakhir bulan Syawal pada tahun ini, IHYPJ telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri. Majlis ini yang julung-julung kalinya diadakan telah mencatatkan bilangan tetamu yang ramai. Majlis dimulakan dengan bacaan marhaban sebaik sahaja Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Yg berbahagia Dr. Sa'ari B Md Nooh, tiba di dewan pelajar IHYPJ. Majlis seterusnya disajikan oleh lakonan drama Bahasa Inggeris yang bertajuk 'Si Tanggang'
Kemudian Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Tim. Ketua Eksekutif, En Hod, Pegarah IHYPJ, En Mohd Asmadi dan Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ. Sebaik selesai ucapan, makanan yang terhidang dijamu kepada semua tetamu yang hadir. Antara menu yang paling popular adalah daging kambing bakar dan juga cookies hasil daripada Bakerz Club.
Tidak kurang daripada 600 orang tetamu yang hadir pada majlis berkenaan. Seluruh warga IHYPJ mengucapkan terima kasih diatas kehadiran dan sokongan semua dalam menjayakan majlis rumah terbuka IHYPJ.

Wednesday, October 14, 2009

IHYPJ Melawat Kanak-kanak Istimewa

14 Oktober 2009 - Seramai 40 orang ahli Kelab Perhotelan, IHYPJ mengadakan lawatan ke Sekolah Kanak-kanak Istimewa Johor Bahru. Lawatan ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang realiti kehidupan diluar kolej. Program ini diketuai oleh Timbalan Ketua Eksekutif Kolej, iaitu en Hod B Amin dan turut disertai oleh barisan pensyarah IHYPJ. En Hod menyatakan bahawa lawatan ini pastinya membuka minda pelajar-pelajar IHYPJ untuk terus berusaha memperbaiki diri masing-masing dan bersyukur di atas kekuatan dan kemampuan yang ada pada masa ini berbanding dengan pelajar-pelajar sekolah istimewa ini.

Tuesday, October 6, 2009

Laporan Berita Harian Mengenai IHYPJ

7 Oktober 2009 - Program penasihatan akademik di Institut Hospitaliti YPJ telah mendapat perhatian Berita Harian melalui laporan yang dilampirkan seperti di bawah. Ketika ditanya kepada Pengarah IHYPJ, En Mohd Asmadi B Hj Alias, beliau mengucapkan tahniah kepada jabatan-jabatan di IHYPJ kerana menganjurkan program ini. Pelajar bukan sahaja diberikan input akademik malahan satu usaha untuk mencegah, membaiki dan meningkatkan prestasi masing-masing. Ini membuktikan bahawa antara usaha yang dijalankan kolej dapat memberikan faedah yang sangat tinggi nilainya kepada pelajar IHYPJ.

Monday, October 5, 2009

IHYPJ dan Pertandingan Futsal Anjuran Kosmo!




4 Oktober 2009. – UTM Skudai. IHYPJ telah menghantar satu team futsal sempena pertandingan futsal kolej-kolej Kumpulan Pendidikan YPJ di sini bermula pukul 9 pagi. Yang menariknya, team IHYPJ telah menang bergaya dengan team A Institut Teknologi Perindustrian YPJ dengan jaringan 3-1 dan 2-0 dengan Kolej Komuniti Kota Tinggi .Team IHYPJ diwakili oleh Ammar, Mohd Faizal (Burn), Khai, Hafiz Shafinaz ,Syafiq Azim, Sulaiman dengan bimbingan En Hod bin Amin dan En Khairul Abidin .