Thursday, July 30, 2009

H1N1 Alert! IHYPJ Students Beware

IHYPJians are advised to pay full attention towards the H1N1 pandemic. The presence of doctors from The Health Department on Wednesday 29th of July to IHYPJ indicated that this virus is not far from our 'campus'yard. Please report sudden illness or high temp fever please call the area call center 07 2246811 (Dr Akasha). Otherwise, please read the dos and don'ts given by the Health Ministry. For more information, please refer to this webpage http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=26&catalogid=1240802114037

Warga IHYPJ diseru untuk mengambil berat tentang penularan wabak H1N1 kerana ianya semakin hampir untuk menyerang IHYPJ. Sila ambil perhatian tentang panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan mengenai jangkitan virus ini. Sekiranya berlaku simptom-simptom H1N1 di sekeliling anda, sila hubungi bilik gerakan klinik kesihatan di 07 2246811 (Dr Akasha) Untuk maklumat lanjut sila klik di sini http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=26&catalogid=1240802114037

Peperiksaan Akhir Pelajar Semester 1

29 Julai - Peperiksaan Akhir Pelajar Semester Satu Sessi Jun 2009. Selamat maju jaya diucapkan kepada 96 orang pelajar sem 1 Diploma Pengurusan Perhotelan dan Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari. Semoga berjaya menguruskan persiapan fizikal dan mental bagi menghadapi peperiksaan kali ini. Good Luck

Monday, July 27, 2009

Peluang Menyertai Program BTN

27 Julai 2009 - Pegawai Hal Ehwal Pelajar IHYPJ, Pn Rozlina Shafie dengan sukacitanya memaklumkan kepada pelajar mengenai penganjuran kursus bina negara kepada pelajar KPYPJ. Kursus yang dijalankan oleh Biro Tatanegara (cawangan Johor) ini akan berlangsung dari 14 Ogos sehingga 17 Ogos di Kem BTN Gunung Pulai, Pontian. Seramai 30 orang pelajar IHYPJ dijemput untuk bersama-sama menyertai kem ini. Pengalaman melalui penyertaan di dalam program BTN adalah sangat berharga kepada pelajar malahan sijil penyertaan program BTN dihargai oleh sesetengah majikan dari kerajaan dan swasta. Pelajar digesa mengambil peluang yang berharga ini.

Lawatan Pegawai Kementerian Pelancongan Ke IHYPJ



27 Julai 2009 - Dua orang pegawai dari Kementerian Pelancongan Malaysia telah membuat lawatan rasmi ke Institut Hospitaliti YPJ. Kehadiran mereka disambut oleh Ketua Eksekutif kolej. Pertukaran maklumat yang penting telah berlaku di dalam perjumpaan tersebut antaranya hastrat kementerian untuk menguatkan organisasi pelancongan di negara ini. Lawatan tersebut berakhir pada jam 12:00 tengahari.


Pendaftaran Pelajar Sem 1, Sessi Julai-Disember 2009

25 Julai 2009. Pihak kolej mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru yang mendaftar bagi sesi ini. Ketika ditemui, Pegawai Akademik kolej, Puan Norazilah Talib mengesahkan ada pelajar yang datang dari jauh seperti Tawau (Sabah), Sungai Petani (Kedah) dan Taiping (Perak) selain majoritinya dari Negeri Johor mendaftar dalam sesi kemasukan Julai ini. Pihak kolej mendoakan semoga mereka semua berjaya menamatkan pelajaran masing-masing.

Tuesday, July 21, 2009

Toastmasters Club Johor Bahru









July 11, 2009 En Hod Amin and IHYPJ lecturers have attended The Installation of Johor Bahru Toastmasters Club function in Austin Hill Golf Resort. This club is very much relevant to the needs of everybody ranging from Managers, Officers, Lecturers as well as IHYPJ students. Toastmasters Club offered hands on practice for everybody to overcome their fear of speaking in public. Senior students of IHYPJ soon will be offered membership in this prestigious club for their career advancement.

National Service Trainee Visited IHYPJ









July 15 th, 2009. A total of 280 trainee from National Service Desaru Camp had visited IHYPJ. They were welcomed by Deputy Chief Executive, Mr Hod Amin who then handed them over to their respective stations. Here, they were given insights of knowledge and skills they will be exposed when they become students of IHYPJ. We are glad to welcome them as new member of IHYPJ family in the future.


Thursday, July 16, 2009

Sukan IPTS Zon Selatan - Bukti Kemampuan KPYPJ

14-16 Julai. Tahniah diucapkan kepada KPYPJ yang telah berjaya menganjurkan Karnival Sukan IPTS Zon Selatan dengan jayanya. Karnival sukan ini, yang dianjurkan bersama Kementerian Pengajian Tinggi, MASISWA dan KPYPJ, telah berjaya menarik 10 IPTS di zon Selatan. Program sukan ini juga telah menarik sejumlah 500 orang peserta dan pegawai yang terlibat dengan sukan ini.

Juga diucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar IHYPJ yang turut mewakili pasukan bola jaring KPYPJ iaitu Siti Khadejah Zainal, Natasya Atiqah Abd Razak dan Anita Mohamed Aziz. Anda menjadi kebanggaan IHYPJ.

Pasukan KPYPJ berjaya mendapat johan dan naib johan di dalam beberapa acara dipertandingkan. Di dalam majlis penutup, dua pasukan yang bersaing hebat adalah pasukan KPYPJ dan Juga MMU.

Pelajar Perdana Kembali ke Kolej

9-10 Julai - Pelajar perdana telah kembali mendaftar di kolej. Selamat kembali kepada mereka. Berikut adalah perkembangan untuk makluman pelajar.

1. Wilayah Pembangunan Iskandar atau Iskandar Malaysia telah mula berbincang dengan pelbagai pihak termasuk IHYPJ untuk menyediakan pelbagai bentuk kemudahan kepada pelajar. Antaranya menjalankan program latihan kepada bakal-bakal graduan secara kerjasama. Oleh yang demikian, pelajar disaran untuk mengambil peluang yang disediakan ini.
2. Makmal komputer di perpustakaan kini dibuka dan pelajar boleh menggunakannya untuk tujuan pembelajaran secara percuma. Kemudaha Wi-Fi jga disediakan kepada mereka yang mempunyai komputer riba. Sila berjumpa dengan En Fairuz untuk mendapatkan kod masuk. Perkhidmatan ini juga disediakan percuma.
3. Kolej akan menubuhkan satu pasukan khas yang bertindak dalam mencari peluang serta melaksanakan program keusahawanan. Pelajar yang berminat sila berjumpa dengan En Hod untuk maklumat lanjut.

Kepada yang lain, selamat kembali ke kolej dan selamat belajar