Tuesday, April 9, 2013

Penanaman Rock Melon oleh Pelajar Kursus Juruteknik Pertanian Kolej Komuniti Kota Tinggi

Hari ke 44 Rock Melon yang ditanam secara fertigasi oleh pelajar-pelajar kolej telah tumbuh dengan subur dan akan membuahkan hasil. Kolej Komuniti YPJ Kota Tinggi menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia di dalam bidang Pertanian dan bidang Lanskap. Program ini dianjurkan berdasarkan saranan kerajaan iaitu Pertanian Satu Perniagaan. Kursus ini dibuka kepada lepasan SRP dan SPM. Asrama dan Kemudahan kewangan akan dibantu oleh pihak kolej. Sekiranya berminat, sila hubungi saya melalui email di mahalias@yahoo.com









Friday, April 5, 2013

YOK KE KARNIVAL MAKANAN DAN PERTANDINGAN MEMASAK

MARI KITA MERIAHKAN LAGI MAJLIS KARNIVAL MAKANAN DAN PERTANDINGAN MEMASAK...
TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR SHYPJ YANG MASIH BELAJR...
TUNJUKKAN BAKAT ANDA DI KARNIVAL TERSEBUT..
BANYAK LAGI ACARA DIPERTANDINGKAN...
DATANG LAH BERAMAI2 PADA 6/04/2013 INI BERMULA PADA PUKUL 7.45 AM DI PERKARANGAN TEMPAT LETAK KENDERAAN BERHADAPAN PEJABAT SHYPJ...


Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah

5 April 2013 - Sekolah Hospitaliti telah menganjurkan program ini bersama dengan agensi dan syarikat di Jalan Seri Perkasa 1/5, Taman Tampoi Utama, Johor. Program yang dianjurkan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Abd Aziz Sapian dan ceramah agama disampaikan oleh Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa. Seramai 300 orang pelajar SHYPJ tidak ketinggalan memeriahkan majlis ini.


Thursday, April 4, 2013

KURSUS (NDTS TRAINER TRAINING PROGRAMME (1-4 April 2013).

Johor Bahru - 1-4 April 2013. Pengurusan Kolej Komuniti YPJ telah menganjurkan kursus NDTS Trainer Training Program kepada bakal pengajar program Skim Latihan Dual Nasional(SLDN). Program yang dihadiri oleh 25 orang pengajar KKYPJ ini, dipimpin oleh pakar-pakar yang didatangkan khas dari CIAST bertujuan melatih pakar pelaksana SLDN. Program SLDN ini adalah terbuka kepada pekerja industri yang berhasrat untuk meningkatkan kemahiran dan persijilan diri melalui Skim Latihan Dual Nasional. Program ini ada gabungan latihan melalui teori dan praktikal di dalam persekitaran kolej dan juga tempat kerja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Norlela di talian 07 2416161.